888 Review

Cita-cita

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 11:53 PM Comments : 1 Labels :

Assalamualaikum

Aku ada cita-cita. Ini kisah cita-cita aku. Cita-cita yang menjadikan hidup kita ada target. Ada visi. Ada Misi. Tapi bukan misi dekat sepital tu. Tu misi lain. Misi tu main cucuk cucuk orang. Buat orang lemah lutut je kalau masuk sepital.

Menyambung kisah mengenai cita-cita ni, masa zaman darjah rendah dulu sampai la ke tingkatan tinggi sikit, mesti ada je borang pasal cita-cita yang kena isi di awal tahun persekolahan. Selalunya column pertama aku tulis DOKTOR. Column kedua, CIKGU. Column last, PENSYARAH.

Habis je form 3, dapat result PMR, hati aku dah dup-dap-dup-dap dah. Macam nak melompat keluar bak hang. Lagi gentar sampai menggigil lalu kemurungan sejam dua bila memikirkan tak berjaya jadi budak sains tulen. Kan cita-cita pertama aku nak jadi DOKTOR. Harus la aku masuk golongan budak-budak nerd. Tapi aku dan seisi kelas tak nerd pun haaaa. Break the rules selalu ada la. Nakal gila! Gila pun tak nakal macam ktorang. Cikgu suruh bersihkan kelas, tetap jugak kelas macam tempat pelupusan sampah. Sampai satu tahap cikgu bengang sangat atau omputih kata THAT'S IT KID! THAT'S IT! Cikgu pun suruh ktorang keluar kelas then cikgu sapukan sampah dalam kelas tu. Kesian cikgu dapat anak murid tak dengar kata. Lepas tu ktorang insaf. Tapi. Sekejap jela. Esok lusa buat lagi. Dan dotdotdot.

Maknanya ada lagi la benda nakal lain yang ktorang buat. Kali ni dengan cikgu lain pulak. Dengan cikgu fizik yang paling banyak ktorang buat hal. Alhamdulillah SPM 6 tahun lepas fizik aku dapat C. Walaupun nampak dah bangang jugak la C tu, sekurang-kurangnya tak F.

Bebel panjang pulak pasal benda-benda bersifat privasi ni. Padahal kalau tak cerita pun tak pe.

Tapi sekarang cita-cita aku dah jadi lain dah. Dah menyimpang jauh sangat dah dari listing cita-cita zaman dulu. Memandangkan ketiga-tiga subjek sains (bio, fizik, kimia) aku hanya cukup-cukup makan je sifatnya, aku taknak ambik risiko ambik jurusan yang perlu bermain dengan kimia mahupun dengan tubuh badan manusia atau pun dengan zarah-zarah momentum. So, aku sambung course ekonomi masa STPM. Masuk UiTM dapat jurusan bisnes antarabangsa. Kan dah cakap cita-cita aku dah menyimpang jauh. Takde nampak bayang-bayang seorang CIKGU pun. PENSYARAH? Lagiiiiiiii la jauhhhhh.

Sekarang, tengah praktikal ni, cita-cita aku dah bertukar lagi. Nak jadi PERUNDING TAKAFUL pulak. Padahal tak pernah terlintas langsung pun dalam benak pasal kerjaya ni. Malahan tak tahu pun kerjaya ni wujud. Korang tahu? Mungkin sebab tak didedahkan. Sekarang, bila dah didedahkan baru aku tahu yang kerjaya ni punya pulangan yang tinggi dan ianya sejenis perniagaan juga. TANPA MODAL. Rare bukan? Selalunya perniagaan sinonim dengan modal sebab prinsip perniagaan adalah 1) modal 2) tanah 3) pekerja 4) *tak ingat apa.* tapi perniagaan ni tak perlukan modal berbentuk wang atau fulus atau money atau apa-apa jela istilah yang seangkatan dengannya yang korang tahu. Dia cuma peruntukan keberanian kau dan suara kau. Tu je. Bagus bukan? Bagus bidang ni. Ianya akan build your self-confident and your presentation skill (termasukla ayat nak ajak orang selesa borak dengan kau). Sebab tu aku berkeputusan untuk jadi PERUNDING TAKAFUL sepenuh masa lepas habis praktikal ni.

Tapi kadang-kadang aku rasa jiwa aku macam jiwa seorang penulis. Novelis orang panggil. Ada masa ... aku simpan angan-angan nak hasilkan novel sendiri. Haiyaaa amoiii... manyak complicated hoooo you munya cita-cita.

Sekejap tu. Sekejap ni. Cuba untuk jadi lebih fokus Farhana. Bukan Puteri Bumi Kenyalang.


1 comment:

  1. akak dl engineer last2 jadi surirumah je...hihhi

    ReplyDelete