Inginku kisahkan kepada mu mengenai seseorang. Seseorang yang ku tak bisa hidup tanpa dirinya. Kedengaran cliche bukan? Seperti ayat novel lagaknya namun itulah hakikatnya. Hakikat yang terpaksa ku tanggung dan terpaksa ku hadapi. Hakikat yang seharusnya kamu tahu bahawa aku benar-benar terluka dengan pemergiannya. Pemergiannya benar-benar memberi impak kepada diriku dan rutin harianku. Pemergiannya menjadikan aku yang dulunya ceria berubah menjadi murung. Semua ini tidak akan berlaku andai aku tidak mengabaikannya. Aku terlalu kuat bekerja hinggakan tiada masa untuk diluangkan bersamanya.
Kisah kami bermula seperti biasa. Normal. Berkenalan, jatuh cinta, declare dan jadi pasangan kekasih. Di permulaannya, aku sentiasa luangkan masa bersamanya. Makan bersama-sama. Beriadah bersama-sama sambil melihat awan dan bangunan pencakar langit. Indah saat-saat itu. Seringkali aku tersenyum sendiri apabila terkenangkan semuanya.
Namun, kerana sifat workhaholic aku, aku kehilangannya. Kerana terlalu tekun bekerja, aku melupakan momen indah antara aku dan dia. Momen indah dimana dia sediakan coffee untukku. Momen indah dimana aku mengajarnya yang 'kosong' mengenai muzik untuk bermain gitar. Ternyata dia jenis yang cepat tangkap. Aku senang. Momen indah dimana dia layankan saja keinginanku berlawan game football dengannya. Aku tak sangka dia agak hebat bermain. Ada satu malam tu, sebelum tragedi itu, aku mengajaknya keluar dinner. Bukan dinner yang biasa-biasa tapi yang agak 'luar biasa'. Dinner yang orang putih biasa panggil candle light dinner. Di bawah langit, bertemankan cahaya lilin, ditambah dengan suasana yang sweet, aku berjaya menimbulkan keadaan romantik. Khas untuk dia. Ketika itu aku sediakan satu kejutan untuknya dan ternyata dia benar-benar terasa surprisenya. Aku menghadiahkannya sebentuk cincin dan mengungkap kalimah keramat I LOVE YOU kepadanya sebagai tanda cintaku yang tidah berbelah-bahagi kepadanya. Aku kira itu yang dinamakan cinta yang tidak berbelah-bahagi tapi telahanku ternyata meleset. Dia tidak fikir begitu. Padanya cinta yang tidak berbelah-bahagi itu ialah sentiasa ada waktu untuk diluangkan bersama walau sesibuk mana sekalipun. Dia sedar perubahan diriku. Aku mulai jarang luangkan masa bersamanya. Aku jadi lupa seketika mengenai dia. Mengenai kami.
Satu hari, dia datang berjumpaku dan kami bertengkar kerana dia seolah mempertikaikan kesungguhan aku untuk bekerja hingga mengabaikannya. Kelakianku tercabar. Egoku lebih tinggi dari KLCC ketika itu. Aku mempertahankan tindakanku. Dia kecewa lalu berlalu pergi. Apabila melihat dia mulai berpaling dan melangkah, aku sedar yang aku bakal kehilangannya. Aku cuba dapatkannya. Aku kejar dia. Dalam masa yang sama aku terlihat sebuah kereta sedang meluncur laju. Aku cuba menahannya untuk terus melangkah dari melintas jalan namun segalanya terlambat. Pelanggaran yang kuat membuatkan dia tercampak. Di depan mataku dia dilanggar. Aku tergamam. Mata ini menjadi saksi tragedi itu. Aku bingkas menuju ke arahnya. Memanggil namanya berulang kali dan menjerit meminta tolong. Mujur saja orang yang melanggarnya itu jenis bertanggungjawab. Dia telah membawa Maryam ke hospital.
Ye, nama gadis itu ialah Maryam. Sesampai di hospital, Maryam telah dikejarkan ke unit kecemasan. Namun kerana kecederaan yang teruk di kepala dan hentakan yang kuat di bahagian dada, doktor tidak dapat berbuat apa-apa yang lanjut. Doktor hanya mampu memintaku untuk meredhakan segalanya. Aku tidak boleh menerima hakikat itu. Aku jadi berang. Akal warasku entah terbang ke mana. Aku mempersoalkan tugas seorang doktor dan berlakulah pertengkaran kecil antara aku dan doktor itu. Aku sebenarnya bukan marah kepada doktor itu. Aku marah kepada diriku. Marah kepada diriku kerana di akhir hayat Maryam, bukan momen indah yang ku hadiahkan kepadanya. Aku hanya ingin 1 saja peluang untuk mencipta kenangan terindah dengannya namun aku tahu itu mustahil. Kini, dia telah tiada. Maryam aku telah pergi. Pergi bersama cintanya. Pergi dengan meninggalkan rasa penyesalan yang tidak berpenghujung terhadap diriku.
Sekarang, yang tinggal untukku hanyalah kenangan. Oleh itu, aku ingin mengabadikan kisah cinta kami dalam bentuk lagu yang ku judulkan sebagai "MARYAM".

p/s : Kalau sudi, klik la button G+ di bawah tu ye. TQ :)
No comments:
Post a Comment