Oooo .... kisahnya . Tu la respon yang aku dapat kalau cerita pasal apa-apa benda je dekat orang Johor . Habis cerita je orang Johor akan cakap " Ooooo .... Kisahnya " . Lagi-lagi kalau bercerita dengan mak cik-mak cik . Tak sudah-sudah dengan ayat keramat tu sampaikan kawan aku yang tak berapa nak mak cik tu pon meresponkan diri dengan bagi ayat keramat tu . Cuba la bagi ayat lain macam " Oooo ... tu ke ceritanya ? " Tapi karang aku pulak yang sakit ati dengar ayat tu . IsH ! Sakit pulak ati kita .
Well ... Elia, si Jejari Runcing kalau tak kenal bia aku elaborate lagi , si bekas tunangan Apek tu .... Dah kenal ? Ish! google jela kalau payah sangat! Rupanya student UiTM KBM ( Kampus Bandaraya Melaka ) jugak . Bila dah ada jugak tu maksudnya aku pon student UiTM KBM jugak lah . Ketahuilah oleh kalian bahawa kami berada di tempat yang sama . Di dalam bangunan yang sama . Bangunan sebijik setinggi 16 tingkat and betul-betul terletak di tengah-tengah Bandar Melaka yang kaya dengan traffic light dan yang telah membuatkan air mata air aku hampir menitis dek kerana imaginasi kekampusan dalam kepala aku tak sama dengan yang terbentang dekat depan mata aku . Aku membayangkan sebuah Universiti yang seakan-akan UTHM tapi yang aku dapat , macam sekolah lama aku pon takde tau! Menangis aku . Aku rasa si Elia tu pon mesti rasa benda yang sama macam aku rasa . Agaknya la . Oh ! Sungguh tak tersangka . Seriously Weh aku tak sangka ! Ini betul-betul ! Bukan cobaan !
Pandangan hadapan . Pandangan dari atas mampu membuatkan air mata menitik T.T |
Dan part yang paling aku rasa macam " Eh! Sakit pulak hati kita " boleh la pulak orang Melaka sendiri tak tahu yang UiTM KBM ni wujud . Kalau bukan orang Melaka, boleh berkira lagi . Siap buat muka terpinga-pinga lagi bila aku cakap aku belajar dekat sini . Bajet aneh sangat la nama Universiti aku ni ?! Ooooo .... Kalau UiTM Lendu yang dekat ceruk alam tu korang tahu pulak . UiTM yang ada tengah-tengah Bandar Melaka ko tak tahu! Ish! Marah betul kita tau . Tak yah duduk Melaka lah kalau UiTM KBM pon tak tahu . Sayangnya semua tu hanya terluah dalam hati . Karang aku pulak yang kena buang negeri . Dah la bukan orang Melaka . Tak pasal-pasal Datuk Ali blacklist aku . Ayoooo ... Tak tahu .
Cek Ya perasan uitm nie masa jenjalan kt Melaka taun lps. :) jgn sedih2 ye
ReplyDeleteNgeee ... mana ada sedih . Takde, takde . Hehe .
ReplyDeletemarah betul tu hehe :)
ReplyDeleteHehe . Nampak sangat ke ?
ReplyDeletehihihi..akak pn br pestime dgr nm U tu..xpe2..jnji ada tmpt adk menimba ilmu kan..
ReplyDeleteHuuuuu ... ramai lagi rupanya yang tak tahu kewujudan U ni tapi takpelah sekurang2nya dgn kewujudan entry ni menyebabkab orang tahu pasal U ni :'(
ReplyDelete