Bila aku kembali memutarkan mesin masa kebelakang tanpa menggunakan khidmat Doraemon si robot kucing kaler blue, aku baru sedar dah lama rupanya aku tinggalkan aktiviti zaman jadi kanak-kanak nakal. That meanz lepas ni dah tak boleh ngaku yang diriku ini masih kecik comey lote. Tak boleh dah. Tak boleh!
Hari ni, kerana tugasan sains adik-adik aku <--- cikgu diorang suh cari macam-macam jenis bunga termasuk bunga lalang, aku bertukar semula jadi budak nakal yang suka je main redah apa je yang terbentang di depan mata. Cari bunga lalang. Nasib baik bunga tebu takde, kalau tak sahih aku kena kerah masuk kebun orang. Mintak kebenaran petik bunga tebu. Tak romantik betul. Suruh la petik bunga mawar ke apa ke, niiii petik bunga lalang? bunga tebu? OhEmGiiiii!
Sebab dah lama tak buat kerja-kerja macam ni, badan aku yang ajet-ajet dah ter-transform ke badan seorang pwincess telah mengalami kegatalan yang tak kronik tapi mampu la buat aku tergaru-garu macam beruk mak Yeh banyak kutu.
Betul la apa yang mak aku cakap dulu. "Jangan main dalam semak tuuuu nanti badan jadi gatal". Aku buat tak endah je. Masa tu la. Makin masuk ke dalam semak sambil menari-nari dengan segala lalang-lalang tu lagi ada pastu ejek mak aku dalam hati "tak gatal pun... tak gatal. Mana ada gatal". Hmmm melawan sangat *sambil tangan gigih menggaru*.
hahah.. bukan main gigih lagi membantu adik2
ReplyDeletemesti la... nama pun kakak kan... awk pun kakak juga. *konon2 je dak ni*
Delete