Pernah tengok citer Fobia atau 4bia? Alaaa~ citer antu Thailand tu~ yang dalam satu kisah ada 4 cerita tu~. Haaaa. Salah satu ceritanya pasal 4 orang budak laki pergi ber-camping and akhirnya empat-empat tu mati bersama. Mulanya derang ingat sorang je member dia yang mati. Hmmm rupa-rupanya sekawan jadi hantu. What the fish~ punya citer. Buat penat je aku berteka-teki siapa yang mati. Siapa yang jadi hantu. Penat aku tekujat-kujat. Tapi sumpah wehhh~ citer antu Thailand~ dia punya takat seram bisa membuatkan badan menggigil macam duduk dalam ais. Thorrrbaek! Nak tido pun jadi was-was. Sampai satu tahap tu, taknak tinggalkan ruang langsung atas katil. Setiap penjuru susun bantal buat kubu. Takut ada sesuatu menyelit dekat ruang-ruang kosong tu. Aish! Punya la sampai ke jiwa ketakutan tu menyerang.
Tak nak ulas panjang-panjang pasal tu. Buat meremang je.
Sekarang ni aku geram dengan member-member aku. Asal malam je mesti nak buat cerita komedi seram la sangat kHen! Tengok, punya la geram sampai huruf H tu jadi tercaps lock pula.
Asal 12 am dan ke atas je, kalau alert whatsapp masuk dan keluar perkataan video or audio, aku dah start pening dah. Adoiii~ pening aaaa. Nak buka ke taknak buka ek? Macam tu a lebih kurang perasaannya. Sampai kena tanya dulu audio ni pasal apa atau video ni pasal apa.
Tak pun, takde tanya-tanya dah. Terus buang jew~ (sila baca dengan panjang 6 harakat sambil juihkan bibir tq)
SEBABNYAAAA~~~~~
Derang pernah hantar audio pompuan mengilai sampai nangis-nangis sambil cakap "kenapa tak tido lagi hah?" dengan video kelopak mawar pecah-pecah sampai keluar pocong mengekek seram.
Eeeeee seterezzzzznya akuuuu~ Stress sampai ringan je mulut maki orang.
Mulai hari itu, aku terus jadi prejudis dengan video dan audio. Walaupon video tu isinya kata-kata semangat. Penderaan mental sungguh! Sakit betul hati kita nih! Eeeeee!
huhu kekadang memang stress .. sampaikan satu tahap nak tidur pun still teringat
ReplyDeletebtw selamat pagi :D
uwaaa same goes to me. pernah sekali kawan hantar video sekali klik damn it muka hantu dengan suara yg mnyeramkan kluar. lagi2 masa tu buka speaker 100%. aaaa
ReplyDeletepernah dengar je kawan saya cerita pasal movie tu,memang serem kalau hanttt siam,hehe. sakit hati jugak kalu dapat video camtu,tak tertido pulak kite ni,sabo je la,pffttt~
ReplyDelete