888 Review

Pengalaman Pertama Derma Darah

Penulis : nurinafarhana Masa : 9:56 PM Comments : 10 Labels :
Aku masuk tempat derma darah. Bau ala-ala klinik dan hospital menyapa hidung tapi takpe aku dah biasa. Bukan ke dulu cita-cita aku nak jadi doktor. Jadi bau-bauan tu dah macam perfume dah. Small the pieces punya bau. Boleh handle punya. Pada mulanya aku masuk berdua dan sampai ke akhirnya pun actually kami tetap berdua. Cumanya di pertengahan jalan, kawan aku kecundang. Kecundang di pit stop pemeriksaan darah. Kali ni darah dia rendah sangat. Kali yang lepas darah dia pekat sangat. Kalau tak pekat, cair. Kalau tak cair, pekat. Macam tu lah situasinya selama 4 kali pemeriksaan darah sejak tingkatan 6 bawah lagi. Itu apa yang aku faham dari penyampaian dia la. Takde auta-auta meyhhh.

Ok ok, dah start ke laut nampaknya. Kembali ke daratan semula. Berbalik kepada cerita derma darah tadi. Selepas di uji darah aku, di ukur tahap ke-nervousan jantung aku dan sebagainya akhirnya aku berjaya ke stage terakhir. Yeyyyy untuk aku. Excited ok dapat derma darah. Macam jakun pun ada. Macam tak sabar pun ye juga. Tak sabar nak cepat balik. Aku rasa ngantuk gila babeng masa tu. Tengok-tengok jam " Hmmm dah pukul 2. Patut la ngantuknya terasa ". Sabar jela. Tak lama lepas aku berkira-kira untuk lelapkan mata barang sejenak, aku di panggil sebab ada satu tempat kosong tapi aku tak nak. Kawan aku dah cuak. Dia ingat aku buat hal. Tetiba taknak derma darah ke budak ni? getus hati kecilnya hahaha. Ayat tu aku reka je. Tak tahu pun dia kata macam tu ke tak tapi yang pasti muka dia memang tak dapat disorok cuaknya tu. Nampak sangat aku macam trouble maker. Sentap! Dia tanya " Apasal? " Aku jawab " Aku taknak dekat situ nanti dia cucuk tangan kanan aku. Macam mana aku nak menulis nanti " Aku menerangkan padanya satu-satu agar dia mengerti dan tertanya dia mengerti dan menarik nafas lega. Hmmm nak kata aku pencetus masalah la tu tadi kan kalau aku kata aku tak jadi derma darah?! Marah aku padanya tapi dalam hati saja la. Lat beberapa minit kemudian selepas terlentok atas bahu kawan aku maka aku dah nampak dah tempat yang harus aku tuju. Selaju mungkin aku ke situ. Takut ada yang ambik. Hmmmm nak tunjuk gambar, usb tak boleh baca pula. kalau tak, lagi jelas gambaran yang aku akan bagi kepada readers tersayang. Muah! Hahaha.

Lepas dapat port yang sesuai dengan kehendak hati aku, aku pun keluarkan lah darah aku. Wah ayat! Aku pun keluarkan darah aku tau. Takboleh blah! Padahal nurse yang dekat situ yang buat. Cerita mesti nak ada unsur gebang. Menyampah sangat. Selepas cukup 420 ml, aku relax lebih kurang 5 minit dekat kerusi tu and memang tu prosuder dia. Yela, takut karang pengsan pula lepas darah kena amik bingkas bangun. Then aku pergi amik air 100 plus, roti, biskut and air milo. Tu la namanya rezeki penderma darah Bhahaha. Kalau dekat luar, total up semua makanan dan minum tadi, mahu kena cas dekat 5 ringgit. Tengok! Nampak tak betapa kroniknya mentaliti generasi subsidi. Berkira sangat.

Oh! apa pula citer kawan aku tu ye? Ni cerita dia. Dia kan tak boleh derma darah, jadi aku telah lantik dia menjadi fotografer tak bergaji aku. Dia la yang di tugaskan mengambil gambar-gambar aku sepanjang sesi derma darah tu. Walaupun mulut dia tak henti-henti mengata aku GEDIK! tapi dia snap juga segala posing aku. Terharu sangat :') Sebab terharu sangat, aku rasa nak menghargai hasil karya dia dengan berkongsi segala picha yang dia snap di sini. Namun apa kan daya, usb aku tak dapat baca memory card handphone pula. Kawan, lain entry saja lah aku kongsikan gambar itu ye?

10 comments:

  1. mai tkut nk derma darah...eeeii seram..hee...bru kene amik darah seciput pn kadang2 dh pening2 ni kn plak derma darah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe la Mai. Mai tak dapat derma darah, Mai boleh derma sesuatu selain darah kan :)

      Delete
  2. best kan derma darah..?!! suka...tp dr 4 kali cubaan...sekali je baru lepas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best la jugak hehe. Oh! Tahniah! Anda berjaya haha :)

      Delete
  3. Powe of giving! :p
    Sy pun tergolong dalam kalangan kawan awak :)

    ReplyDelete
  4. Kupul2 cop banyak2 boleh dapat free kos bila msk hospital nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eya ke? Tak tahu pula tu kelebihan penderma darah yang banyak. I will. Hehe :)

      Delete
  5. sy teringin nk derma darah...nk derma organ pn teringin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) Tahniah ada perasaan macam tu. Tak ramai tau yg ada hasrat macam Nasuha ni.

      Delete