888 Review

YES 4G vs P1 4G

Penulis : nurinafarhana Masa : 12:18 PM Comments : 11 Labels :

Yang mana agaknya akan menang? Pilihan di tangan anda.

Disebabkan aku begitu asyik mempromosikan YES kepada semua orang, adala sorang member aku ni tanya 'Kenapa pilih YES? Kenapa tak pilih P1?'. Aku terdiam seketika mendengarkan soalan yang kukira agak cepumas itu tapi aku steady je sebab aku dah survey siap-siap dah kedua-dua jenama mobile internet nih. Aku tahu la nak jawab apa. Masa ni keyakinan perlu ada. Aku pon jawab dengan yakin tanpa sikit pon ragu-ragu hinggakan dia pon berkeputusan untuk menggunakan YES 4G jugek. Yes! Yes! Aku berjaya lagi :)


1) DARI SEGI HARGA

    Pada aku P1 is really really really expensive. Cuba kau bayangkan *tangan terawang-awang depan muka macam nak memukau* nak beli modem dia je dah kena bayar RM100. Takpe lah, tu ok lagi. Nak beli modem keluaran YES pon kena bayar RM100 jugak (ni untuk huddle. Untuk huddle XS RM180). Lepas tu kena bayar RM50 untuk advance payment. Yang ni pon tak jauh beza jugak dengan YES. Yang berbezanya dalam masa seminggu penggunaan, kau kena bayar lagi RM100. Untuk apa tu lupa pulak sebab dengar je macam tu terus aku blok telinga aku dari dengar penerangan promoter P1 tu. Jahat kan aku. Eh! sabar dulu, belum habis lagi. Lepas tu, setiap hujung bulan kau kena bayar RM79 selama 5 bulan sebab advance payment tu dia bagi bayar ansuran. Nampak macam berhati perutkan cara pembayaran modem P1 tapi hakikatnya cekik darah. Aku seorang student okeyh! Takkan la dalam masa 5 bulan aku kena korbankan hampir RM1000 untuk bayar P1 je??!! Tak berbaloiiii bisik hati kecil aku. Lepas 5 bulan, baru bayar macam biasa RM69 RM69 RM69 ikut pakej dan GB yang kau ambil. Kalau YES bayaran dia ikut harga modem yang kau ambik. Kau ambik yang mahal, mahal la kau kena bayar. Kau ambik broadband dia, advance payment je la yang kau kena bayar. RM 50. Bulan bulan kau bayar ikut harga pakej yang kau ambik. Tak rasa terbeban kan? Aku pon rasa lega je dengan syarat pembayaran dia.

2) DARI SEGI PROMOTION

    Kalau dari segi promosiiii memang la P1 yang mendapat tempat di hati. Mana taknya kalau kau beli P1 yang 5GB punya, kau akan dapat free lagi 5GB dalam masa 5 bulan pertama. Maknanya macam kau beli modem yang 10GB la. Boleh ber-skype skype. Tengok Sehangat Asmara secara online. Part ni memang YES kalah. YES cuma bagi free 1GB dalam masa penggunaan 3 bulan pertama tapi lepas habis tempoh 5 bulan modem kau akan kembali kepada GB yang asal jadi better kau ambik YES je. Takde la kau hidup dalam dunia WONDERLAND sangat. Berangan banyak duit sampai mampu beli yang 10GB hakikatnya modem kau yang 5GB punya cuma dapat free 5GB je tu yang jadi 10GB

3) DARI SEGI SIGNAL

     Penarikan signal YES lebih kuat dan lebih better lagi bagus (padahal better tu dah menunjukkan terlebih bagus) dari P1 sebab P1 ni jenis yang setia pada yang satu. YES ni agak curang jugak la. Ermmm bukan curang actually tapi more survive kot dari P1 ni. P1 ni kalau kau dah berjaya dapatkan signal dia di sudut meja, maka kekalkan lah kedudukannya dihujung meja sampai kau finish buat keroja atau line dia akan mati dan kau kena dapatkan signalnya lagi. YES pulak dia tak mengikat pergerakan penggunanya. Kiranya macam user friendly la. Kau nak berjalan ke mana, pindah ke mana dan move ke mana-mana pon, In Shaa Allah signal dia tetap ada. Kau takkan jadi tua sebelum usia sebab stress. Stress kenapa? Stress sebab line asyik hilang-hilang.

4) DARI SEGI KONTRAK

   Kontrak untuk kedua-dua modem ni sama-sama 2 tahun. Takde perbezaan pon.


Aku dah bagi pendapat sekarang semuanya terserah kepada kau sama ada nak pilih YES atau P1. Dari segi promotion memang rasa berbaloi untuk pilih P1 tapi dari segi harga ... LU PIKIR LAH SENDIRI. Sekarang ni kau nak tengok harga dia ke nak tengok promosi dia? Kalau kau rasa nak saving duit pilih YES, Kalau kau rasa kau kaya dan mampu nak bayar untuk P1, pilih la P1. Keputusan di tangan anda.

11 comments:

  1. hehehe...P1 dah kena black list la...aiseh...

    kena amik YES la gini :)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Ok. Laju. Saya duduk Melaka area Hang Tuah Mall

      Delete
    2. sy pun duduk mlke area yg sama.. tp line x dpt pun.. bru bli smlm.. ke memng mcm tu ?

      Delete
  3. Ok ke YES,pakej baru ni rm68 dapat 5.5 gb selama 2 tahun..sy baru servey antara p1 vs Yess

    ReplyDelete
  4. Ok ke YES rm68 dpt 5.5gb..sy tgh servey antara P1 vs Yess

    ReplyDelete
  5. oK...Yes 4G nI memang ada keistimewaannya.

    1: jimat plan. Sebab kalau ambek yang portable wifi, korang boleh share 5 orang. Kalaw ambek yang rumah iaitu Zoom boleh connect 10 orang.

    For me, kalau bukan heavy user yang pakai 5.5 gb ni, memang lebih dari cukup 5.5 gb ni. Yes 4G memang the best.

    ReplyDelete
  6. Agak2 Di terengganu yes ade signal tak.

    ReplyDelete
  7. Modem huddle xs sahaja berape RM?

    ReplyDelete