888 Review

Terserempak Uqasha dalam lif Avillion

Penulis : nurinafarhana Masa : 4:09 PM Comments : 4 Labels :


Kehidupan hostel ni kadang-kadang mampu menitiskan air mata juga la. Lebih kurang je macam kehidupan katak bawah tempurung cuma up sikit je. Up dari segi apa pun aku tak tahu. Aku cuma tahu, aku taknak taraf aku sama dengan katak. Titik.

Duduk hostel ni, aku jadi tak tahu apa yang jadi dekat luar. Asyik dalam ruang lingkung yang sama je tiap hari. Jadi, apa kaitannya dengan gambar cilok Firash Arshad dan Syafa Aqira dari Google tu Cik Paten?

Mesti la ada kaitannnnn. Duduk hostel means no tb, no update story coz no one yang sudi jadi supplier latest story di tb (untuk sem ni la. Sem-sem lepas ada je). Makin gelap gelita kehidupan hostel ibarat awan gelap yang membawa petanda hujan beserta petir dan kilat sabung menyabung. Don't know drama terbaru apa unless ada tonton. Tapi kalau ada akaun tonton tapi kelajuan internet sama lembap dengan pergerakan siput memang rasa frust menonggeng. Oleh itu, demi mengelakkan dari frust menonggeng berakhir dengan patah leher sebab lama sangat menonggeng, pasrah dan redha je lah ulang-ulang tengok stok-stok cerita yang sedia ada dalam lappy hasil sedutan sem-sem lepas.


Dipendekkan cerita, aku dah ulang tengok SSID ni doplohpat juta kali. (Tipu!). Nasib cerita ni layan. Tengok berbanyak kali pun tak bosan. Asyik gelak tak menyudah sampai member sebilik jadi curious hihi. Sori roomate dah mengganggu ketenteraman awam awok. Awok pun boleh tahan gak, tengok runningman macam tak sempat nak simpan gelak. Dah habis gelak awok gelak lagi. Tak sempat nak rest mahupun tarik nafas seketika. Sampai nak putus nyawa kadang aku tengok dia gelak. Gila betul. Gelak kuat pulak tu. Nasib bunyi comel. Kalau tak, baling bantal atas muka.

Dan sebab asyik ulang tayang-ulang tayang dan ulang tayang lagi cerita yang sama doplohpat juta kali, aku jadi terhafal gaya jalan pelakon. Macam auta je cerita aku ni kan. Macam mampu je dipertikaikan sekaligus diperdebatkan tapi ni bukan cobaannnnn ini betul-betullll!


Satu malam tu, lepas habis mengkatamkan lagi satu episod SSID dan menuju ke Avillion Legacy, Melaka coz family aku check in dekat situ, sampai je dekat depan lif, aku berdiri belakang sorang girl ni. Dia pun nak menuju ke aras bilik dia juga. Sama macam aku. Aku perati dia dari belakang. Hati aku berbisik "macam Uqasha. Ke aku berhalusinasi sebab baru habis tengok SSID?" Perempuan tu sumpah cantik. Muka sebijik Uqasha. Kurus. Tak macam dalam SSID, nampak gemuk atau berisi bahasa manja dia. Tinggi tapi takde la tinggi sangat. Aku rasa dia tinggi beberapa cm dari aku je. Mungkin dalam 164 cm macam tu coz aku 161 cm. Nampak mewah dengan rantai pandora and gaya bawak handbag ala-ala mak datin.


