888 Review

Perkara yang tidak cool

Penulis : nurinafarhana Masa : 6:43 PM Comments : 4 Labels :
Aku rasa hari ni banyak sangat benda yang tak cool yang terjadi pada aku . Ianya telah menyebabkan aku nak hentak je kepala paip dalam bilik mandi aku yang airnya asyik menitis tanpa henti biarpon aku sudah menggunakan seluruh tenaga aku hanya untuk memulas paip air tu dalam misi menghentikan air dari terus menitis . Ternyata sia-sia . Kepala paip tu memang keras macam besi . Langsung taknak berkompromi dengan aku T.T . Akibatnya tapak tangan aku bertukar merah ibarat baru di rotan . Canggitu r kan kau layan aku . Takpe ... nanti aku report dekat my dad . Bia kepala besi kau kena tukar dengan kepala plastik . Baru padan muka kau . Huh .

Berbalik kepada perkara tak cool yang berlaku kepada aku . Antaranya adalah aku telah menyebabkan my lovely dad melajuk ( bergegar 1 pekan Grik ) ..... otokey? otokey? otokey? Aku betul-betul tak sengaja .... Aku cuma nak buat surprise tapi abah tokleh terima .Nampak gayanya aku kena mintak pertolongan mister muscle la ni untuk selesaikan kes kepala paip cap besi tu . Takkan aku nak tukar kepala paip tu sendiri tanpa bantuan sesiapa terutamanya bantuan papa I . Memangla aku boleh buat tapi kalau bapak aku yang buat lebih afdhal kan? heee . Apa-apa pon, perkara ni memang tak cool . Langsung tak cool . Kena buat something ni . Hmmmm .

Lebih menjadikan hari ni tak cool bila aku melawat blog orang lain then blog tu menggunakan template yang sama dengan aku . IT'S NOT COOL .... REALLY,REALLY NOT COOL . Rasa macam nak terjun katil je sekarang dengan situasi tak cool ni . Apa yang berlaku sekarang ni seperti engkau berjalan-jalan ke pasar malam then engkau merasakan perkara pelik tapi engkau belum menangkap suasana itu dengan jelas . engkau berjalan lagi dan lagi . Kemudian engkau berhenti di kedai baju dan membiarkan ibu engkau dan adik engkau memilih baju . Engkau pula membuat keputusan untuk memerhatikan gelagat manusia kerana engkau kononnya suka mengkaji perilaku manusia . ( Eh! macam aku je ) . Perhati punya perhati maka terdetik dihati kau, macam pernah kulihat baju-baju itu tapi dimana ya? Fikir punya fikir punya fikir, rupa-rupanya tu baju yang engkau tengah pakai . Omo ... baju korang sama ... Dah engkau rasa macam berdiri depan cermin . Cermin yang aneh . Nampak imbasan baju yang sama tapi imej wajah berbeza . Ianya sangat tak coolkan . Terus engkau rasa macam nak sorokkan diri engkau dalam lubang cacing . Tu pon seandainya badan engkau yang bersaiz manusia dewasa tu muat untuk disumbatkan dalam lubang cacing . Macam tu jugak la yang aku rasa sekarang . Rasa sangat tak cool bila ada template yang sama dengan orang lain . Tak nampak identiti aku sebagai seorang Fatin Farhanah . Aku nak tukar template lain tapi nak tukar template apa? Ada idea tak? Yang pasti template tu mesti la comel . Ceria . Cantik . Menarik . Tertarik . Kau memang daboom ! Dan mesti penuh dengan kelembutan . Hati aku sehalus kulit bayi tau . Ada kaitan ke?

4 comments:

  1. lawak jugak entri ni. heheh best je baca. saya baru nak habiskan satu template warna purple lembut. tu sbnrnye kawan saya tempah. tapi err..ade kejadian tak cool jugak berlaku jadi template tu takde penggunanya.. nak tak ? hehe =D

    ReplyDelete
  2. Wah... terujanya bila ada yang sudi mengofferkan template. TQ Irdina. Saya berminat nak tengok template tu. Mungkin boleh digantikan dengan template sekarang. Kawan awak tu tak kesah ke? Berapa yang saya kena bayar untuk template tu? since template tu template yang ditempah sepatutnya ada bayarankan?

    ReplyDelete
  3. kalau nak tengok, saya boleh printscreenkan. akak message saya kat fb page saya tu je. takpe. kawan saya tu dah malas dah nak layan hee... saya tak tawu lagi nak terima bayaran ke tak. saya tak tawu nak uruskan lagi. bincang kat fb boleh ? =DDDD

    ReplyDelete