888 Review

Makan nasi lauk kicap :-D

Penulis : nurinafarhana Masa : 4:09 PM Comments : 2 Labels :

Alhamdulillah, aku dah selamat sampai kolej .
Selepas 4 hari bergurau senda dengan adik-adik aku, hari ni aku kembali pulang ke kolej .
Hurmmm, sejujurnya aku belum puas lagi lepaking dekat umah and memerap 24 jam dalam kamarku .
Namun apakan daya, jodoh nak duduk umah lama-lama takde .
Lagi pon... kalau aku duduk umah, alamatnya memang tak baca buku la .
Dah la dalam masa 4 hari dekat umah kerja aku asyik online dengan update blog je .
Kalau baca buku pon cuma baca NOVEL jela .
Baikkan perangai aku ?
Macam tak sedar diri pulak yang tak lama lagi dah nak final exam .
Boleh lagi buat loklak macam dalam cuti sem .
Aduhai Fatin Farhanah, bawak2 mengucap la Cik uiiii !
Fikir masa depan sikit .
Kata nak jadi pensyarah tapi buat perangai .
Jadi la kau pensyarah dalam tido .
Mimpi di siang hari betul !

Ok, cerita mengenai itu sudah tamat .
Sekarang sambung pasal journey aku di MONDAY BLUES .
Biasanya hari Isnin ni boleh jadi hari yang terlebih ceria atau hari yang terlebih emosi .
Macam-macam pon boleh jadi .
Tapi hari Isnin aku hari ni gabungan kedua-dua perasaan tadi ; terlebih ceria & terlebih emosi .
Terlebih ceria sebab dapat naik bas .
Terlebih emosi pulak sebab tunggu bas dalam gerimis .
Eeeee ... sabar jela aku .
Masa menanti kehadiran bas yang sepatutnya aku & sepupu aku naik, berlaku 1 tragedi .
Engkau tahu, ktorang pergi kejar bas yang salah .
Masa tu dalam kedai .
Tengah leka pilih barang, tetiba lalu bas S&S .
Ktorang ingat tu bas ktorang .
Dah la tempat menunggu bas dengan kedai tu jauh .
Sebab tak nak kena tinggal, aku dengan dia berlari selaju yang boleh untuk dapatkan bas tu .
Rasa macam kalau pelari negara lawan berlari dengan ktorang masa tu mesti dia menangis . 
Malu sebab kalah .
Punya la bersungguh ktorang kejar bas tu siap jerit-jerit lagi .
Kalah suara orang yang mintak tolong sebab kena ragut .
Tapi sayangnya, bas yang dikejar tu bas yang SALAH .
Huh ! Buat penat je aku berlari macam tak cukup tanah .
Disebabkan tak nak sejarah kami persis orang gila berulang, kami pon tunggu la bas dekat tepi jalan dalam keadaan gerimis . Memang berbakul-bakul la kata2 kasih-sayang yang ktorg hadiahkan dekat bas tu .

Dalam perjalanan ke Melaka, hujan lebat .
Suasana sejuk dah macam duduk dalam peti sejuk beku .
Automatik perut jadi lapo .
Sampai je kolej, roomate aku pon ngadu lapar .
Nasib baik aku bawak balik bekal, makanlah kami bersama-sama .
Nasik berlaukkan ayam masak kicap .

Lauk ni aku google sebab lauk sebenar dah selamat masuk dalam perut :)
Bila perut dah lapar, suasana pulak hujan, lauk simple pon jadi lazat .
Berpinggan-pinggan semua orang tambah .
Nasib baik aku bawak nasik lebih .
Bijak jugak aku nih . Kekeke .

Apa yang aku nak highlight disini ialah ....
Ada masanya cuma makan nasik dengan lauk kicap pon dah boleh buka selera orang .
Takyah nak tunggu ada siakap 3 rasa , ikan bakar , ayam golek , lobster & macam2 lagi lah makanan hotel .
Pucuk pangkalnya adakah kita pandai bersyukur atau TIDAK dengan rezeki yang ada .

Ok lah, perut sudah kenyang .
Mata sudah kuyu .
Suasana masih mendung dan sejuk .
Moh lah kita ZzzzzzZzzzz .

2 comments: