888 Review

Edisi : Jenama produk yang tertanam dalam kepala otak

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 1:34 AM Comments : 12 Labels :
Siapa ada guna shampoo yang Maya Karin jadi duta tu. Alaaaa shampoo yang " 5 masalah 1 penyelesaian" tu. Dapat teka tak? Apa? Shampoo loreal? Haaaa betul lettew. Shampoo tu la. Loreal Total Repair 5. Aku rasa shampoo tu bagus sangat. Mungkin hasil dia tak sama pada setiap rambut tapi dengan aku shampoo tu okey sangat. Eh! nampak tak yang rambut aku demand gilos babeng. Nak shampoo yang mahal je. Pakai shampoo yang murah sikit mula la nak meragam. Gugur lah. Kering lah. Tak bermaya lah. Botakkan karang baru tahu. Nampak macam tok sami sikit.

Loreal Total Repair "5 Masalah 1 Penyelesaian" 

Macam mana aku boleh terpakai shampoo ni? Beberapa hari lepas rambut hitam keperang-perangan aku ni semacam kering kurasakan. Aku fikir ianya kekurangan air jadi aku basahkan ia dengan kuantiti air yang banyak dalam jangka masa yang bukan sekejap. Lama oooo aku basahkan rambut aku. Ada la 10 minit. Lepas tu aku biarkan dia kering menggunakan kaedah saintifik. Biarkan dia terkondensassi dalam udara. Apabila kering dia jadi tak bermaya semula. Kasihan rambut aku. Aku rasa ni sebab Pantene atau Sunsilk la. Both shampoo ni memang tak sesuai dengan rambut aku sebab dia macam panas. Sebab tu my black blondie hair become dry. Tapi dah tahu tak sesuai menggedik pergi beli buat apa? Lepas tu rambut rosak, bising!. (Bodo angat). Lantas (wah!) aku mintak pendapat kawan aku shampoo apa yang patut aku pakai untuk solve problem rambut aku nih. Dia suggestkan shampoo ni. Aku guna dan nampaknya ianya berkesan. Oh my black blondie hair, please grow up faster ok and with healthy. Aku dah manjakan kau dengan shampoo yang duta dia bukan calang-calang tau.

Well aku bukan nak ceghita detail pong pasal shampoo ni. Aku cuma nak bagi tahu yang aku guna shampoo ni je. Ada jugak yang guna? Wahhh! Kita geng! Sep sikit. Yeah. Bagi yang belum guna dan mengalami masalah rambut macam saya *sambil tangan digoyangkan macam ucop wilcar* boleh la try. Ehem! Jadi promoter shampoo pulak dah. Yang lepas promoter YES 4G. Ok, never mind. Back to our main topic. JENAMA PRODUK YANG BETUL-BETUL MEMBERI IMPAK DALAM PASARAN DAN TERTANAM DALAM KEPALA OTAK KITA, RAKYAT MALAYSIA. Tahu tak produk apa?

Colgate, pilihan doktor gigi seluruh dunia. 

Mak : Patin (konon anak dia nama tu), belikan mak COLGATE. COLGATE jenama DARLIE tau.
Anak : Ok, mak.

Padahal mak kita tu nak mintak kita belikan ubat gigi, sepatutnya dia kata "Patin, belikan mak ubat gigi Darlie" BUKAN Colgate Darlie sebab Colgate tu adalah salah satu jenama ubat gigi jugak. Nampak tak betapa besarnya impak ubat gigi colgate kepada kita? Lepas ni should be kita kata nak beli ubat gigi darlie or ubat gigi halal gel BUKAN lagi COLGATE Darlie atau Colgate Halal Gel (Biasanya ubat gigi Halal Gel memang orang kata ubat gigi Halal Gel lah) and etc.

Maggi... Sajian Kebahagiaan :)


Anak : Mak, nanti belikan MAGGI CINTAN tau.
Mak : Erm, yelah.

The same thing goes to maggi too. People keep saying "Please buy to me MAGGI Cintan" or "Please get to me MAGGI Rusky" or else but actually they want to buy and get an instant noodle actually. Ni lagi satu embed produk dalam pasaran kita. Sebenarnya Maggi tu salah satu jenama mee segera tapi sebab kita dah terbiasa sebut maggi daripada mee segera dan disebabkan maggi tu salah satu produk mee segera, kita jadi terbiasa mulakan perkataan MAGGI bagi menggambarkan mee segera-mee segera yang lain. Kelakarkan? Dah jadi habit.


Pampers .... "Adik tidur lena" 

Macam tu jugak dengan pampers. Kalau boleh semua jenis lampin pakai buang tu kita nak panggil pampers. Sedangkan produk yang kita nak ambik tu Drypers bukan Pampers, contohnya. Ni lah namanya 'Drypers punya produk Pampers dapat nama'. Hahaha. (Suka hati aku je tukar pepatah). Lepas tu bila ada yang mintak kita bila Pampers mesti ayat ni akan keluar "Nak beli PAMPERS apa? PAMPERS Drypers ke PAMPERS Petpet ke" dan blablabla jenis pampers yang lain. Betul tak? Nak bet? Aku berani potong kuku la kalau tak betul. Ok dah. Tata. (Ayat nak gebang 25 jam sehari je kan aku nih. Huduh perangai).





Ridsect ..... "Tidak memberi peluang kepada yang tersembunyi" 

Ridsect pon sama jugak. Orang nak beli Shieldtox panggil Ridsect. Orang yang nak beli Ridsect memang panggil Ridsect lah. Kuat betul penangan ridsect dari shieldtox. Dalam banyak-banyak ridsect aku suka ridsect baru sebab bau dia macam gegula mentos. Korang suka tak bau tu? Hahaha. Takde kaitan betul soalan tapi tetap jugak berdegil nak tanya. Pastikan bagi jawapan okeyh! This is an order from Patin yang takde kaitan langsung dengan family Ikan Patin.


12 comments:

  1. Saya setuju semua perenggan dalam setiap ayat mahupun perkataan!!! Muehehehehe

    ReplyDelete
  2. pasni try loreal hair serum lak..kaler oren..bes sgt2!!

    uni guna serum 2 je, xmpu nk bli smua jenama loreal..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok, nanti Atin try yang tu pulak :) Atin pon tak mampu nak beli banyak-banyak. Mahal kot. Haha.

      Delete
  3. Hahahaha. Eddie guna shampoo johnson baby je xDDD Hari-hari bau mcm baby :O

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke? Mesti best duduk sebelah Eddie. Bau baby kan? Hehe.

      Delete
  4. Rambut saya sesuai pakai Pantene :)
    Hehe, lawak la baca cerita yang bawah tuu, memang betol pun kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya rambut saya jela yang tak sesuai dgn Pantene. Haha.

      Erm, citer bawah tu memang kelakar dan memang selalu orang buat,kan? Hehe.

      Delete
  5. maggie sedap

    - Admins blog 3 dalam 1
    http://blog3dalam1.blogspot.com/

    - Facebook fan page
    https://www.facebook.com/MingHuiRaingerzAwesomeCollections

    - Ping blog artikel @ Facebook
    https://www.facebook.com/groups/kakipingdotcom/

    ReplyDelete