Dinding lif Avillion macam berdiri depan cermin. Boleh nampak pantulan wajah. Aku bersandar tepi dinding lif pastu tenung bayang muka dia yang terpantul dekat cermin lif. "macam uqasha" "macam uqasha". Dahhh hati aku duk ber'zikir' ayat tu je sepanjang-panjang dalam lif. Dia perasan aku duk tenung dia sebab dalam lif tu cuma ada aku, dia and sepupu aku. Kalau tak perasan, memang dia perasan dia cantik la haha. Gurau. Gurau. Dia memang cantik pun. Putih melepak. So, dia pun senyum dekat aku. Aku senyum la balik. Peramah boleh tahan orangnya cuma silapnya aku tak pergi tegur dia je. Kalau tak confirm dah boleh take picture dengan dia dah dalam lif tu. Sebab lif tu dah macam kami yang punya bhahaha. Masa tu dalam kepala aku fikir macam ni "macam mana kalau tu bukan Uqasha? Kiranya lepas tu aku nak ubah muka aku jadi macam muka siapa untuk elak malu in case dia cam muka aku dekat luar nanti? Macam muka geng-geng G.G ke haha," aku gelak dalam hati tapi terzahir juga dengan senyuman terukir di bibir. Cepat-cepat aku matikan senyuman. Takut di cop tak betul, senyum sorang-sorang. Ntah hape-hape je aku fikir. Macam la si Uqasha tu ada banyak masa sangat nak download muka aku masuk dalam memory card otak dia. Berfikir asyik nak jauh kedepan je tapi tak pernah lari dari patern-patern mengarut. Adeh cik Paten! Dah la ejaan Patern dengan Paten nak iras-iras. Double adeh.


Keluar je si Uqasha dari lif coz dia dah sampai dah level bilik dia, dalam kiraan 1 2 3 lepas pintu lif betul-betul tertutup, aku pandang sepupu aku, sepupu aku pandang aku. Ktorang bersuara serentak tapi cakap benda lain-lain. Aku cakap "tu bukan Uqasha ke?" Sepupu aku pulak cakap "cantiknya wakkkk dia tuuuu". Pastu dua-dua diam membisu lepas tu. Rasa lega bila dapat luahkan apa yang terpendam selama berjam-jam duduk dalam lif dengan seorang Uqasha yang cantik. Ye, aku memang suka buat ayat hiperbola. Kasi effect drama sikit. Satu lif dengan dramatis kottt.

Sampai je bilik hotel, salam-salam, borak-borak kejap, dengan pantas check ig Uqasha. Nak pastikan ni betul ke salah tu Uqasha. Taip je nama dia, mak aiiihhh banyaknya Uqasha. Mana 1 yang betul ni? Aku decide pilih dekat list pertama and kedua tapi dua-dua takde update gambar latest. Hemmm bukan Uqasha kotttt. Nasib tak tegur, kalau tak, buat malu saje huhu.

Beberapa hari lepas tu aku check lagi sekali lepas baca twit fanclub dia yang mengatakan dia buat ig baru coz ig lama dia lupa password. Tengok-tengok je, jeng...jeng..jeng... emagad... emagad... emagad... rasa nak menjerit masa tu jugak!


She is truly Uqasha Senroseeeee! Ok, ok, tarik nafas. Hembus. Tarik nafas lagi. Hembus lagi. OMG! OMG! Dia betul-betul Uqasha. Masa ni la soalan kenapa tak tegur je dia malam tu keep melayang-layang dan berlegar-legar macam penjenayah tak bersalah dalam kepala otak ni ha. Pastu dengan pantas whatsapp sepupu, cakap dekat dia yang malam tu memang Uqasha .Dia kata ooo yeke? Patut la nampak mewah pun. Bosan betul respon dia. Huh!

Apa-apa pun, dia, yang merujuk kepada Uqasha bukan sepupu aku, lagi cantik di alam nyata berbanding dalam tb atau dalam gambar. Tb dengan gambar memang menipu! Now cuma tunggu masa nak tengok Nely depan-depan pulak.


Buat masa ni, kalau ada yang tanya pendapat aku antara Uqasha and Nely siapa paling cantik, dengan pantas aku akan cakap Uqasha mihmihmih.




4 comments:

  1. wah wah. kalau tegur mesti dapat selfie en? hihi ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak selfie pun, at least ada gambar dengan dia sekarang ni. Hihi :)

      Delete
  2. wahh wahh untunglaa dapat jumpa uqasha.
    hihihi rugi ja tk selfie dgn dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la... monolog terlebih sangat. Tu jadi macam tu tuuuu.

      Delete