888 Review

Apa yang patut kita yang dipanggil GEMUK ni buat?

Penulis : nurinafarhana Masa : 11:08 PM Comments : 4 Labels :
"Gemuk"
"Buncit"
"Boyak"
"Debab"



Adalah panggilan yang sinonim dengan orang-orang gemuk. Wowowo, lex luh, lex luh jangan cepat melatah kepada yang berkenaan sebab ni bukan entry yang menghina golongan-golongan seperti kamu (yang gemuk). In fact, aku pun dah start orang panggil gemuk. Grrrr.

Sebenarnya panggilan gemuk tu bukan panggilan yang sangat best ye kawan-kawan. Panggilan tu hanya berfungsi menjatuhkan self-confident dan mampu juga meletakkan self-esteem di carta paling bawah. 

Jadi, apa yang patut kita buat wahai rakan-rakan yang senasib denganku?

1. Jadikan segala panggilan yang tak best di dengar tu sebagai pembakar sangat. Kalau nak pembakar semangat mesti kena ada kata-kata semangatkan? Jadi, katakan kepada diri sendiri ayat ni, semat dalam hati sampai benar-benar berjaya jadi kurus. " Ooooo panggil aku gemuk ye. Tengok la nanti bila aku kurus, akanku pastikan segala kosa kata dan perbendaharaan kata dalam kamus brain ko hilang, huh! ". Ok? Boleh buat? Good! Daebak!

2. Ambil sarapan pagi. Sarapan tu sangat penting okeyh! Pernah dengar breakfast like a king? Haaa tu maksudnya kita digalakkan makan dengan banyak pada waktu pagi. Makan macam raja la katakan... Raja dalam cerita dongeng makanan dia penuh satu meja. Padahal makan seorang diri je.

3. Makan tengahari pula yang sedang-sedang saja. Lunch like a prince. Ambik nasi separuh, lauk sikit and sayur menimbun. Putera raja tak makan banyak-banyak. Nanti susah nak maintain 6pack.

4. Masa makan malam pula.... makan la seperti seorang pengemis. Tahu pengemis makan macam mana? Dia makan sikit je. Kadang-kadang tak makan langsung. Kepada kita yang berada ni, maksud makan seperti pengemis disini ialah makan ala kadar je. Buat alas perut supaya tak terlalu lapar untuk sampai ke breakfast semula. Boleh la makan sup ke, kuew tiaw goreng ke, roti, biskut cicah milo ke asalkan tak bermewah-mewah. Ingat! Kita cuma boleh bermewah-mewah masa sarapan je! Tau!

5. Kurangkan pengambilan makanan yang mampu mendorong kita untuk menjadi semakin kembang. Contohnya makan burger bakar abang burn tiap-tiap malam sekitar pukul 12 malam dan lepas kenyang terus tido. 

6. Walaupun kita dah terbiasa makan pukul 12 tengahari tapi if hari tu dah pukul 12 pun kita tak rasa lapar. Eh! Kagum pula rasanya. Jangan makan! Makan bila rasa lapar. Lapar yang kronik tau. Kalau lapar yang manja-manja tu boo layan. Nafsu semua tu. Aku jadi gemuk sebab pergi layan lapar yang manja-manja tu lah.

7. Kalau rasa lapar, jangan terus capai makanan. Seeloknya pergi minum air barang segelas atau mai secawan! Kerana bila badan kita kekurangan air, badan akan hantar hint ke otak yang kita rasa lapar tapi tu semua isyarat mengauta je tu. Namun begitu, lepas 10 minit minum air tetap juga tak hilang rasa lapar, maknanya korang memang kena isi perut yang kosong tu segera sebelum diserang penyakit bernama gastrik.

8. Banyakkan minum air masak/mineral/suam. Setiap 25kg berat bersamaan 1.5 liter air sehari. Kalau dah berat tu 50 kg memang kena minum air 3 liter sehari aaa citer dia.

9. Follow lah insta, twitter atau facebook orang-orang yang boleh bagi kita inspirasi untuk kembali langsing lagi menawan.

Aku buat macam ni dah 2 minggu, dapat la tengok penurunan sebanyak 2kg. Tu belum lagi aku mengaktifkan diri dengan aktiviti yang dipanggil aerobik. Fuh! Semangat betul aku nak kurus.




4 comments:

  1. wah wah wah excited nak kurus ya. sy pun nak jugak tp kdg2 tu kalah. :D

    ReplyDelete
  2. hahaha...sally dah lali dh dgn panggilan camtu..but still on diet..Go Go Herbalife..eh? :P

    ReplyDelete