888 Review

Penangan GST

Penulis : nurinafarhana Masa : 6:00 PM Comments : 2 Labels :

Assalamulaikum

Tak lama lagi GST bermula. Setakat ni aku tengok ramai yang tak mengalu-alukan. Ada pagi tadi, aku tengok sorang member FB aku yang kalau jumpa kat luar kompem aku tak kenal buat status tak puas hati pasal sorang mak cik jual nasi lemak ni naikkan harga nasi lemak dia. 50 sen je pun dia naikkan. Jadi la RM2. Marah sungguh dia. Dia kata, belum start lagi GST dah naikkan harga. Dah GST nanti silap-silap jadi RM2.50. Kenyataan dia tu ada yang sokong. Tak kurang jugak yang bangkang. Macam biasa lah. Di mana ada haters di situ juga la ada supporters.

Lepas tu tadi ... housemate aku duk scroll FB dia, pastu dia nampak ada orang upload gambar sotong. Yang dah masak la. Kat kedai. Dekat tray sotong tu ... tukang kedai tulis 'satu potong sotong RM1'. Satu potong okeyh! Bukan satu ekor. SATU. POTONG. Boleh bayangkan tak? Ok! kita bagi contoh :-

Image result for satu potong sotong rm1

Dalam gambar ni yang aku nampak ... ada 8 potong sotong. Ok bang/akak, 8 ringgit je. Duit! Duit! *tangan gaya minta duit. muka penuh gangster*

Apak mahalllll wehhhh! Satu potong? RM1? pfffftttt. Errr kita nak masak apa ek malam ni?

Lagi tak boleh blah, member aku cerita ada satu kedai dalam semenanjung ni kenakan RM 13 untuk sepinggan nasi putih dan 3 ekor sotong. Sotong kurita kot yang orang tu ambik. Tu yang mahal tu.

Tapi serius over orang kedai tu. RM13? Untuk nasi sepinggan dengan sotong 3 ekor? Tak habis fikir aku. Wehhh belum GST kan? 6% je pun kadar kenaikan yang dikenakan. Ni hisap darah ni. Bukan cekik darah lagi dah.

Ok lah, nak pergi tanya member aku, esok lusa tulat dan hari-hari seterusnya nak masak apa untuk lunch and dinner. Nak kena list menu ni. Baru fefeling kedai sikit. Lepas ni dah jarang-jarang nak nampak menu kat kedai tomyam.


2 comments:

  1. housemates sy dah shoping sakan semlam sbb takut harga barang makin mahal.. penuh aisbox dan stor stock makanan.... bekalan sebelum GST katanya... haha

    ReplyDelete
  2. tolong saye saye ter lupe paswot

    ReplyDelete