888 Review

Tips : Apa yang patut korang amik tahu kalau nak berbekam :)

Penulis : nurinafarhana Masa : 11:43 PM Comments : 7 Labels :

AMARAN : INI ENTRY PANJANG! SILA SURRENDER DULU KALAU JENIS TAK SUKA BACA SESUATU YANG PANJANG!


Ini pengalaman pertama aku berbekam. Dalam pukul 4.30 petang tadi aku habis berbekam. Best rupanya berbekam ni. Tak sakit pun macam sesetengah orang cakap. Sikit pun tak.

Ikutkan aku patut pergi pagi tadi tapi Cik Ana tu ada join aktiviti 10 000 langkah so postpone ke petang. Tengah sedap-sedap tido, syok-syok bermimpi, makcik aku kejut. Katanya Cik Ana dah ready nak mulakan bekam. Aku dah start rasa malas. Dengan rasa mengantuk yang tak dapat dibendung tambahan pula hari hujan, hem hem hem ... pergi la juga akhirnya.

Kedatangan ktorang disambut oleh heavy rain. Aku pula park kereta bukan bawah bumbung, taknak macam lawak pula berlari selaju mungkin nak elak dari basah padahal keluar je dari pintu kereta dah hampir basah kuyup. Kata pun heavy rain kan.

Masuk je pintu salon tu hati aku berbisik woww boleh tahan jugak tempat dia. Nice walaupun kecik. Ada 2 katil. Ada 1 troli yang atas dia ada botol-botol kecil untuk bekam and ada 2 rak yang ada alatan untuk orang yang nakkan perkhidmatan spa.


 

Macam ni la lebih kurang katil yang aku kena meniarap atas dia tu. Terpaksa menggunakan perkkhidmatan uncle G untuk gambar ni coz aku tak snap pic. Ko pikir macam mana aku nak snap pic kalau tengah berbekam? Tak bawa phone pula tu. Memang bertukar jadi cerita dongeng la kalau aku mampu ada gambar exact tempat tu bila berada dalam 2 keadaan ni.


Ni rak, bukan troli. Aku tahu. Cuma nak kasi mudah sikit korang membayangkan apa yang aku cuba sampaikan. Like i said awal tadi, aku tak mampu nak sediakan gambar sebenar coz tak bawa phone. Lagi pun uncle Google kan ada hehe. Uncle Google ni dah macam poket Doraemon kadang-kadang aku rasa.


Ni pula rak sabun untuk yang nak dapatkan perkhidmatan spa. Bukan keadaan sebenar dan bukan gambar sebenar. Yang sebenar tak gantung-gantung macam ni. Dia berdiri tegak atas lantai dan bersandar di dinding. Kaler putih bukan hitam. 

"Ok dik, meniarap ye."

Habis hilang fokus aku. Dah takde dah la nak menilik bagai. Kena prepare diri untuk bekam. Mula-mula dia urut badan aku. Mmmm nikmat sungguh. Nak tertido rasanya. Tengah hujan pula tu. Betul-betul menimbulkan aura sleeping beauty.

Pastu dia ambik bekas sedut darah tu. Dia pam-pam-pam sampai kulit aku macam terkepit dan tersentil dalam bekas kaca tu. Aku sebenarnya nak bagi bayangan perasaan dia macam mana tapi aku tak berjaya ingat aktiviti apa dulu yang aku buat sampai aku boleh dapat feel kena kepit sama macam berbekam siang tadi. Kan aku masa dulu-dulu suka main benda pelik-pelik. Ke semua tu dejavu? But jangan risau, tak sakit pun kena kepit tu. Kalau rasa sakit, boleh bagitahu dekat dia.


"Cik, sakit cik. Slow sikit. Slow-slow". Haaa boleh bagitahu macam tu lah lebih kurang.

Tapi sebelum dia kepit kau, dia akan tanya kau ada sakit apa-apa tak like maigran, gastrik atau apa-apa je lah jenis penyakit yang kau ada. So, sila jawab dengan jujur lah. Takut jawab tipu-tipu jadi cerita lain pulak. Dah la pesen masayarakat sekarang, bila masalah berlaku je asyik nak salahkan orang lain. Padahal diri sendiri yang tak bagi kerjasama yang baik. Apa nak jadi?


