888 Review

Naluri Seorang Ibu

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 9:27 PM Comments : 1 Labels :
Aku rasa bukan mudah nak menipu seorang insan yang kita panggil ibu. Cubalah menipu macam mana sekalipun, cubalah simpan rahsia sekemas mana pun mesti dia dapat teka dengan tepatnya. Kadang-kadang timbul rasa kagum sebab dia seakan tersangatlah memahami apa yang tersirat di hati anak-anak dia. Kadang-kadang timbul rasa geger dengan naluri keibuan nih. Yela, top secret kita pun dia boleh teka dengan tepatnya. Takut weh! Takut. Siyes! Kuat betul deria ke-6 dia. 

Ibu dan naluri keibuan. Walaupun dia tak nampak apa yang kita buat di belakang dia tapi tetap juga dia boleh detect. Hebat! Signal dia men-detect kemelut yang melanda hati anak-anak dia lagi power dari AES detect kesalahan trafik. Lepas tu dapat listkan satu-satu apa yang terbuku di hati anak-anak dia dengan tak berapa nak tepat tapi sipi-sipi tepat tu ada la. Ajaib! Macam semuanya tertulis dalam data komputer. Padahal takde pun. Kadang-kadang rasa macam dia pasang spy. Rasa macam dia stalk kita. Rasa macam dia ada dekat mana-mana je. Rasa macam .... macam-macam ada lah pendek kata. Panjang kata makin ke laut jadinya entry aku ni. Jadi sebelum panjang kata memunculkan diri, pendek kata JANGAN PANDANG RENDAH PADA SEORANG IBU terutamanya NALURI DIA. NALURI dia tu mahal. Tak boleh dibeli. Takde pada ayah. Takde pada lelaki. Hanya ada pada ibu. Ada pada perempuan. Tetiba rasa tak sabar nak memiliki naluri keibuan. Haha


1 comment:

  1. nice entry dear... :) naluri seorg ibu sgt istimewa.. chewah, dah mula rasa nk jd ibu ye...heheh :)

    trend ambil gambar makanan.. biasala tu.. kan :)
    jemput singgah baca entry terbaru..

    http://cartiecacloset.blogspot.com/2013/08/ambil-gambar-makanan-sebelum-makan.html

    ReplyDelete