888 Review

Petua kurus cara murah

Penulis : nurinafarhana Masa : 6:08 PM Comments : 7 Labels :
Ehem, sejak ada tekad dalam hati nak kecik kan badan, aku macam menjadi terlalu peka dengan petua-petua yang mampu mendorong aku menuju ke arah fokus utama aku iaitu kurus selain nak menempatkan diri dalam dean list. Pasal cara-cara nak dapat dean list tu kita cerita kemudian apa yang aku akan buat dan bakal praktikkan. Tapi ... Aku nampak seperti terlalu obses untuk langsing ke?


Baiklah, berbalik kepada petua nak kurus tapi tak keluarkan kos yang banyak. Aku pasti student-student seperti aku yang tak banyak duit dan masih mengharapkan dana PaMa dan bantuan PTPTN boleh tersenyum lega dengan petua yang bakal aku kongsi ni. Selain petua yang aku kongsikan malam semalam ( klik sini ) 'Hmmmm rupa-rupanya masih wujud benda yang murah atas muka bumi ni' getus hati aku.

Ok, cara-caranya ialah ...... :-

1. Minum air limau nipis/ teh cina/ air asam jawa. Tiga-tiga jenis air ni boleh membantu turunkan berat badan. Selain tu bahan-bahannya pun senang didapati di dapur rumah ibu. Air-air ni hendaklah diambil selepas lunch atau dinner. Ingat tau .... SELEPAS lunch atau dinner. SELEPAS tau! Kalau sebelum makan korang minum, cukup seminggu mendapat la korang. Mendapat gastrik. Then, buat la senaman ringan iskit-sikit macam sapu bilik tidur yang dah lama tak bersapu ke. Contoh! Buat dalam 30 hari. In shaa Allah berat akan turun :)

2. Amalkan diet arnab. Diet arnab tu macam mana? Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Sebab dua jenis makanan ni ada banyak vitamin, mineral, serat dan kandungan lemak pun tak banyak. Selain tu mudah didapati atas meja dapur ibu and boleh dijumpai dalam peti ice yang abah beli.


3. Jangan timbang berat badan tiap-tiap hari. Takut tak nampak perubahan. Timbang la seminggu sekali ke. Dua minggu sekali ke. Haaaa baru nampak perubahan ketara berat minggu lepas dengan berat minggu ni.

4. Jangan timbang berat lepas minum air, mungkin korang akan berputus asa untuk terus jadi langsing.

Baiklah, sekian saja perkongsian petua dari aku untuk korang semua. Sumber petua daripada majalah Fesyen Hijab. Tapi ayat olahan aku sendiri. Wink!wink!

7 comments:

  1. thanks share.. tips yg sgt sihat... ena pun tengah nk kuruskan bdn ni.. hurmmmmm sedih tengok badan makin membolat

    ReplyDelete
  2. Perkongsian tips yang sangat menarik. Saya suka amalkan cara kurus dengan menggunakan tiga langkah penting, iaitu bakar lemak, buangkan toksin dan bina otot untuk mempastikan metabolisme tubuh menjadi tinggi agar penurunan lebih berkesan. :)

    Dapatkan tips lebih banyak di http://KedaiVitaminFatimah.Wordpress.Com

    ReplyDelete