Oh Monday! Why u coming sooo fast haaa? or I'm the one yang slow macam snail? |
Disebabkan aku nak hilangkan mood Monday Blues tu, I have to talk to someone yang mampu memberikan aku energy booster. Siapa dia? My bf? Mesti la takkkk. Of course la orang tu Mummy I,U. Mummy I ni semacam ada cas positif yang sangat tinggi. Walaupon cuma dengar suara dia je tanpa melihat muka, memang rasa lain macam la sun dia tu. Kalau tengok depan mata apatah lagi,kan. Kuat betul aura mak aku. Nak serap aura dia banyak-banyak. Lepas borak dengan ibu, borak pulak dengan abah. Hari ni hari paling Happy dalam kalender apak aku tu. Kerja dia makan je satu hari ni. Mana taknya, hari ni kan Hari Polis Sedunia jadi acara mereka makan-makan, briefing sikit, buat kerja sikit pastu dah. Kalau la aku tak call mak aku, mesti aku takkan tahu yang hari ni Hari Polis. Nama je anak polis. Dah 21 tahun eh belum baru 20 tahun 8 bulan baru sedar yang hari ni adalah Hari polis. Senget. Hello guys.... 25/3 adalah Hari Polis. Siapa yang lahir hari ni berkongsi tarikh dengan sambutan hari polis lah. Hehe. Tak rasa bangga pon? So what? Like I care. Grrrrr.
I'm proud to be anak polis. Tak kesah la ramai yang tak suka polis. Duk kutuk polis. Hina polis apa semua. Politikkan kematian polis yang dekat Lahad Datu tu. Aku tetap jugak nak cakap yang aku bangga jadi anak polis. Ada masalah? Well, polis pon manusia biasa jugak. Normal la kalau buat silap. Tak yah la dok hingak sangat! Pihak lain buat silap, takde pulak yang nak kecoh seantero negara! Double standard! Sakit pulak hati kita tau! Alaaaa berapa lama sangat diorang boleh nak kutuk polis tu. Lama-lama nanti, bila I/C dah hilang, barang kena rompak, rumah kena pecah masuk, motor kena curi, kereta sorong kena songlap, polis la juga yang diorang cari. Nak bercakap macam good-good je. Kutuk polis sana sini. Hina polis itu ini. Padahal tengah meludah ke langit. Tak sedar lettew. Selekeh betullah!
Terima kasih kepada polis-polis yang menjalankan tugas dengan baik termasuk lah abah saya. Sanggup bersengkang mata pergi kerja 2 3 pagi masa semua orang tengah syok tido. Lena dibuai mimpi. Redha je bila cuti untuk balik kampung dibekukan sebab nak jalankan tugas macam kena jaga kawasan pilihan raya. Gadaikan nyawa untuk kepentingan orang lain dan keselamatan negara jugak negeri. Thank you very much. Anda semua selayaknya dan sepatutnya dapat reward yang setimpal dengan penat lelah anda. Tapi tu la, bukan semua orang pandai menghargai tapi memang semua orang pandai mengutuk. Bajet bagus je! Letak dia dekat tempat polis karang baru tahu macam mana keadaan sebenar seorang polis tu. Terkulat-kulat kau. Tak kenal maka tak cinta kan dan kalau tak tahu tak yah nak cakap banyak. Diam-diam sudah! Tak susah kan?????!!!! Ni tak, semua nak jadi hakim. Semua nak jadi pengadil tapi adilkah kamu dalam menjatuhkan hukuman? Jawapannya TIDAK. (Haaa siap capslock + boldkan lagi). Biarkan pengadilan sahaja yang mengadili dan jatuhkan hukuman. Kita, orang-orang biasa ni just ambik pengajaran jela dari cerita kurang enak tu. Ni tak! Nak jugak jadi Mami Jarum. Aku cucuk dengan jarum jahit kasut tu karang baru tahu apa ertinya penyesalan. (Emo siotttt! Kehkehkeh).
Oklah, dah la tu aku meroyan macam orang hilang anak dekat entry ni. SELAMAT HARI POLIS SEMALAYSIA yang ke-206 kepada abah saya yang polis tu, pakcik saya yang polis tu, kawan-kawan abah saya dan pakcik saya yang polis tu, SELAMAT HARI POLIS. Ikhlas dari saya, anak polis yang kiut-miut ni. (Jangan nak muntah! Cubit karang!)
Selamat hari polis pakcik :)
ReplyDeleteTerima kasih nak ... *dengan suara garau* harharhar. (mengong FF nih)
Deletehai.. saya pula anak bomba :) eh? tetiba jerr
ReplyDeleteHahaha. Hai anak bomba :) Nice to meet u. Nnt boleh la calling father awak kalau berlaku kejadian yang melibatkan api. Hehe.
Deleteselamat hari polis jugak even dah lambat giler^^ wakaka
ReplyDeletesaya kenal FF daripada segmen Inspirasi blog saya by siti najwa.
btw,saya jugak suka purple.and corak latar belakang untuk header FF sangat coolie :)
free2 singgahlah : http://swatchoren.blogspot.com/2013/12/juniors-in-house.html