888 Review

Hari first belajar mandarin part 3

Penulis : nurinafarhana Masa : 11:43 PM Comments : 0 Labels :
Diam tak diam dah nak genap 2 minggu rupanya aku jadi anak perantau. Ecececeh! Perantau la sangatkan tapi takpe, tu bukan pointnya. Main story-mory-nya ialah HARI FIRST BELAJAR MANDARIN PART 3.Hmmmm apa yang gempar sangat dengan hari first belajar mandarin di semester ke-3 ni? Apa? Apa? Haaaa... dia punya gempar memang super duper senoir gempar.


  1. Lecturer kitorang dah bertukar. Jadi apa yang gempar sangatkan dengan pertukaran lecturer ni? Ok, relax... relax bro, relax. Yang gemparnya sebab dia dah ngajar kitorang 2 sem dan kitorang rasa sangat selesa dengan dia dan dia sangat best. Jadi kitorang mengharapkan masih dia yang mengajar kitorang subjek ni untuk sem last kitorang ambik bahasa asing namun hanya tinggal harapan sahaja lah nampaknya. Macam satu kehilangan yang besar okeyh bila dapat tahu dia tak lagi mengajar kami :'(. Satu kelas macam nak protes bila dapat tahu dia bukan lagi lecturer mandarin kitorang.
  2. Dah la lecturer baru macam tersangat la 'happening' sampai kitorang jadi pening. Belajar mandarin dah macam belajar kungfu. Seriously! Ops! dah start buat ayat tak puas hati dengan lecturer baru dah ni. Moga-moga ilmu aku hari ni diberkati. 
  3. Lepas tu kan, lepas tu kan mandarin ni adalah subjek last dalam jadual hari last kitorang belajar minggu ni. Maksudnya lepas hari Khamis kitorang dah takde kelas dan Jumaat tu dah start boleh buat aktiviti best. Bhahaha. Best juga kadang-kadang. Tapi yang tak best, jadual hari Khamis tersangat lah pack ya ampuuuunnnn. Dari seawal 8 pagi sampai la selewat 10 malam baru kelas kitorang settle dalam erti kata sebenar. Rasa langsung tak boleh adapt subjek last dalam jadual hari Khamis kitorang; mandarin, tapi digagahkan juga. Serious penat. Hmmmm :(
Hari ni hari first belajar mandarin dengan lecturer baru dan cara dia mengajar tersangatla seperti langit dan bumi dari lecturer past 2 sem. Tapi takpe, nak complaint pun tak boleh. Redha jela. Nanti nak menimba ilmu dari dia juga. Semoga kami dapat A+ mandarin sem ni. Nite olls :)

No comments:

Post a Comment