888 Review

Cara Nak Dapatkan Dean List

Penulis : nurinafarhana Masa : 9:14 AM Comments : 3 Labels :
Ingat lagi dalam entry lepas, Petua Kurus Cara murah ( klik sini ) saya ada kata nak berkongsi cara untuk menyenaraikan diri dalam dean list? Memandangkan dalam salah satu search keyword ke blog  saya adalah CARA DAPAT DEAN LIST .... tetiba rasa bersalah pula bila orang buat search dan dah masuk page saya tapi kecewa sebab tak dapat apa yang dia nak. So, here we go bebeyh!

Macam mana cara nak dapatkan anugerah Dekan?

Sebenarnya ada banyak je cara nak dapatkan dekan ni. Pertama mesti la ada niat. Niat yang tegas, jitu dan mantopppp. Apa yang kita nak buatkan berdasarkan niat, betulkan. Tapi cukup ke dengan sekadar berniat je? Mana la nak cukup awak. Benda ni ibarat kita berniat dan berkeinginan untuk makan tapi takde effort pun nak dapatkan makanan. Memang lapar sampai ke tua la kau. Kesimpulannya, selepas niat mestilah disusuli dengan usaha. Usaha itu kan tangga kejayaan. Ayat popu sejak darjah rendah-rendah lagi.

Usaha yang macam mana yang kita kena buat?

Ehem .... usaha macam ... sebelum ke kelas belajar sendiri dulu. Cuba amik tahu apa yang bakal kita belajar. Kiranya kita a step forward la dari cikgu-cikgu dan pensyarah-pensyarah dan rakan-rakan lain. Bukan niat nak riak atau berlagak cumanya masuk kelas nanti dah senang. Takde la blur-blur burung kasawari. Bila lecturer atau cikgu tanya faham ke tak? Dengan yakin dan tegas kata FAHAMMMM ...! Tapi bila di ajukan soalan, masing-masing tunduk kepala. Kalau badan tu boleh masuk bawah meja, mesti nak sumbat badan ke bawah meja tu. Ini ada satu peringatan! Biasanya bila kita tahu banyak pasal tajuk-tajuk pada hari tu mesti ada je ayat-ayat nak nganjing macam Fuyooo dah study sioooottttt. Tu bukan apa, mereka sekadar kagum. Jangan sikit pun rasa tersindir. Okeyh? Boleh?

  Seterusnya, nak dapat dekan kena la berkawan dengan penerima anugerah dekan atau bahasa ringkasnya carilah mentor yang bersesuaian dengan aim kita. Macam kalau nak kaya dan berjaya, kena la bermentorkan orang yang kaya dan berjaya juga. Takkan la nak kaya dan berjaya tapi berkawan dengan orang yang takde wawasan. Nanti dengan kita-kita yang berwawasan ni sekali terjebak dengan situasi yang tak berwawasan diorang. Tapi jangan la pinggirkan kawan-kawan yang tak dekan pula. Sesungguhnya mereka pun mahukan anugerah dekan seperti kita juga. Belajar sama-sama. Berkongsi ilmu tu berkat. Dapat pahala lagi.

  Usaha lain seperti banyakkan membaca buku-buku ilmiah lain atau apa-apa je artikel yang penuh dengan ilmu. Jangan fikir kalau kita budak sains, kita tak perlu amik tahu pasal akaun, pasal bahasa, pasal seni, pasal masakan. Jangan fikir macam tu sebab dalam sains tu sendiri ada seni. Dalam masakan tu sendiri ada sains. Misalnya, asam jawa rasanya masam dan setiap yang masam tu ada asid jadi berapa kuantitinya yang perlu kita guna. Haaa nampak? Lepas tu, walaupun kita budak sains, kalau kita berniaga nak kena buka akaun jadi ilmu pasal perakaunan tu penting untuk kita kuasai.

  Yang paling penting kena berani bertanya. Jangan asyik nak maintain kecuuuuttt aje. Tak remaja la asyik nak kecut macam asam kecut.

  Perkara lain yang penting juga terutamanya kepada yang islam ialah berdoa dan bertawakal. Dah lepas berusaha, kena la berdoa dan bertawakal. Kalau rajin tulis matlamat yang kita nak capai. Bukan satu bukan dua tapi 101. Kalau matlamat cuma satu, keinginan tak kuat, macam mana kita nak jadi manusia hebat. Kita takde alasan kukuh untuk meminta dengan Allah. Oh! ada hubungan yang baik sesama makhluk juga boleh menjadi kunci untuk dapat dekan. Nampak mudah tapi mencabar juga. Bila kita baik dengan sesama kita, ilmu yang nak masuk pun seperti air terjun Niagara. Laju je. In shaa Allah Dekan la tu tak lama lagi hehe. Aminnn ...

  Akhir kata, takde siapa pun yang boleh ubah nasib kita melainkan kita sendiri dan memetik kata-kata seorang kawan yang selalu dalam senarai dekan " Takde dalam mana-mana buku pun yang kata hanya yang bijak yang layak dapat dekan. Yang layak dapat Dekan adalah yang kuat berusaha dan yang tahu apa dia nak ". Renung-renungkan. Selamat beramal :)

3 comments: