888 Review

Kisah kakak tiri Snow White

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 11:11 PM Comments : 4 Labels :

Pada zaman dahulu, di sebuah bilik yang didiami seorang adik yang suka berangan, tinggallah juga seorang kakak yang terpaksa menahan perasaan bila adiknya suka kengkonon yang diri dia tu Snow White.

"Hmmm~ Ok, Snow White"

Sama seperti dalam cerita dongeng yang lain, cerita dongeng ni pun opkoz kena ada watak antagonisnya. Jadi, dalam cerita zaman dahulu (la sangat!) ni~ memang dah takde orang lain dah yang kena pegang watak jahat kalau bukan si kakak. Yela, dalam bilik cuma ada 2 kerat je manusia, siapa lagi yang harus jadi mangsa keadaan? Kakak la kan~ Bijak~ Bijak~

Adik nak jadi Snow White, si kakak ada pilihan watak apa je? Nak taknak, rela tak rela, si kakak kena jadi kakak tiri Snow White. Persoalannya, sejak bila dalam kisah dongeng Snow White terwujudnya watak kakak tiri? Haish! jawapannya senang je~ Sejak cerita ni dah diolah dan diputar belitkan sampai terlilit oleh si adik kengkonon Snow White tu.

Takpe lah. Layankan je. Tak layan karang, menangis pula. Huhuhu

Kenapa tetiba pulak kau nak buat cerita acah-acah bedtime story memalam ni an? Sebab aku terjumpa satu blog ni dengan url yang membuatkan fikiran aku ternaik mesin masa dan berundur ke belakang bukan ke masa depan seperti selalunya dalam cerita Doraemon. Apa urlnya?



Tergelak aku bila baca url blog ni. Bukan tergelak sebab kelakar or mengejek coz macam chomel-chomel je alamat url pun haaa~ tapi sebab teringat apa yang adik aku selalu panggil aku. KAKAK TIRI SNOW WHITE *bunyi guruh. Kejam sangat je bunyinya. Kakak tiri? Padahal di alam nyata adik-beradik sama mak sama bapak.

Eh! Eh! Eh! Kira da kantoi a ni yang ni sebenarnya kisah aku dengan adik aku yang boleh tahan ngokngekkepalakemek tu haha.


So, kalau rasa nak berkenalan dengan Snow White beta, boleh visit dia dengan klik banner atas tu. Pintu sesuka hati beta akan hantar tuan hamba ke sana nanti. Tata~



4 comments:

  1. haha terus naik mesin masa ye =P kikiki yelah, snow white alaf 21 dh ada kakak tiri =P kihkihkih nak singgah blog snow white ahh. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe selamat berkunjung ke blog Snow White

      Delete
  2. Dah singgah blog snow white. Tp mcm dah lame x update. Kikiki.. Was3 nak follow. Miahahaha..suruh snowwhite update laju2 tau. Baru nak follow. ^_~

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. ok tapi follow jela. Dia memang jarang update. Duduk dalam hutan kan hehe

      Delete