888 Review

Fatin Liyana & me

Penulis : nurinafarhana Masa : 9:40 PM Comments : 12 Labels :

muka penuh dengan question mark .

 Aku baru sampai rumah . Tetiba aku nampak satu figure yang agak aku kenal walaupon tak pernah bersua muka . Eh! Fatin Liyana! . Betul ke Fatin Liyana depan mata aku ni . Hati aku berbisik . Aku buat muka pelik . Apa dia buat dekat umah aku ? Sejak bila family aku ada connection dengan family dia ni ? Masa tu aku nampak berjuta-juta tanda tanya terapung-apung di sekeliling aku gara-gara akak FL ni . Hiperbola betul kan ayat aku ? Tapi kalau korang pon, mesti korang akan ada QUESTION MARK yang besar bila seorang selebriti maya tetiba tercatuk dalam rumah kau, duduk cantik je bersimpuh atas lantai . Padahal kerusi banyak dekat sekeliling dia . Begitu perempuan melayu terakhir dari gayanya . Lagi QUESTION MARK sebab selama kau hidup, tak pernah pulak berjumpa dia . Hari tu je tetiba terada rezeki terjumpa dia . ( Ayat bahasa aku semakin hancur dari hari ke hari ) . Oh! actually saje je kasi capslock + bold dekat question mark tu . Bagi yey yeh sikit . Muahaha .



  Dia senyum dekat aku macam dekat atas tu . Aku senyum la semula . Bagi senyuman paling manis dan paling ikhlas yang aku ada . Takkan nak menyombong pulak kan walaupon people keep asking yang muka aku ni bergenre sombong . Well ... first impression is not always right . Tak kenal maka tak chinta maaa . Kalau betul pon aku sombong, kau expect aku nak mengaku ? Agagaga * gelak spongibob * .



Agak2 kalau aku sapa FL dengan gaya macam ni, apa reaksi dia ?

  ' Akak Fatin Liyana ' . Aku sapa dia . Ringkas je jawapan yang dia bagi dekat aku ' eyaaa ' beserta senyuman yang tak lekang di bibir . Terus aku buat andaian yang dia ni suka bersedekah . Muka dah laa santik . Baik pulak tu . Suka bersedekah lagi . Yela, bukan kah senyuman itu satu sedekah ? Mungkin jugak dia mengamalkan konsep Senyum, tak perlu kata apa-apa, senyum . Haaa kan dah ternyanyi . Kak FL ni ... buat saya mensumbangkan suara dekat sini pulak . Hihi * gelak sopan * .

  Masa aku tegur dia tu, aku dah duduk jugak . Duduk beralaskan lantai sama dengan dia . Takkan aku nak duduk atas kerusi pulak bilamana guest aku duduk atas lantai . Sungguh tak bersopan aku menggunakan kuasa veto sebagai anak tuan rumah dengan duduk atas kusyen empuk sedangkan tetamu aku masih khusyuk dengan gaya duduk perempuan melayu terakhirnya . Kerana aku hormatkan tetamu aku sebab masa pendidikan islam dulu ustazah aku cakap kita kena hormat tetamu kita . Kenapa ? Sebab setiap tetamu yang datang ke rumah kita akan membawa rahmat dan rezeki dan bila dia balik, dia akan membawa keluar anasir tak baik yang ada dalam rumah kita keluar sama-sama dengan dia jugak :) Kesimpulannya, muliakan lah tetamu kita ye anak-anak . Lagipon aku dah jemput dia duduk atas kerusi . Dia menolak . Mungkin kerana asyik beralaskan permaidani yang macam bulu kucing parsi tu agaknya . Jangan sekali-kali nak fikir yang aku tak pelawa dia duduk atas kusyen yang empuk tu ye sebab aku bukan manusia kejam okeyh uolls cuma dia yang tak nak . Tak kan iolls nak paksa pulak . Agak-agak la der . Aku pon tak suka sebarang jenis paksaan ni jadi tak mungkin la aku nak jadi pemaksa . Setahu aku dia pon jenis yang tak suka di paksa . Lagipon, what's goes around comes around kan ? Kau suka kena paksa ?

  Aku duduk agak jauh la dari dia masa tu . Walaupon hati meronta-ronta nak duduk dekat dengan dia . Kalau boleh nak duduk sebelah menyebelah dengan dia sambil memegang erat lengan dia plus melentok di bahu dia tapi aku tak nak ikutkan sangat rasa hati tu . Excited kot dapat jumpa dia tapi aku tak nak la dia nampak sangat ke-excited-an aku ni . Karang dia ingat aku ni obses dia . Naya aku di cop sebagai peminat fanatik . Tak mahu la . Kalau jadi secret admire ok .

  Bila dia nampak aku macam menjauhkan diri dari dia, dia datang dekat dengan aku . Aku jadi terharu tapi takde la sampai tahap sebak sampai air hingus meleleh . Over lettew . Kami pon berborak . Panjang kami berborak . Tips berblog pon dia ada bagi tapi aku lupa . Siyes weh aku lupa . Aku tak pernah mengamalkan konsep makan sorang . Kalau aku ingat memang sekarang jugak iolls share ilmu dengan uolls . Mungkin sebab perbualan volls banyak gelak tawa terus hati jadi gelap ==' . Pada masa tu situasi kami kurang lebih seperti ketawa bersama, menangis bersama . Takde la sampai ke tahap ku bersumpah harap kita mati pon bersama . Tak la ke peringkat tu ye .

  Ternyata dia benar-benar tak sombong . Macam aku . Kikiki . Nama dan penampakan pon dah nak serupa . Ada yang nak membantah ? Silakan . Berborak punya berborak punya berborak, dia ajak aku keluar dengan dia . Wow! First time hang out dengan otai dunia blog yang merangkap selebriti maya . Eksklusif tu . Nak melompat rasanya time tu dapat pelawaan face-to-face dari dia . Tapi macam biasa, aku cover . Karang di cop obses . Takut tak ? Takut tak ? Sejurus tu jugak aku fikir nak update entry pasal hang out kami . Kasi awok awok dan awok semua jeles . ( Belum apa-apa dah ada niat jahat . Memang Allah tak lorongkan ) . Kalau aku update dalam blog disertakan dengan picha hang out kami, mesti entry tu dapat PV yang kaw-kaw punya . Hang out dengan FL kan . Kau ada ke peluang tu ? ( Angkuh betul ayat aku ) .

  Aku mintak izin dengan mak aku nak keluar dengan akak FL . Mak aku bagi . Aku senyum lebar . Nampak sweet sangat senyuman aku . Semanis kurma . Sampai je depan kete kak FL, handphone aku berbunyi . Lagu SO GOODBYE yang dalam citer korea City Hunter tu berkumandang . Aku tengok skrin . Ibuku ? Kenapa mak aku call pulak ? Aku masih lagi dalam perkarangan rumah . Dia masih boleh volume up suara dia untuk panggil aku tapi kenapa dia lebih memilih untuk call ? Aku angkat call . Tak semena-mena imej kete Kak FL dengan Kak FL sekali hilang . Apa dah jadi ? Guess what ? Aku bermimpi rupanya . Senyuman tu . Segala sharing story and tips tu . Plan hang out tu . Semuanya mimpi . Alahai . Bila dah habis borak dengan mak aku, aku tenung siling tembus sampai ke langit . ( Ye, aku tipu ) . Aku tergelak sendiri bila terfikirkan semula mimpi tu . Apa agaknya yang aku fikir ek sebelum tido petang tadi sampai Kak FL boleh terwujud dalam mimpi aku ?

12 comments:

  1. wah sedihnya...mimpi itu sebahagian dari permainan syaitan. Ada tak beritahu Kak FL tentang mimpi ni?? hikhik.

    ReplyDelete
  2. La, mimpi rupanya :'(
    Hahahaha http://sheisdibaa.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. kalau betul mesti best kan ? Hoho tipah disini pon tertipu jugak xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la .. kenapa la cuma mimpi kan? :( ( siap buat muka sedih ) kikiki

      Delete
  4. Hehehe..tak apa mungkin suatu hari nanti bakal jumpa..kan..Amin..

    ReplyDelete
  5. ceyhh mimpi ke.penat je baca entry sampai habis :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ngee~ maaf la menyebabkan awak jadi penat :) Hehe .

      Delete
  6. LOL. Mimpi rupanya xD hahahahah. Cun betul mimpi tu x)

    ReplyDelete