888 Review

Kids ; The honest creature

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 11:29 PM Comments : 2 Labels :

Assalamualaikum

Seperti kita semua tahu, kanak-kanak adalah makhluk paling jujur dalam ini alam. Yeah! nampaknya ada yang bersetuju. Saya nampak anda terangguk-angguk sebentar tadi. Atau mungkinkah anda tersengguk-sengguk? Weh! jangan a macam tu. Awal lagi kot untuk rasa ngantok. *Buat muka tak puas hati*.

Jadi tadi aku pergi ke salah satu sekolah agama dalam area Melaka. Teman second bos jumpa client dia. Oh! Mungkin perkataan TEMAN tak sesuai digunakan dalam konteks kerjaya aku ni. Malu la kalau second bos perlu berteman hanya kerana nak jumpa client. Baik aku je yang jadi bos kalau macam tu. Pasaipa? Sebab aku main redah je jumpa orang. Takyah teman pun takpe. Eceh! berlagak pulak tu. Oh! Bagi yang belum tahu, aku adalah perintis PERUNDING TAKAFUL. Ada sebarang persoalan, calling-calling keyh.

 0137273448 (Farhana).

Makanya ... aku nak tukar TEMAN tu kepada IKUT. Yaaaa IKUT adalah lebih tepat. So siang tadi aku ikut second bos. Dia nak buat presentation kepada client dia. Aku bukan ikut buta. Sambil aku ikut aku diperkenalkan kepada client bos as pengganti dia. Anything happen, aku yang akan handle client dia tu. Kembang semangkuk hati aku diberi penghargaan dan kepercayaan sedemikian rupa hiks. 

Selain diperkenalkan, aku jugak diberi tunjuk ajar mengenai method presentation secara tak langsung dari second bos. Semua tu hasil dari permerhatian mata aku yang tak setajam helang ni la. Pemerhatian aku tahap manusia biasa je. Tapi hampir-hampir masuk zon pemerhatian seorang pilot la. Kau tahu kan nak jadi pilot dia punya skor ujian pemerhatian tu macam mana? Yang rabun rabun memang awal-awal lagi kena out. Tapi bagi yang berbin atau berbinti kan Rabun jangan risau, anda masih ada peluang selagi bukan mata anda yang bermasalah rabun. Setakat nama bapak je Rabun pedehallll. Tak menjejaskan pun.

Ok. Ehem *bersihkan tekak* wait seminit. Aku lupa nak tulis apa tadi. Wait ha. Wait ha. Haaaa ok ok. Ingat dah. Sekolah agama tu terdiri dari budak darjah 1 sampai la 6. Habis je jumpa client bos, aku menuju ke arah sekumpulan budak kecik tengah main lari-lari sambil menyoyot eskem batang perisa coklat. Aku pun tegur mereka. Mereka nampak gembira dan bahagia dengan teguran aku. BHahahah bajet gila ayat aku. Baik-baik berlari, terus semua bekejar ke muka pintu sebab nak borak dengan aku. Tapi bagi yang brek tak makan, mereka masih kekal berlari sampai la penat, baru berenti.

Aku borak biasa je dengan mereka. Tanya nama. Umur berapa. Tak pun darjah berapa. Pastu ada la tegur-tegur sikit perbuatan tak molek derang tu yang sepak member tak tentu hala mahupun yang sengaja menitiskan eskem atas baju member. Sungguh pelik cara kanak-kanak beramah mesra. Cara aku dulu pun mesti 'alien' macam tu jugak kan? Tapi yang bestnya derang panggil aku USTAJAH. Aloooo tomeynya. USTAJAH yah? Hehe. Aku teringin sangat jadi cikgu. Nasib la peranan aku dalam Takaful ni ada la jugak iras seorang guru (sebab buat sharing dengan orang) tua yang suka analogikan dirinya sebagai lilin yang membakar diri sendiri. Tapi aku muda lagi tahu?

Hujung-hujung perbualan, sorang budak nama Haziq cakap "Cantik la ustazah ni" dan disokong oleh Abit dengan anggukan bertalu-talu persis burung tukang. Dan ditambah perisa oleh Hafiz "panggil je ustazah cantik tu kakak. Takyah la panggil dia ustazah" sambil menghabiskan eskemnya. Bila ntah eskem dia nak habis, AKU PUN TAK TAHU. Dari tadi makan tak habis-habis.

Kesimpulannya budak-budak memang makhluk jujur. Tak sabarnya nak mimpi indah malam ni. Mimpi jadi princess paling dikehendaki seantero Dreamland.


2 comments:

  1. kalaulah boleh jadi kanak2 balik kan?nak tak?

    ReplyDelete
  2. memang best sembang ngan kanak2....dulu penah jadi cg tadika...

    ReplyDelete