888 Review

Segmen : 5 perkara tentangku

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 7:25 PM Comments : 5 Labels :


1) Anak pertama *ramai orang ingat aku anak bomgsu. huhu*
2) Adik aku kata aku ni tomboy tapi aku tak tomboy pon. Betulllll!
3) Aku ni friendly okeyh! Nampak je macam sombong.
4) Kadang-kadang aku akan jadi sangat garang sampai orang panggil singa betina. Auuummmm!
5) Kawan-kawan panggil aku Ikan Patin. Hei! my name is Fatin okeyh bukan Ikan Patin.

Comelnya hero Irma Hasmie :)

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 7:44 PM Comments : 4 Labels :
Tahniah kepada Irma Hasmie dan suaminya Redza. Mereka telah dikurniakan seorang baby boy yang sangatlah omey omeynya pada jam 8.51 pagi tadi... Geram I. Tapi kalau dah bapak dia handsome dan mak dia lawa, anak of course la comel macam I. Haha. Bongek angat.


Happy Family :)

I... bila dah kawin nanti I nak anak perempuan sebagai anak first I sebab I anak first. Muahaha. Bila tengok baby yang comel-comel ni rasa macam tak sabar nak kawin and dapat baby jugak. Errr mengada-ngada pulak bunyinya. Padahal belajar tak habis lagi. Calon pon takde lagi. Kabor dekat bapak aku pasal hasrat murni ni mahu kena menjawab soalan macam pesalah yang ada dalam kandang pesalah tu. S.A.B.A.R sabar ye Fatin Farhanah. Takpe lah, bila dah sampai seru nanti, bila dah ada kerja, bila ekonomi diri dah stabil dah tak goyang lagi dan tak bergantung harap pada duit PTPTN lagi akan kawin jugak aku nanti. Kehkehkeh. (Rasa macam nak tumbuk muka sendiri). Akan ku beritahu kepada bonda ku untuk carikan calon untuk diriku. Tak ponnnn nak gi Mekah la. Berdoa depan kaabah. Mana la tahu kot-kot jumpa jodoh dekat sana macam Irma. I nak pak arab. Dapat la anak idung mancung nanti. Idung I pesek atau kemek istilah mudahnya jadi anak I memerlukan gen yang mampu mewariskan idung mancung kepadanya. Haha. Tapi pak arab kasar la pulak. I ni dah la berjiwa lembut selembut kain sutera. Ermmm macam ni lah, I nak mohon kepada Allah supaya kurniakan jodoh yang terbaik untuk I jelah. Tak dapat yang berhidung mancung pon tak apa lah asalkan dia adalah yang terbaik untuk I. Makin menggila aku dari semasa ke semasa. Tak sudah-sudah meroyan. Tolong abaikan kerenah blogger nih. Dia memang macam ni kadang-kadang. Oh, perasan tak untuk entry ni aku gunakan 'I' sebagai ganti nama?

You such a great policeman Abah :) Selamat Hari Polis

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 5:26 PM Comments : 6 Labels :
Hari ni hari Isnin? So what,kan? Semua orang pon tahu yang today is Monday. Jadi Monday not an interesting story to share tapi how abaout Monday Blues? It is seem interesting right? Bila sampai je kepada hari Ahad tiap-tiap minggu mesti ada yang mengeluh macam ni "Alaaaa esok dah Isnin la. Kenapa la lepas Ahad tak Ahad lagi" Hahaha. Stupidity. Tak pon mesti ada yang cakap macam gini "Kalau la hari Isnin tu aku nampakkkkk, memang aku tumbuk-tumbuk dia" Hahaha. Stupidity again. Tapi seriously rasa penat sangat hari ni. mengantok. Tak bermaya. Tak bertenaga. Oh! Kitaran hari, kenapa cepat sangat sampai ke Isnin ni??????? Pfffttt. Aku lagi suka hari Jumaat dari hari Isnin. Memang patut pon kalau Jumaat tu jadi penghulu segala hari, bukan Isnin. Dan kalau lah setiap hari dalam seminggu tu adalah hadiah dari someoneeee aku tahu dah nak letak hari Isnin tu dekat mana. Sound stupid right? Entah hape-hape entah aku merepek meraban sambil jual kerepek udang dekat sini. Hmmmm.


Oh Monday! Why u coming sooo fast haaa? or I'm the one yang slow macam snail? 


Disebabkan aku nak hilangkan mood Monday Blues tu, I have to talk to someone yang mampu memberikan aku energy booster. Siapa dia? My bf? Mesti la takkkk. Of course la orang tu Mummy I,U. Mummy I ni semacam ada cas positif yang sangat tinggi. Walaupon cuma dengar suara dia je tanpa melihat muka, memang rasa lain macam la sun dia tu. Kalau tengok depan mata apatah lagi,kan. Kuat betul aura mak aku. Nak serap aura dia banyak-banyak. Lepas borak dengan ibu, borak pulak dengan abah. Hari ni hari paling Happy dalam kalender apak aku tu. Kerja dia makan je satu hari ni. Mana taknya, hari ni kan Hari Polis Sedunia jadi acara mereka makan-makan, briefing sikit, buat kerja sikit pastu dah. Kalau la aku tak call mak aku, mesti aku takkan tahu yang hari ni Hari Polis. Nama je anak polis. Dah 21 tahun eh belum baru 20 tahun 8 bulan baru sedar yang hari ni adalah Hari polis. Senget. Hello guys.... 25/3 adalah Hari Polis. Siapa yang lahir hari ni berkongsi tarikh dengan sambutan hari polis lah. Hehe. Tak rasa bangga pon? So what? Like I care. Grrrrr.

I'm proud to be anak polis. Tak kesah la ramai yang tak suka polis. Duk kutuk polis. Hina polis apa semua. Politikkan kematian polis yang dekat Lahad Datu tu. Aku tetap jugak nak cakap yang aku bangga jadi anak polis. Ada masalah? Well, polis pon manusia biasa jugak. Normal la kalau buat silap. Tak yah la dok hingak sangat! Pihak lain buat silap, takde pulak yang nak kecoh seantero negara! Double standard! Sakit pulak hati kita tau! Alaaaa berapa lama sangat diorang boleh nak kutuk polis tu. Lama-lama nanti, bila I/C dah hilang, barang kena rompak, rumah kena pecah masuk, motor kena curi, kereta sorong kena songlap, polis la juga yang diorang cari. Nak bercakap macam good-good je. Kutuk polis sana sini. Hina polis itu ini. Padahal tengah meludah ke langit. Tak sedar lettew. Selekeh betullah!

Terima kasih kepada polis-polis yang menjalankan tugas dengan baik termasuk lah abah saya. Sanggup bersengkang mata pergi kerja 2 3 pagi masa semua orang tengah syok tido. Lena dibuai mimpi. Redha je bila cuti untuk balik kampung dibekukan sebab nak jalankan tugas macam kena jaga kawasan pilihan raya. Gadaikan nyawa untuk kepentingan orang lain dan keselamatan negara jugak negeri. Thank you very much. Anda semua selayaknya dan sepatutnya dapat reward yang setimpal dengan penat lelah anda. Tapi tu la, bukan semua orang pandai menghargai tapi memang semua orang pandai mengutuk. Bajet bagus je! Letak dia dekat tempat polis karang baru tahu macam mana keadaan sebenar seorang polis tu. Terkulat-kulat kau. Tak kenal maka tak cinta kan dan kalau tak tahu tak yah nak cakap banyak. Diam-diam sudah! Tak susah kan?????!!!! Ni tak, semua nak jadi hakim. Semua nak jadi pengadil tapi adilkah kamu dalam menjatuhkan hukuman? Jawapannya TIDAK. (Haaa siap capslock + boldkan lagi). Biarkan pengadilan sahaja yang mengadili dan jatuhkan hukuman. Kita, orang-orang biasa ni just ambik pengajaran jela dari cerita kurang enak tu. Ni tak! Nak jugak jadi Mami Jarum. Aku cucuk dengan jarum jahit kasut tu karang baru tahu apa ertinya penyesalan. (Emo siotttt! Kehkehkeh).

Oklah, dah la tu aku meroyan macam orang hilang anak dekat entry ni. SELAMAT HARI POLIS SEMALAYSIA yang ke-206 kepada abah saya yang polis tu, pakcik saya yang polis tu, kawan-kawan abah saya dan pakcik saya yang polis tu, SELAMAT HARI POLIS. Ikhlas dari saya, anak polis yang kiut-miut ni. (Jangan nak muntah! Cubit karang!)

Segmen Bloglist Penggal ke-2 & Review Blog

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 12:32 AM Comments : 40 Labels :

Hai ....
Kembali lagi kita dengan segmen bloglist.
Tapi kali ni bukan sekadar bloglist je.
Ada review blog sekali.
Blog kali ni akan menginap di ruangan bloglist selama 3 bulan.
Yela, nama pon bloglist penggal ke-2 kan.
Mesti la jangka masa dia 3 bulan.
Dan bilangan blog-blog yang bertuah untuk menetap disitu adalah sebanyak 20 blog SAHAJA.
Kiranya siapa cepat dia dapat lah.
Tapi bagi yang tak berjaya menapak di bloglist, blog mereka akan di review.
Tak sedihkan?
Segmen ni akan berlangsung selama 1 minggu.
Dari 24/3 hingga 30/3/2013.
Tag la rakan-rakan blogger lain join ye.
Kalau dah tag tu pastikan dia atau mereka tu tahu tau.
Top referel akan menerima RM10. (seorang sahaja)
Peng-tag terbanyak pon akan menerima RM10 jugak. (seorang sahaja jugak)
(Buat masa ni tu jela tawaran yang den buleh buek. Akan datang mungkin lebih mewah lagi)
Rasa bersemangat tak nak bersegmen kali ni?


SYARAT-SYARAT:

1) Follow blog ni dan follow ni dan juga Like fanpage blog ni. (Akan di lihat ye)
2) Wujudkan 1 entry ber-titlekan segmen Bloglist Penggal Ke-2 & Review Blog.
3) Letakkan banner kat atas ni dalam entry korang.
4) Backlink kan ke entry ini.
5) Dah siap? Tinggal kan LINK ENTRY anda di kotak komen di bawah ini:) 

SELAMAT BERSEGMEN :)

P/s: Kalau rajin, singgah la blog ni and follow sekali kalau sudi. Bersama-samalah lah kita support blogger setahun jagung ye :)

Edisi : Jenama produk yang tertanam dalam kepala otak

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 1:34 AM Comments : 12 Labels :
Siapa ada guna shampoo yang Maya Karin jadi duta tu. Alaaaa shampoo yang " 5 masalah 1 penyelesaian" tu. Dapat teka tak? Apa? Shampoo loreal? Haaaa betul lettew. Shampoo tu la. Loreal Total Repair 5. Aku rasa shampoo tu bagus sangat. Mungkin hasil dia tak sama pada setiap rambut tapi dengan aku shampoo tu okey sangat. Eh! nampak tak yang rambut aku demand gilos babeng. Nak shampoo yang mahal je. Pakai shampoo yang murah sikit mula la nak meragam. Gugur lah. Kering lah. Tak bermaya lah. Botakkan karang baru tahu. Nampak macam tok sami sikit.

Loreal Total Repair "5 Masalah 1 Penyelesaian" 

Macam mana aku boleh terpakai shampoo ni? Beberapa hari lepas rambut hitam keperang-perangan aku ni semacam kering kurasakan. Aku fikir ianya kekurangan air jadi aku basahkan ia dengan kuantiti air yang banyak dalam jangka masa yang bukan sekejap. Lama oooo aku basahkan rambut aku. Ada la 10 minit. Lepas tu aku biarkan dia kering menggunakan kaedah saintifik. Biarkan dia terkondensassi dalam udara. Apabila kering dia jadi tak bermaya semula. Kasihan rambut aku. Aku rasa ni sebab Pantene atau Sunsilk la. Both shampoo ni memang tak sesuai dengan rambut aku sebab dia macam panas. Sebab tu my black blondie hair become dry. Tapi dah tahu tak sesuai menggedik pergi beli buat apa? Lepas tu rambut rosak, bising!. (Bodo angat). Lantas (wah!) aku mintak pendapat kawan aku shampoo apa yang patut aku pakai untuk solve problem rambut aku nih. Dia suggestkan shampoo ni. Aku guna dan nampaknya ianya berkesan. Oh my black blondie hair, please grow up faster ok and with healthy. Aku dah manjakan kau dengan shampoo yang duta dia bukan calang-calang tau.

Well aku bukan nak ceghita detail pong pasal shampoo ni. Aku cuma nak bagi tahu yang aku guna shampoo ni je. Ada jugak yang guna? Wahhh! Kita geng! Sep sikit. Yeah. Bagi yang belum guna dan mengalami masalah rambut macam saya *sambil tangan digoyangkan macam ucop wilcar* boleh la try. Ehem! Jadi promoter shampoo pulak dah. Yang lepas promoter YES 4G. Ok, never mind. Back to our main topic. JENAMA PRODUK YANG BETUL-BETUL MEMBERI IMPAK DALAM PASARAN DAN TERTANAM DALAM KEPALA OTAK KITA, RAKYAT MALAYSIA. Tahu tak produk apa?

Colgate, pilihan doktor gigi seluruh dunia. 

Mak : Patin (konon anak dia nama tu), belikan mak COLGATE. COLGATE jenama DARLIE tau.
Anak : Ok, mak.

Padahal mak kita tu nak mintak kita belikan ubat gigi, sepatutnya dia kata "Patin, belikan mak ubat gigi Darlie" BUKAN Colgate Darlie sebab Colgate tu adalah salah satu jenama ubat gigi jugak. Nampak tak betapa besarnya impak ubat gigi colgate kepada kita? Lepas ni should be kita kata nak beli ubat gigi darlie or ubat gigi halal gel BUKAN lagi COLGATE Darlie atau Colgate Halal Gel (Biasanya ubat gigi Halal Gel memang orang kata ubat gigi Halal Gel lah) and etc.

Maggi... Sajian Kebahagiaan :)


Anak : Mak, nanti belikan MAGGI CINTAN tau.
Mak : Erm, yelah.

The same thing goes to maggi too. People keep saying "Please buy to me MAGGI Cintan" or "Please get to me MAGGI Rusky" or else but actually they want to buy and get an instant noodle actually. Ni lagi satu embed produk dalam pasaran kita. Sebenarnya Maggi tu salah satu jenama mee segera tapi sebab kita dah terbiasa sebut maggi daripada mee segera dan disebabkan maggi tu salah satu produk mee segera, kita jadi terbiasa mulakan perkataan MAGGI bagi menggambarkan mee segera-mee segera yang lain. Kelakarkan? Dah jadi habit.


Pampers .... "Adik tidur lena" 

Macam tu jugak dengan pampers. Kalau boleh semua jenis lampin pakai buang tu kita nak panggil pampers. Sedangkan produk yang kita nak ambik tu Drypers bukan Pampers, contohnya. Ni lah namanya 'Drypers punya produk Pampers dapat nama'. Hahaha. (Suka hati aku je tukar pepatah). Lepas tu bila ada yang mintak kita bila Pampers mesti ayat ni akan keluar "Nak beli PAMPERS apa? PAMPERS Drypers ke PAMPERS Petpet ke" dan blablabla jenis pampers yang lain. Betul tak? Nak bet? Aku berani potong kuku la kalau tak betul. Ok dah. Tata. (Ayat nak gebang 25 jam sehari je kan aku nih. Huduh perangai).





Ridsect ..... "Tidak memberi peluang kepada yang tersembunyi" 

Ridsect pon sama jugak. Orang nak beli Shieldtox panggil Ridsect. Orang yang nak beli Ridsect memang panggil Ridsect lah. Kuat betul penangan ridsect dari shieldtox. Dalam banyak-banyak ridsect aku suka ridsect baru sebab bau dia macam gegula mentos. Korang suka tak bau tu? Hahaha. Takde kaitan betul soalan tapi tetap jugak berdegil nak tanya. Pastikan bagi jawapan okeyh! This is an order from Patin yang takde kaitan langsung dengan family Ikan Patin.


Tips Mengubati perasaan Putus Cinta

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 11:52 PM Comments : 8 Labels :
Say "PEACE" to us :)
Ini cerita aku. Bukan aku sorang tapi bersama bestie aku. Well, kita jadi bestie since form 3 sebab masa tu lah kita baru sekelas. Tapi sebelum kita sekelas, kita pernah satu sekolah dulu. Masa sekolah rendah cuma tak jadi bestie la. Masa tu keadaan kita macam HAI HAI BYE BYE. Maksudnya bila terjumpa O terserempak, kita akan say hai. Bila dah nak balik sekolah dan terserempak lagi kita akan say bye pulak. Aku bersyukur sejak dari dulu kita tak pernah bermasalah bila berjumpa atau terjumpa atau bila terserempak and etc. Oh! Lupa nak kenal kan siapa dia. Dia Nur Farahuda bt Azami Putra. Dia selalu kata yang aku lah satu-satunya manusia yang tak pernah lagi buat kesilapan dalam mengeja nama dia. Aku rasa bangga bila dia cakap macam tu. So babe, ejaan nama kau tu betul tak? Aku takut sebab dah lama tak jumpa kau dan dah lama tak tulis nama kau, aku jadi lupa nak eja nama kau ikut I/C. Hehe. Maafkan saya.

Ya, tikam sushi tu lelaju. Saya tak pandai guna chopstick. Kasihan.

Last kita hang out sama-sama .... aku pon tak pasti bila. Lama sangat. Lagipon masa zaman sekolah dulu kau selau kata yang nak ajak aku hang out, PAYAH. Kau selalu samakan aku dengan MAK DATIN. Aku ingat lagi ayat kau "Alah Atin, nak ajak kau kua lepak-lepak kena buat appoinment. Payah betul. Mengalahkan MAK DATIN. Entah-entah nak kua dengan MAK DATIN pon tak sepayah macam nak kua dengan kau". Aku gelak je dengar kau membebel. Kadang-kadang kesian jugak bila dengar luahan hati kau tu tapi aku tahu kau faham aku sebab tu kita masih bestie sampai sekarang, kan? Dan kau tahu tak, aku selalu mengaminkan bebelan kau yang kau keep saying yang aku ni macam MAK DATIN. Kalau masin mulut kau, kawin la aku dengan DATUK. Betul-betul jadi MAK DATIN la member kau ni nanti. Hahaha. Gatai nooooo.


Mmmmm ... bila kali terakhir kita makan suap-suap macam ni ek? Aku rasa moment ni pon dah lama kita tinggalkan sejak kau masuk Poli, aku sambung STPM dan sampai la aku dah bergelar mahasiswi di IPTA tempatan sekarang. Aku rasa ... 3 tahun ada kot kita tak buat benda-benda macam ni. Siyes rindu gila babeng nak buat. Biar la orang nak pandang pelik ke. Orang nak kata aku nak menggedik manja ke hape ke, kesah la pulak. Dah aku memang manja, nak buat macam mana, kan? Aku manja-manja pon dengan bestie aku. Jeles lettew :P


Bila dah lama tak jumpa, Kau cakap aku GEMOK. Aku cakap "Senyap Farah! Senyap!" sambil buat muka. (Aku kan pakar buat muka). Dah kau panggil aku dari ATIN je jadi ATIN DEMOK.  Aku balas "Chit, Kuang ajaq hang". Kau gelak. Suka sangat lah tu. Bila dah lama tak jumpa, rasa macam nak peluk kuat-kuat sampai nangis. Tu yang kau buat dekat aku tapi aku cakap kau ngada-ngada. Alah, nak nangis-nangis pulak! Aku belum mati lagi la! Chill la. Emo pulak. Bila dah lama tak jumpa jugak banyak benda yang kau share dekat aku. Aku macam biasa lah, macam dulu-dulu jugak jadi pendengar setia kau. Tak banyak mencelah tapi ada la bagi respon macam "Yeke" "Ooooo" "Eya" atau buat macam-macam eksperasi muka sekadar syarat. Takde la nampak sangat yang aku tak tahu nak respon apa. Kehkehkeh. Siyes babe, aku macam tak tahu nak bagi respon panjang-panjang. Vocab tak banyak. Macam malas nak bukak mulut pon ada. Ikut genetik abah aku kot. Abah aku macam tu la. Banyak senyap dari bercakap. Bapak borek, anak rintik.

Sila tonggengkan lappy anda untuk tengok pic ni atau sengetkan je kepala anda tu. Hehe. 

Salah satu cerita yang kau share dekat aku ialah kisah cerita ala-ala Sembilu Kasih kau tu. Kau ibarat Hetty Sarlene and Ex kau yang cambangang tu ibarat Zed Zaidi. Aku tak tahu lah babe kenapa kisah cinta kau dari dulu sampai sekarang macam tragis semacam. Pelik bin Ajaib kawan kau nih jadinya. Tak pernah la aku dengar kisah cinta kau happily ever after. Kalau happily ever after pon dekat part pertengahan je. Part-part penyudah mesti berakhir tanpa perikemanusiaan. Sabar ey babe. Harap kau bertemu jodoh yang baik. Aku tengok, bf kau yang sekarang ok la. Hopefully tak berakhir dalam bentuk yang serupa. Amin. Oh! Ni aku nak titipkan sikit tips-tips mengubati perasaan putus cinta dekat kau. Harap membantu kau dalam memberi kau semangat dan harapan untuk terus hidup. Dunia belum berakhir bila ex cambangang kau tu putus kan kau. Smile ok! Say cheeseeeee .... 


1. Baca Surah Yasin
2. Solat Hajat di Lupakan segala Kenangan
3. Menyendiri, Cari Ketenangan
4. Elakkan Mendengar Lagu2 Sedih Dan Lagu2 Kenangan Bersama Dia
5. Menangis Sepuasnya
6. Pergilah Keluar Shopping Dan Bergembira Bersama Kawan2 Baik Yang Boleh diPercayai
7. Kalau Boleh Buang Atau Sedekahkan Hadiah2 Yang Pernah Dia Berikan, Atau Simpan Ditempat Yang Kamu Tidak Pernah Akan Melihatnya Lagi.

~ Bila Mengalami Kekecewaan Seperti Putus Cinta / Tunang.. Ingatlah Bahawa ALLAH Sentiasa Ada..
- Juga Ibu Bapa / Keluarga Dan Kawan2 Masih Memberi Sokongan Dan Percaya Lah Bahawa Kamu Sebenarnya Tidak Sendiri. Ingat, Setiap Yang Berlaku Pasti Ada HIKMAHnya. ~


Warm Bodies : He's still dead but He's getting warm

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 1:29 PM Comments : 6 Labels :
Segmen wayang di hari ini yang dikelolakan oleh DJ KBKB aka Kak Bedah Kampung Bananana ingin berkongsi pendapat dan pandangan dan juga komentar penonton bagi cerita WARM BODIES yang baru sahaja ditayangkan 2 hari lepas.

Warm Bodies ... "He's still dead but He's getting warm"

 Trut trut. Trut trut. *telefon berbunyi macam wonderpet*

DJ KBKB : Ok, nampaknya kita ada pemanggil. Helo, siapa di sana?
Pemanggil : Assalamualaikum DJ KBKB. Nama saya Berakit-rakit ke hulu berenang-renag ketepian bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemu Dian.
DJ KBKB : Panjangnya nama awak, nak panggil apa ni? 
Pemanggil : Panggil Dian.
DJ KBKB : =='. Ok Dian, bila awak menonton cerita ni dan apa komen awak? Nak bagi berapa bintang? 1 sampai 5 sahaja rank nya.
Pemanggil : Banyaknya soalan. Ingat Dian ni tukang amik order dekat kaunter McD ke?
DJ KBKB : (.....)
Pemanggil : Saya baru je tengok cerita tu semalam.
DJ KBKB : Apa komen awak? *tak sabar nak tahu*
Pemanggil : Eh! sabar la! Nak bagi tahu la ni.
DJ KBKB : Suka suki kau je nak marah aku! Ingat rancangan ni kau yang punya?! *dalam hati*
Pemanggil : Komen saya .... c-c-cerita ni b-b-best. T-t-tak r-r-rugi ten-tengok. S-s-saya nak bagi 10 b-b-bintang dari 5 bintang.
DJ KBKB : Awak bercakap bahasa apa ni?
Pemanggil : Bahasa zombi. *gelak seram macam pontianak*
DJ KBKB : Saya ingat bahasa orang gagap + tak paham bahasa. Orang suruh bagi takat 5 bintang kau pergi bantai sampai 10 bintang. Kau ingat nak bagi free honey star dekat kau tu murah ke?
Pemanggil : Wat ever lah Kak Bedah Kampung Bananana. Baiklah pendengar sekalian dengan ini saya ingin mencadangkan anda yang di luar sana yang bercadang nak tengok movie tapi tak decide lagi nak tengok movie apa pergi la menonton WARM BODIES. Awesome angat dan kau takkan rasa membazir duit beli tiket macam saya beli tiket tengok citer AKU TERIMA NIKAHNYA walaupon cerita dia kalau korang tengok betul-betul serupa dengan keadaan yang berlaku antara Palestin dengan Israel. Pengarah mengilustrasikan yang orang Palestin tu adalah zombi dan Israel tu pejuang-pejuang yang menentang zombi dan puak-puak bonnies. Kadang-kadang cambangang gak citer ni. Ada je part tak logik macam kereta yang dah lama tak di isi minyak boleh la pulak bergerak. Kereta tak nak yang murah-murah. Nak pilih kereta pelumba F1 je. Kereta Myvi ke Viva ke Preve ke tak nak. High standard ey kau pengarah! Baiklah, segmen wayang bersama DJ KBKB berakhir di sini. Selamat menonton.
DJ KBKB : Woi! Ni rancangan aku la! Baik lah penon ..... ton.

Silent pool : Bedah, dah! Rancangan awak dah tamat. Sekarang masa siaran lain pulak.
DJ KBKB : Tapi saya ...
Silent Pool : Takde tapi tapi. Dah!

