888 Review

Kenangan lama mengusik jiwa

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 12:28 AM Comments : 3 Labels :

Assalamulaikum

It is been many years aku tinggalkan zaman persekolahan. Maknanya dah lama juga la tak jumpa kawan-kawan lama yang dah buka langkah sendiri dan bawa haluan masing-masing (termasuk lah aku sekali).

Namun begitu, kewujudan FB sentiasa membuatkan kami keep in touch. Dapat tahu perkembangan semasa masing-masing samada dah berkembang dalam erti kata benar-benar berkembang. Badannya (hehehe) mahupun telah mengembangkan legasi keluarga masing-masing dengan menambah keturunan aka dah kawin la tu.

Paling koman pun jadi silent reader jela.

Selalunya ... punca yang boleh buat aku dan member-member kembali bertukar cerita dan berkongsi rasa bila ... aku komen gambar derang/status derang atau derang komen gambar aku/status aku atau bila aku wish HAPPY BIRTHDAY dekat derang mahupun masa derang wish HAPPY BIRTHDAY dekat aku.

Masa tu la masing-masing akan ambik tahu pasal satu sama lain. Contohnya ... Eh! ko buat apa sekarang? Belajar dekat mana? Bila habis belajar? Oooo ... dah kerja. Kerja apa?

Macam retis yang kena interbiu dengan wartawan dah fefelingnya masa tu. Tapi masa tu jela. Masa-masa lain dimana masing-masing dengan dunia masing-masing, semuanya keluarkan bunyi cengkerik. Krikkrik. Krikkrik.

Pada ketika ini, grup kelas yang diwujudkan dalam FB pun dah tak function dah. Macam melukut di tepian gantang (ntah kena ntahkan tidak peribahasa aku dengan situasi cerita aku ni). Tapi ... bila dah start functionnnn memang notification aku pasal grup kelas je. Naik loteh juga nak membaca dan nak layankan otak gila-gila masing-masing.

Ibarat sambil menyelam minum air, makanya ... aku pun sambil berbalas-balas mesej sambil mengimbau kenangan lalu.

Kenangan lama memang mengusik jiwa :)



3 comments:

  1. Ha'a kan. Time ucap hepi besday je baru nak tegur. Pastu setahun kemudian ucap lagi agagaga

    ReplyDelete
  2. Smua da bz dgn khidupan masing2. Mjur still contact lg, dr x cntc lgsg kn..
    Belog Miss Balqis

    ReplyDelete