Dia kepit kulit dengan botol tu untuk dapatkan kesan bulat. Dalam bekasan bulat tu dia akan cucuk-cucuk-cucuk guna pen dekat atas tu. Yela, kalau tak cucuk mana nak keluar darah. Lepas tu dia pasang semula bekas tu. Kepit semula kulit. Tu yang korang nampak darah keluar dari kulit tu. 

Macam dalam gambar ni

Sebenarnya, yang semua orang start sakit tu part nak cucuk-cucuk-cucuk tu. Sampai part tu la yang orang start tukar perspeksi bekam tu seksa. Bekam tu sakit. Lepas tu, tu la kali pertama dan kali terakhir datang berbekam.

Kalau nak tahu, setakat kena cucuk dengan pen bekam tu, tak sakit pun. In fact, tak terasa macam dicucuk. Pendek kata, proses injection dekat hospital and klinik pun kalah lah. Yang sakitnya kalau kau kena toreh dengan pisau belit. Lain tempat, lain kaedah dia untuk keluarkan darah. Kaedah ditoreh macam badan kau spesis pokok getah tu yang tak tahan. Perit. Sakit. Sebab lepas kena toreh, kulit kena kepit. Umpamanya tempat luka kau kena simbah dengan dettol. Bayangkan lah seksa tak seksanya kau. Dengan tak boleh gerak-gerak, lama pulak tu nak keluarkan darah. Memang kejang la segala otot badan. 

So, perkara pertama yang korang kena pastikan bila nak berbekam ni adalah HARGA. Macam nak tergelakkan kan tapi ini serius. Ada yang excited sangat nak berbekam sampai terlupa nak tanya harga. Bila dah setel, tanya harga, taknak macam terduduk pulak kena sampai RM300. Terpaksa bergegas ke dinding yang mampu buat duit (bank la!). Perkara kedua, haaa baru lah korang kena pastikan pengamal perubatan cara bekam ni bakal keluarkan darah korang guna alatan apa. Guna pen bekam kah guna pisau belit kah? Kalau guna pisau belit, mohon korang tarik diri dulu. Sakit woooo. Macam tangan terhiris pisau dekat dapur masa nak kopek buah tu perasaan dia. Sakit kan?



Ini pisau belit. Sakit kena pisau belit lagi perit dari kena belit dengan pembelit sebab kalau kita jumpa semula pembelit tu, boleh belit derang dengan tali tapi belitan ular sawa masih lagi jaguh dalam kategori belit-belit nih. Juara bertahan zaman-berzaman.

Lepas habis bekam, korang akan rasa perubahannya. Memang lega sangat. Rasa selesa je. Rasa lapar tetiba. Rasa ngantok nak tido. Rasa relax. Rasa seperti di syurga. Adakah perumpamaan ini terlalu di luar kotak? Kesimpulannya, berbaloi. Cuba la buat. Sunnah nabi kot. 

Untuk yang lelaki digalakkan sekurang-kurangnya sekali seumur hidup buat bekam ni. Sebaik-baiknya sebulan sekali buat. Maklum laaa korang tak macam pompuan, takde hari-hari yang istimewa untuk nyahkan darah kotor dari badan. Korang patut buat ni.

Untuk yang pompuan pulak, tak digalakkan sangat tapi kalau badan dah rasa sakit sangat-sangat sampai terguling-guling kalah adengan pilem hindustan, dipersilakan lah menerima rawatan bekam.

Ok, nite-nite. Nak rehat. Letih rasa badan lepas berbekam ni. Assalamualaikum :)



7 comments:

  1. Boleh berbekam degn kami. Terbuka kepada lelaki dan wanita. Pm/ Whatapss kami utk temujanji

    Like FB Bekam & Sauna Famili

    ReplyDelete
  2. Niat nak berbekam. Tapi risau sakit. Huhuu nice sharing

    http://ourlovebonding.com

    ReplyDelete
  3. Saya pernah pergi berbekam yg guna pisau nipis tu... tak sakit pun... tp rasa geli mcm kena geletek...

    ReplyDelete
  4. [10:17, 11/26/2017] +60 19-225 2727: KURSUS ASAS BEKAM 2017 ๐Ÿ“ข


    ➡ Ingin menjana pendapatan sampingan?

    ➡ Berminat untuk menambahkan ilmu mengenai perubatan Islam sambil mengamalkan sunnah NABI Muhammad S.A.W

    ๐Ÿ˜ฒ Penyertaan terbuka untuk Lelaki Sahaja

    ๐Ÿ˜ฒ Terhad untuk 30 orang Peserta sahaja

    ๐Ÿ“Tempat : Dewan Orang Ramai Kampung Changkat , Gombak

    ๐Ÿ“† Tarikh : 23 Disember 2017 (Sabtu) ๐Ÿ“†

    ⏰ Masa: 9.00 Pagi - 5.30 Petang⏰

    ๐Ÿ‘”Tema pakaian: Bebas Dan Menutup Aurat

    YURAN
    ๐Ÿ’ต RM 150.00 Sahaja ๐Ÿ’ต

    *Termasuk Nota + Sijil + Set Peralatan Bekam + Makanan*

    **Penceramah pengalaman lebih dari 15 Tahun Dalam Berbekam dan urutan**


    ๐Ÿ–ŠPenyertaan anda amat kami alu alukan...

    ๐Ÿ’‰๐Ÿ’‰๐Ÿ’‰๐Ÿ’‰Anjuran Pusat Rawatan Islam Aura Nusantara๐Ÿ’‰๐Ÿ’‰๐Ÿ’‰๐Ÿ’‰


    Menarik bukan? Jadi apa tunggu lagi.Mari Daftar bersama kami....

    Bagi pendaftaran dan sebarang pertanyaan, boleh hubungi


    ๐Ÿ“žNABIL :

    *http://www.wasap.my/601133301173*

    ๐Ÿ“žASHRAF:

    *http://www.wasap.my/60105710059*


    #Viralkan
    Tolong Sebar & Panjangkan Berita ini. Terima Kasih .

    ReplyDelete
  5. [10:17, 11/26/2017] +60 19-225 2727: KURSUS ASAS BEKAM 2017 ๐Ÿ“ข


    ➡ Ingin menjana pendapatan sampingan?

    ➡ Berminat untuk menambahkan ilmu mengenai perubatan Islam sambil mengamalkan sunnah NABI Muhammad S.A.W

    ๐Ÿ˜ฒ Penyertaan terbuka untuk Lelaki Sahaja

    ๐Ÿ˜ฒ Terhad untuk 30 orang Peserta sahaja

    ๐Ÿ“Tempat : Dewan Orang Ramai Kampung Changkat , Gombak

    ๐Ÿ“† Tarikh : 23 Disember 2017 (Sabtu) ๐Ÿ“†

    ⏰ Masa: 9.00 Pagi - 5.30 Petang⏰

    ๐Ÿ‘”Tema pakaian: Bebas Dan Menutup Aurat

    YURAN
    ๐Ÿ’ต RM 150.00 Sahaja ๐Ÿ’ต

    *Termasuk Nota + Sijil + Set Peralatan Bekam + Makanan*

    **Penceramah pengalaman lebih dari 15 Tahun Dalam Berbekam dan urutan**


    ๐Ÿ–ŠPenyertaan anda amat kami alu alukan...

    ๐Ÿ’‰๐Ÿ’‰๐Ÿ’‰๐Ÿ’‰Anjuran Pusat Rawatan Islam Aura Nusantara๐Ÿ’‰๐Ÿ’‰๐Ÿ’‰๐Ÿ’‰


    Menarik bukan? Jadi apa tunggu lagi.Mari Daftar bersama kami....

    Bagi pendaftaran dan sebarang pertanyaan, boleh hubungi


    ๐Ÿ“žNABIL :

    *http://www.wasap.my/601133301173*

    ๐Ÿ“žASHRAF:

    *http://www.wasap.my/60105710059*


    #Viralkan
    Tolong Sebar & Panjangkan Berita ini. Terima Kasih .

    ReplyDelete
  6. Share location nak berbekam area JB please. Thanks guys

    ReplyDelete