DJ KBKB pon keluar konti dengan pergerakan zombi sebab terlalu kecewa rancangan di sabotaj oleh pensabotaj yang tidak di sangka-sangka. Since that day DJ KBKB akan sengaja mematikan talian pemanggil yang bernama Dian sebab takut terjadi macam dulu ....

(Cerita rekaan yang merepek gilos babeng. Cambangang)

Segmen Inspirasi Blog Saya Oleh Siti Najwa

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 12:05 PM Comments : 5 Labels :


Hmmm .... mula-mula aku taip Inspirasi blog saya. Lepas tu aku tenung banner yang dah ditempek tu lama-lama. Lepas tu aku berfikir *sambil gigit kuku*. Aku panggung dagu dan termenung lagi. Last sekali aku menyandar dekat kerusi dalam keadaan berpeluk tubuh sambil berfikir 'siapa inspirasi blog aku ek?'. Lepas tu aku kembali ke blog cik penganjur then baca balik syarat-syarat dia dengan dahi berkerut. Bukan susah mana pon syaratnya cuma aku je yang berfikiran terlalu complicated.

SIAPAKAH YANG MENGINSPIRASIKAN IOLLS UNTUK JADI BLOGGER?
Jawapannya lecturer IT iolls lah. Semuanya bermula bila create satu blog tu menjadi assignment individu tiap-tiap orang yang belajar subjek IT. Start dari situ la aku become a blogger. Boleh je kalau nak delete blog ni lepas assignment tu selesai tapi dah alang-alang jadi blogger, biar lah betul-betul berblog kan walaupon cuma part time blogger :)

MAKNANYA BLOG NI HASIL ASSIGNMENT LA?
Yes dear, yezzzza. U are right. A big clap to u. Hohoho.

DESIGN BLOG IOLLS INSPIRASI DARIPADA SIAPA PULAK?
Sebenarnya design blog ni takde inspirasi daripada sesiapa dan apa-apa pon. Aku dapat free je lepas aku kata aku nak tukar template cumanya warna blog aku yang sekarang ni aku la yang request. Purple itu santek okeyh! Masa mula-mula berblog aku guna template yang Cik Lyssa buat khas untuk newbie yang masih tercari-cari template yang cantik tapi tapi tapiii lepas aku melawat beberapa blog dan nampaknya kami menggunakan template yang samaaa aku jadi tak sanggup nak guna template tu lagi jadi aku tukar lah dengan perkhidmatan dak Dina ni. TQ sayang :)

Sampai sini saje lah. Memadai dah ni aku rasa apa yang aku buat. Tinggal nak kembali ke blog Wawa dan tinggalkan link entry segmen ni :)

Segmen Saya Suka Makan

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 1:45 PM Comments : 0 Labels :

klik gambar kalau nak join keyh :)

Muka bahagia sebab bakal makan.

Saya memang suka makan. Hari-hari saya makan. Kalau tak makan saya akan susah hati seperti ada kata pepatah menyatakan (pepatah ke?) GENDANG GENDUT TALI KECAPI, KENYANG PERUT SUKA HATI. Ngeh Ngeh Ngeh. (Tapi kenapa hobi aku adalah membaca? Bukan makan? Patut ke aku tukar?). Disebabkan kegilaan aku yang suka makan nimmmm, kawan-kawan aku panggil aku PERUT NAGA. Semuanya kerana lepas makan nasik aku masih mampu menyumbat dunkin donat dalam perut aku. Tak cukup dengan itu, aku makan jajan pulak. Belum habis lagiiii .... Aku makan biskut atau roti bakar pulak. Memang perut naga. What say you? Lepas dah makan tu, mula la perut memboyak ke depan. Dah macam orang pregnant berapa bulan entah. Tu belum lagi masuk air. Kebiasaannya kalau lepas makan over dos macam tu then aku minum air, memang SELAMAT TINGGAL ROMEO la dekat makanan-makanan tu semua. Aku mesti akan termuntahkan semua tu. Membazirkan? Sebab tu dalam islam kita kena berenti makan sebelum kenyang tapi makan masa betul-betul tengah lapar. Kalau tak, jadi lah macam saya. (Eh aku ni, sekejap saya, sekejap aku. Aish!)

Sebenarnya duluuu *nak ajak kau mengimbau kenangan aku yang dulu* aku bukanlah spesis manusia yang buruk perangai macam 6 bulan dulu. Dulu aku tak kuat makan. Berat pon alaaalalalahai. Tak 39 KG, 40 KG. Macam tu la averagenya. Yela, zaman kanak-kanak. Kegilaan untuk bermain mengatasi kegilaan untuk makan sebab tu berat pon macam berat orang kekurangan makanan tapi selepas mengalami proses alamiah dimana tiap-tiap bulan bendera merah akan dikibarkan, berat aku sudah tidak seperti dulu kala. Berat sekarang berapa? Tetttt. Yang penting BMI di paras normal dengan tinggi 161cm aku. I think, aku makan macam orang kena sampuk hantu kerana ikotkan nafsu la. Jahat betul nafsu aku nih. Suka ey tengok duit aku kopak? Tapi apa boleh buat ... perempuan kan ada 9 nafsu 1 akal.

Bercerita pasal fav. food pulak .... aku adore gilos dengan masakan ibundaku terchinta. Memang aku takkan dan tak mampu nak menolak masakan mak aku. Sedap hingga menjilat jari weh. (Pinjam tagline KFC jap) Siyes! Kadang-kadang aku dengan kejamnya menyalahkan masakan mak aku yang sedap tu bila berat badan aku naik. Anak derhaka kah aku?

Nyum Nyum. Kecur liur sayo.

Ok, tu kalau masakan dekat umah. Kalau dekat kedai pulak fav. food aku adalah makanan yang berasaskan air macam TOM YAM atau SUP. Nasi pon aku makan jugak. Biasanya kalau nasik aku akan order nasi goreng kampung atau nasi goreng cili padi dan aku akan request cili dia tu nak banyak banyak banyak angat. Sedap tau pedas-pedas. Nama pon dah nasi goreng cili padi, kalau dah ghupe macam nasi goreng cina baik aku order nasi goreng biasa 1, kan?

video
Menampilkan video aku makan cikong dengan bersungguhan makan. Makankan kena sepenuh hati. Aku mengaplikasikannya. Baru lah terasa nikmat menjamu selera. Kikiki.

Okeyh... nak tag dekat dia dan dia.

