888 Review

Accounting not only for accounting student

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 5:04 PM Comments : 0 Labels :
" PRINSIP PERAKAUNAN "

Aku start belajar subjek ni lepas form 3 . Yelh, selepas bebpe minggu kua result PMR, cikgu-cikgu pon buat pengkategorian kelas . Pengkategorian kelas ni macam 1 badan penapisan yang takde kaitan langsung dengan penapis air yang tergantung dekat dinding dapur mahu pon yang ada dalam water filter dekat lua umah korang . Benda ni macam ( eh, benda ke? Silap . Maafkan saya ) maksud aku pengkelasan kelas tu macam errr macammmm macam mana nak tempatkan sorang2 student ni dalam satu2 kelas tu berdasarkan result2 mereka, faham?

Ok, disebabkan pada ketika itu ( gaya berbisik . Malu ) result PMR aku half A and half B, ianya telah melayakkan aku utk belajar bersama-sama dgn student harapan sekolah dalam kelas sains tulen yang penuh dengan formula kimia, momentum fizik dan anatomi biologi . Aku ingat tu je subjeknya rupa-rupanya ada lagi killer subjek yang lain selain addmath yang merupakan ' makanan ' adik aku yang kembar ( tak puas ati betul dia dapat A utk subjek ni . Cis! ) . Subjek lain tu ialah subjek akaunting . Dah la aku ni memang tak berapa bijak subjek matematik tapi takde la sampai tahap boo doh cuma tak minat . Bila kita tak minat, memang payah . Seriously payah . Jadi kalau nak buat sesuatu perkara tu, benda pertama yang kena ada adalah minat . Takde minat memang ke laut la weiii .

Ok, berbalik kepada subjek tu tadi . Dapat je tahu yang adanya pertambahan subjek yang mampu membuatkan stonehead aku ni pecah, belum apa2 aku rasa stonehead aku dah pecah . Bursttttt!!!! Bencana.. Bencana! Semangat dah hilang! Woi! pulangkan balik semangat aku . Tu yang aku rasa masa belum belajar, dah start belajar, lagi parah . Aku rasa macam manusia yang diserang kemurungan . Stress manjang mengalahkan bapak aku yang kena pikir bujet duit untuk satu family . Tokleh blah betul aku ni kan . Tapi aku tetap jugak kuatkan hati, cekalkan diri untuk serap semua ilmu tu . Bajet ilmu tu macam spongebob square pants yang boleh serap macam2 dalam air . Sungguh apa pon tak boleh aku ni . Tapi setidak-tidaknya aku menyimpan hasrat untuk berjaya . Tiba-tiba berubah jadi manusia yang berwawasan 2020 . Kelas kau Fatin Farhanah . Hahaha . Best pulak rasanya dengan aktiviti mengembangkan diri sendiri ni . Kekeke .

Selepas 2 tahun belajar, masuk dewan pekse . Nak jawab SPM nih . Redha jelah result apa pon yang dapat . Akhirnya memang terpaksa redhalah dengan result aku tu and akaun aku dapat C . Sebenarnya ada sebab lain yang menyebabkan hati aku beku utk akaun tapi bialah rahsia . Shhhhh! Lepas tu aku terus tolak mentah-mentah apa-apa je yang berkaitan akaun . Sebagai bukti, aku tolak tawaran UiTM dengan Poli yang tawarkan kursus perakaunan dekat aku . Then aku sambung form 6 .

Aku ingat aku dah berjaya lari dari subjek tu tapi sangkaanku nyata meleset . Macam mana aku boleh tak sedar yang program UiTM yang aku amik sekarang, degree in International business ada subjek ni :'( . I thought cuma ada ekonomi and pengurusan perniagaan je . Menangis aku . Dah la esok ada test tu tapi aku boleh buat relax dekat depan lappy sambil update blog pasal dia . Memang hati kering betul . Tak serik-serik . Ok lah, tata . Nak g buat latihan akaun banyak-banyak sampai muntah .

Terima kasih mem-publish aku . Confirm lepas ni kau dapat A .
# seriously ?
Serious
# yeke ? ( teruja )
Ye, lepas ko syg aku and study lebih2
# o0o ok =.='

Moral : Takde benda pon yang kita boleh dapat dengan mudah . Nak sesuatu kena lah berusaha . Mana ada sebab ko publish picha subjek killer ko, ko terus boleh dapat A . Karut-marut semua tu . Sungguh! Tiada yang sungguh melainkan yang sungguh2 belako .


No comments:

Post a Comment