Agak-agak yang mana satu PILIHAN HATI ANDA...?
Ye wahai bakal suami di luar sana, yang mana satukah yang anda ingin jadikan sebagai bakal isteri anda?
A kah?
B kah?
C Kah?
D kah?
Sebenarnya aku hampir tergelak besar masa download gambar ni di FB tadi . Kenapa aku kata hampir bukan kata " tergelak besar "? Haaa sebabnya masa tu aku pakai masker . Masker dari rumpai laut . Maknanya kalau aku tergelak besar jadi berkedut la muka aku sebab masker tu sedang berusaha membekukan dirinya di muka aku . Tahu tak... aku rasa macam aku baru menjalani suntikan botox tadi . Langsung tak boleh nak gerakkan muka dengan bebasnya . Nak kerutkan dahi pon rasa payah . Nak bercakap pulak macam tak boleh nak bukak mulut . Sekarang aku faham perasaan orang yang suntik botox .
Berbalik kepada cerita aku hampir tergelak besar tu . Masa aku download gambar ni tetiba sepupu aku datang . Dia nampak la aku sedang menjalankan aktiviti men-download gambar ni . Tetiba dia cakap " Kebanyakan lelaki pilih C dengan D " . Aku tak bagi respon lagi . Sekadar senyum je . ( Senyum tu respon jugak la actually ) . Pastu dia cakap lagi " Ada jugak yang cakap saya tak nak yang bertutup ni " . Aku dah start nak gelak . Pastu dia cakap lagi " Ada jugak yang cakap nak pilih semua baru cukup kuota " . Aku langsung tergelak tapi cepat-cepat cover sebab aku perasan yang tindakan aku tu telah menyebabkan masker di muka aku mulai merekah . Karang sebab aku tergelak besar masa pakai masker tu tak pasal pasal muka aku berkedut sebelum masanya . Sebenarnya yang membuatkan aku nak tergelak bukan sebab jawapan yang diberikan oleh sang arjuna tu . Aku nak tergelak sebab gaya sepupu aku bercakap dan menyampaikan tu yang menggeletek hati aku . Ntah ntah dia saja je buat aku tergelak sebab dia tahu aku pakai masker . Dengki!
nice sharing :)
ReplyDeleteAlhamdulillah if nice. Tq :)
Deletehehe agaknya berapa ramai lelakiyg pilih A?
ReplyDeleteHaaa tu nak kena tengok respon dari kaum lelaki lah tapi rasanya kalau amik 10 responden mungkin 2 je yang akan pilih A. Agaknya la. Hehe.
Deletehikhik...yg mn satu.. pilihn kalbu...
ReplyDeleteErm... mana ye agaknya? hihi
Delete