Tips Keselamatan Wanita

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 12:33 PM Comments : 11 Labels :
Abah aku selalu cakap yang perempuan ni perlu sentiasa berwaspada. Jangan mudah percaya dengan orang. Mesti ada perasaan curiga walaupon sedikit pada semua orang dan banyak lah lagi. Abah aku cakap lagi yang perempuan ni kena ada ilmu pertahankan diri sendiri. Since tak selamanya dan bukan setiap masa orang lelaki yang mampu protect kita kan ada di samping kita. Kau hingat orang lelaki takde kerja lain ke selain asyik nak protect korang? Haaa macam tu lah lebih kurangya maksud ayat bapak aku tu. Punya la caring bapak aku dekat anak dara dia. (Abah, shuweet lah abah nimmm. Hik)

kebanyakan hal semestinya perempuan akan menanggung akibat. Yelah, yang merogol lelaki. Yang tanggung akibat perempuan. Kejam betul dunia. Kenapa aku kata kejam betul dunia bukan kejam betul lelaki? Sebab ada masanya perempuan yang menyebabkan lelaki yang terberahi dengan dia. Kebanyakan masanya lelaki yang terberahi sendiri. Tu laaaa layan lagi citer 18SX.

Disebabkan itu, adik-adik aku yang 4 orang hero tu asyik ajak aku bergasak je. Kononnya nak ajar kakak diorang ni supaya pandai berlawan lah. Aku hargai perhatian dan ke-caringan mereka itu. Bergasak sepenuh hati pulak tuh sampai ada yang menangis. APTB. Akhirnya pergi mengadu dekat mak aku. Lepas tu dapat hadiah hunger sebab bergaduh tanpa sebab. Wakakaka. Nasib baik dapat hadiah hunger je atas badan. Berbilau la sikit tapi cepat je baik daripada dapat hadiah tali pinggang polis bapak aku. Ha, mana 1 nak? Hunger ke tali pinggang polis? Jawapan selamat adalah jangan mengadu lepas bergasak kalau tak teresak-esak la kau lepas tu.

Berikut adalah langkah-langkah yang memungkinkan iolls dan uols terselamat. In Shaa Allah.


sumber : FB

Langkah-langkah dekat atas tu tak pernah di ajar oleh adik-adik aku kepada kakaknya ini. Biasanya diorang ajar aku bermuey thai. (Kasi buah Ong Bak sikit). Diorang kata step dalam gambar tu takkan bagi keinsafan kepada para lelaki. Eleh! macam la korang tu separuh lelaki separuh perempuan. (Nauzubillah). Apa-apa pon, walaupon step tu ada lah ringkas tapi padat tau. Step tu pon mudah je untuk dipelajari.  Mampu la membuatkan lelaki-lelaki yang sebegitu ambik mood insaf untuk beberapa ketika. Huh! Adalah menjadi bonus kalau dia terus insaf secara total selepas kena penangan 9 das tu. Yeah.


Berikutnya lagi adalah perkongsian sepotong doa. Nak tahu doa apa?


Dikatakan doa ni pernah dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s iaitu Siti Sarah yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri. Dalam islam kita kena amalkan konsep BERUSAHA, BERDOA dan BERTAWAKAL. Usaha kita dah ada dengan memahamkan, mempelajari dan mempraktikkan step di atas tadi. Lepas tu kita kena la berdoa pulak. Mohon perlindungan kepada Allah. Konsep terakhir, tawakal. Kalau dah buat semua tu tapi tetap jugak berlaku perkara yang tak di ingini, anggap lah tu ujian daripada Allah. Belajar lah untuk redha. Terima qada dan qadar dengan hati yang terbuka :) Bukannya kita tak berusaha untuk mengelak, kan? Mesti ada hikmah di sebalik setiap apa yang berlaku :) (Kenapa tulisan terakhir aku bertukar ke unknown font?)

Segmen Aku Gila Buku by FF

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 9:56 PM Comments : 33 Labels :

Aku baru sedar yang aku ni sangat sangat sangat gila akan buku. Buktinya aku mampu habiskan baucer buku sebanyak RM250 tu dalam masa 1 hari. Gilakan? Macam la baucer tu expired esok. Kawan-kawan aku geleng kepala je tengok gelagat aku dekat MPH Bookstore tadi. Semua buku aku nak ambik. Bila aku kira-kira yang harga buku aku amik tu melebihi harga baucer yang dibekalkan aku bercadang nak withdraw duit tapi di halang oleh member-member terchinta jadi terpaksa lah aku meninggalkan beberapa buah buku bagi mencukupkan bajet yang ada di tangan. (Kasihan). So, siapa kata orang Malaysia tak minat membaca?

Bagi membuktikan bahawa kajian yang menyatakan bahawa rakyat Malaysia tak suka membaca adalah TIDAK benar sama sekali, oleh itu aku terpanggil untuk meng-create sebuah segmen yang diberi nama AKU GILA BUKU BY FF. Segmen ni adalah segmen kedua kelolaan aku. Hello friends .... I come out with new segmen. Weeee~ Sila beri sokongan ye :D


SYARAT-SYARAT:

1) Wajib Follow blog ni (bagi yang belum follow)
2) Wujudkan 1 entry yang ber-titlekan SEGMEN Aku Gila Buku by FF 
3) Letakkan banner kat atas ni dalam entry korang.
4) Backlink kan ke entry ini.
5) Dah siap? Tinggal kan LINK ENTRY anda di kotak komen di bawah ini:) 
6) Kalau rajin... cerita la berapa RM yang korang pernah habiskan untuk beli buku. Cerita lah korang suka beli buku apa. I mean korang prefer buku bergenre apa untuk di baca. Tiap-tiap bulan korang spend berapa banyak duit untuk beli buku, tu pon kalau rajin la. Kalau tak rajin, memadailah korang buat sampai syarat ke-5 je.

TAMAT:
16 March 2013
22 March 2013
( 11.59 PM )


Selamat bersegmen la yo. Adios.

Selamat Hari Wanita

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 12:36 PM Comments : 4 Labels :

Hebatnya Wanita

===========

Wanita, hebatnya seorang wanita hinggakan seluruh dunia meraikannya.. Seorang wanita saat mendapat berita kehamilannya, hatinya sarat dengan kegembiraan hinggakan dia menitiskan air mata. Tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa proses bersalin itu sendiri boleh menuntut nyawanya. Apa yang dia tahu, dia bakal membawa zuriatnya yang comel ke dunia. 

Wanita, hebatnya dia tidak pernah mengeluh walaupun saban pagi dia muntah-muntah hinggakan badannya kehilangan segala kudratnya. Dia mampu tersenyum mengenangkan zuriatnya sedang membesar di dalam rahimnya yang hanya sebesar buah pear. Tidak pernah timbul gentar di hatinya memikirkan mampukah rahimnya yang sebesar buah pear menanggung zuriatnya. 

Wanita, hebatnya dia di saat dia mula merasakan kesakitan hendak bersalin hatinya tidak gentar walau secubit pun. Tidak pernah terfikir nyawanya mungkin menjadi galang ganti. Apa yang dia mahu, zuriatnya lahir dalam keadaan sihat.

Wanita, hebatnya dia mampu menahan kesakitan sehingga 57 Del ketika hendak melahirkan anak (bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak). Sedangkan sekuat mana pun manusia itu hanya mampu menahan hingga 45 Del sahaja. 

Apa yang selalu kita dengar tentang wanita?
Wanita tercipta dari rusuk lelaki.
Wanita itu sayap kiri lelaki.
Wanita berhati lembut dan kuat emosi.
Wanita itu kaum yang lemah.

Tetapi, sedarkah kita di sebalik semua itu…
Wanita dicipta untuk menjadi ibu.
Ibu yang mengandung selama 9 bulan dengan segala kepayahan..
Ibu yang berjuang dengan maut untuk melahirkan zuriat, penyambung generasi manusia..
Ibu yang berjuang menyusukan anak selama 2 tahun lamanya..
Ibu yang mengasuh, membesarkan, dan mendidik anak-anak dengan penuh kesabaran..
Ibu yang doanya lebih makbul dari seorang bapa..
Wanita jugalah yang menjadi tulang belakang lelaki..
Tidak kurang juga, wanita mampu melemahkan lelaki..

Hebat kan wanita?
Bertuahnya menjadi seorang wanita..

Buat kaum Adam, hargailah kaum Hawa . Selamat Hari Wanita ♥


p/s:copy paste je yang aku mampu untuk entry ni.

YES 4G vs P1 4G

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 12:18 PM Comments : 11 Labels :

Yang mana agaknya akan menang? Pilihan di tangan anda.

Disebabkan aku begitu asyik mempromosikan YES kepada semua orang, adala sorang member aku ni tanya 'Kenapa pilih YES? Kenapa tak pilih P1?'. Aku terdiam seketika mendengarkan soalan yang kukira agak cepumas itu tapi aku steady je sebab aku dah survey siap-siap dah kedua-dua jenama mobile internet nih. Aku tahu la nak jawab apa. Masa ni keyakinan perlu ada. Aku pon jawab dengan yakin tanpa sikit pon ragu-ragu hinggakan dia pon berkeputusan untuk menggunakan YES 4G jugek. Yes! Yes! Aku berjaya lagi :)


1) DARI SEGI HARGA

    Pada aku P1 is really really really expensive. Cuba kau bayangkan *tangan terawang-awang depan muka macam nak memukau* nak beli modem dia je dah kena bayar RM100. Takpe lah, tu ok lagi. Nak beli modem keluaran YES pon kena bayar RM100 jugak (ni untuk huddle. Untuk huddle XS RM180). Lepas tu kena bayar RM50 untuk advance payment. Yang ni pon tak jauh beza jugak dengan YES. Yang berbezanya dalam masa seminggu penggunaan, kau kena bayar lagi RM100. Untuk apa tu lupa pulak sebab dengar je macam tu terus aku blok telinga aku dari dengar penerangan promoter P1 tu. Jahat kan aku. Eh! sabar dulu, belum habis lagi. Lepas tu, setiap hujung bulan kau kena bayar RM79 selama 5 bulan sebab advance payment tu dia bagi bayar ansuran. Nampak macam berhati perutkan cara pembayaran modem P1 tapi hakikatnya cekik darah. Aku seorang student okeyh! Takkan la dalam masa 5 bulan aku kena korbankan hampir RM1000 untuk bayar P1 je??!! Tak berbaloiiii bisik hati kecil aku. Lepas 5 bulan, baru bayar macam biasa RM69 RM69 RM69 ikut pakej dan GB yang kau ambil. Kalau YES bayaran dia ikut harga modem yang kau ambik. Kau ambik yang mahal, mahal la kau kena bayar. Kau ambik broadband dia, advance payment je la yang kau kena bayar. RM 50. Bulan bulan kau bayar ikut harga pakej yang kau ambik. Tak rasa terbeban kan? Aku pon rasa lega je dengan syarat pembayaran dia.

2) DARI SEGI PROMOTION

    Kalau dari segi promosiiii memang la P1 yang mendapat tempat di hati. Mana taknya kalau kau beli P1 yang 5GB punya, kau akan dapat free lagi 5GB dalam masa 5 bulan pertama. Maknanya macam kau beli modem yang 10GB la. Boleh ber-skype skype. Tengok Sehangat Asmara secara online. Part ni memang YES kalah. YES cuma bagi free 1GB dalam masa penggunaan 3 bulan pertama tapi lepas habis tempoh 5 bulan modem kau akan kembali kepada GB yang asal jadi better kau ambik YES je. Takde la kau hidup dalam dunia WONDERLAND sangat. Berangan banyak duit sampai mampu beli yang 10GB hakikatnya modem kau yang 5GB punya cuma dapat free 5GB je tu yang jadi 10GB

3) DARI SEGI SIGNAL

     Penarikan signal YES lebih kuat dan lebih better lagi bagus (padahal better tu dah menunjukkan terlebih bagus) dari P1 sebab P1 ni jenis yang setia pada yang satu. YES ni agak curang jugak la. Ermmm bukan curang actually tapi more survive kot dari P1 ni. P1 ni kalau kau dah berjaya dapatkan signal dia di sudut meja, maka kekalkan lah kedudukannya dihujung meja sampai kau finish buat keroja atau line dia akan mati dan kau kena dapatkan signalnya lagi. YES pulak dia tak mengikat pergerakan penggunanya. Kiranya macam user friendly la. Kau nak berjalan ke mana, pindah ke mana dan move ke mana-mana pon, In Shaa Allah signal dia tetap ada. Kau takkan jadi tua sebelum usia sebab stress. Stress kenapa? Stress sebab line asyik hilang-hilang.

4) DARI SEGI KONTRAK

   Kontrak untuk kedua-dua modem ni sama-sama 2 tahun. Takde perbezaan pon.


Aku dah bagi pendapat sekarang semuanya terserah kepada kau sama ada nak pilih YES atau P1. Dari segi promotion memang rasa berbaloi untuk pilih P1 tapi dari segi harga ... LU PIKIR LAH SENDIRI. Sekarang ni kau nak tengok harga dia ke nak tengok promosi dia? Kalau kau rasa nak saving duit pilih YES, Kalau kau rasa kau kaya dan mampu nak bayar untuk P1, pilih la P1. Keputusan di tangan anda.

Gunalah YES 4G

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 12:55 PM Comments : 67 Labels :

Sejak aku pindah masuk ke rumah baru sem ni yang tidak dilengkapi dengan kemudahan wifi, aku telah berjaya mempengaruhi beberapa orang kawan aku untuk menggunakan perkhidmatan mobile internet yang terpantas iaitu YES. Yes...tahniah untuk aku kerana berjaya menjadi promoter yang berjaya namun tak bergaji. (Kasihan). Well, tengok tajuk pon dah tahu dan dah boleh nampak yang aku dalam usaha nak promote barang yang bukan dijual oleh aku. (Ceh! Dah la tak dapat komisen walau sesen pon). Sebenarnya memang berbaloi guna YES ni. Tak tipu *dengan gaya bersumpah dan muka innocent* walaupon aku baru guna tak sampai sebulan dengan super RM68 dengan kekuatan 4GB. Sekarang aku dah guna 80% dari 4GB tu. Ini bermakna aku kena kurangkan aktiviti tengok utube aku untuk mengelakkan lagi 20% dari 4GB tu terbazir begitu sahaja tanpa sempat aku buat assignment.  Yeah Patin. Berusaha! (Wah! Kemain azam, tekad dan semangat aku. Kikiki)

YES ni ada 4 pakej untuk bayaran tiap-tiap bulan. Super RM48 dengan 1.5GB. Super RM68 dengan 4GB macam aku dan member aku guna sekarang. Super RM98 dengan 6GB dan Super RM168 dengan 10GB. Ianya ada promotion. Promotionnya ialah *bunyi dram* untuk 3 bulan pertama penggunaan akan dapat free 1GB. Ini bermakna 1.5GB akan jadi 2.5GB. 4GB akan jadi 5GB dan macam tu lah seterusnya selama 3 bulan. Rasa teruja tak?

Bagi yang light users, ambik la super48 yang ada 1.5GB tu sebab korang cuma guna internet untuk bukak e-mel, baca berita and download apps je. Bagi steady social users macam iolls, ambik la super68 yang ada 4GB tu. Iolls memang suka and kerap kemaskini status bergambar siap dengan pakej video lagi. (Auta je lebih. Padahal takde pon. Ok, bye). Super 98 pulak direka untuk pengguna berkuasa tinggi. (Iolls bukan pengguna berkuasa tinggi sebab tu cuma guna super 68 tskkkt). Super 98 sesuai untuk yang suka hantar fail gedabak gedabak, suka main game online dengan yang suka multi-tasking;sambil buat kerja sambil main game. Report dekat bosss. Adik aku kata spesis-spesis mat pot ni aka kaki repot ni memang tak boleh hidup dengan aman dan bahagia la dalam kalangan budak poli dia. Kena aim sentiasa. Ah! Ingat aku ghisau. (Dalam hati kecut jugak sebenarnya kalau aku ada dalam situasi tu). Baiklah, untuk super 168 dengan kekuatan GB sebanyak 10GB ianya sesuai untuk pengguna video tegar. Adakah anda pengguna video tegar? Bertukarlah kepada YES dengan pakej ke-4 iaitu super 168. Haha. Bimbo habis haku nih. Biasanya pengguna video tegar ni dia suka menonton secara online, share video online and suka skyping/video call.



say yes to YES 4G

Saya seorang bergerak aktif ke sana ke mari dan saya perlukan internet di semua tempat saya pergi. Bak kata promoter YES yang sebenar "Apa guna pakai smart phone tapi takde internet. Takde function you know". (Err, ok ==') Ya, saya perlukan YES 4G untuk internet dimana-mana sahaja. Dengan 1 device saya boleh berkongsi dengan 5 rakan. Dengan 1 akaun saya boleh berkongsi dengan seisi keluarga. Internet dimana-mana sahaja dengan YES 4G. (Dalam kereta, dalam cafe yang takde wireless, carpark bukan kapak even dalam jamban pon. Eh!) Buffering? Hah, dah takde dah semua tu kalau nak tengok video dan itulah YES 4G. (kalau aku adalah seorang promoter sah YES Berapa agaknya komisen yang aku boleh dapat dengan cara promosi aku ni?)



Untuk internet dimana-mana sahaja even dalam jamban pon (dijamin) aku cadangkan korang gunakan modem ni
.
.
.
.


YES huddle 4G Mobile Hotspot

atau ni

.
.
.
.

YES huddle XS 4G Mobile Hotspot
Kenapa? Yes, soalan yang bagus. (Eceh, sebab bercerita pasal YES 4G, every part aku nak selitkan perkataan Y.E.S selagi aku mampu. Motip kau apa Dak Patin?) Sebab modem ni boleh dimasukkan dalam kocek korang . Aku guna yang huddle 4G yang hitam tu tapi agak semak jugak la menda tu sebab saiz dia dah lebih kurang dengan saiz sebuah handphone. Ianya akan memberikan korang perasaan seolah-olah korang membawa keluar 2 handphone sekaligus dalam satu-satu masa. Tu untuk yang ada handphone 1. Kalau yang jenis macam member aku yang ada banyak handphone sebab simkad DIGI, CELCOM and MAXIS semua dia ada, bayangkanlah berapa banyak kocek yang dia perlukan untuk isi semua tu. Nak tambah dengan huddle sebesar handphone tu lagi. Pening! Pening!


Oleh itu aku galakkan korang ambik YES huddle XS 4G. Yang ni kecik. Comel je. Tak makan space yang banyak tapi harga dia mahal sikit lah dari huddle 4G tu sebab yang ni latest untuk modem bersaiz kecik keluaran YES. Gen2 untuk huddle 4G. (Bukan kereta je tau yang ada GEN2). Huddle XS 4G ni tarik signal kuat sikit dari huddle 4G. Masa untuk dia bertahan pon lebih lama. Aku kira kalau huddle XS ni digunakan non stop dari lepas di cas, dia boleh bertahan sampai 1 hari. Baru korang akan cas semula. Huddle gen1 hanya mampu bertahan 7 jam je. 7 jam pon lama wooo. Korang boleh berfacebook selama perjalanan korang dari JB ke KB. Tak la bosan sangat perjalanan korang nanti. Hehe. (Promote habis-habisan aku nih).  

Nak tahu lebih lagi? Berminat? Pergi la dekat booth YES dan tanya la promoter dekat sana selanjut-lanjutnya yang korang mahu. Ah! Penat aku jadi promoter tak berbayar. Stress! Stress! I need my paymeeeennntttt! *latar spongebob yang sedang mencair*