888 Review

Antara Letizia Ortiz dan Kate Middleton

Penulis : nurinafarhana Masa : 4:41 PM Comments : 7 Labels :

Kalau di tanya siapakah gerangannya Letizia Ortiz Rocasolano kepada aku, aku akan jawab dengan soalan jujur, "siapa tu?". Satu jawapan yang tak dipanggil jawapan haha. Faham kan? Dan kalau yang tanya soalan tu adalah member aku yang ... dan aku jawab soalan dia dengan soalan, aku tahu dah dia akan cakap apa.


Hei! Blogger macam kau pun tak kenal dia ke? Dia terkenal kot blablabla. Kau sepatutnya kenal dia blablabla. Aku yang tak blogger ni pun kenal tau ...

Aish! asek nak condemn aku je. Geram betul! Lagi sakit hati kalau ada yang menyokong kenyataan tu. Siap tambah perisa dan rasa setanding megi cukup rasa. Eeeeee sakit pulak hati kita.

Biau ler aku tak kenal dia pun. Bukan jadi soalan hekzem pun. (malangnya cuma jawab dalam hati je. Malas nak gaduh pasal benda yang tak logik. Tak make sense pun)

Tapi kalau tanya aku "kenal Kate Middleton?" Haaa pasal figura ni aku dengan yakin akan jawab soalan dengan jawapan. "Kenal. Gila tak kenal isteri Prince William tu. Cantikkan dia. Pandai betul bergaya. Dah la anak dia comel gila. Oh! Prince George, kenapa comel sangat ni????" Bukan setakat kenal je jawapan yang aku kasi tapi siap dengan elaboration lagi sampai member aku boleh impressed. Elaboration test paper negotiation aku pun tak sepanjang tu ==' Ok, i should pahamkan lebih lagi mengenai subjek Negotiation coz takde soalan pasal Kate yang bakal di tanya dalam paper tu nanti T.T 

So, apanya yang antara Letizia Ortiz dan Kate Middleton?

1) Kedua-duanya adalah rakyat biasa pada asalnya tapi akhirnya jadi permaisuri dalam negara masing-masing. Sorang permaisuri Britain yang lagi sorang permaisuri Sepanyol (sebut dengan slang Sepanyol sikit). Rasa semua dah tahu siapa yang permaisuri Britain. So, permaisuri Sepanyol harus lah figura yang lagi satu tu.

2) Dua-dua pun cantik dan pandai bergaya. Nah, saya belanja gambar derang khas untuk readers sayang :)

Letizia Ortiz

Kate Middleton
Dalam persalinan pengantin. Style nak dekat sama. Baju nampak lebih kurang. Gaya pun saling tak tumpah. Memang permaisuri macam ni ey?



Gaya nak pergi occasion. Pun nak lebih kurang. Hmmm jadi permaisuri ni dah ditetapkan kot format pemakaiannya macam mana :) Banyak la lagi gambar lain. Boleh google sendiri kot. So now, beralih ke point seterusnya.

3) Dua-dua pun ada anak yang comel lote belaka.

Kate dan princenya

Letizia dan princessnya

4) Lagi~ dua-dua pun suka buat kerja amal.

5) And~ dua-dua pun disenangi dan menjadi lambang kebanggaan rakyat negara masing-masing.

6) Last sekali (ceh! nampak macam nombor 5 macam dah nak last, rupanya belum haha) kedua-dua mereka merujuk kepada Kate dan Letizia, peminat fesyen. Tengok dari gaya pemakaian dan style baju pun dah tahu kan taste fesyen masing-masing acano.

Ok, sekian saja dari saya mengenai antara Letizia Ortiz Rocasolano dan Kate Middleton.



7 comments:

  1. Kate Middleton Aisyah kenal. Tapi yang Letizia Ortiz belum kenal..oo.. Letizia permaisuri Sepanyol ya? Baru tau. :D

    btw..menjelajah blog di sini kejap

    ReplyDelete
  2. Ana minat Kate Middleton lagi. Anak dia comel sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Atin pun minat Kate jugak and yes! anak dia sooo adoreable :)

      Delete
  3. Suke dgn kate!! Cntik n cara pmbawakn dri dye

    ReplyDelete
  4. minat lagi..dn lagi sya kt cik paten kita sorang nih...hehe..

    ReplyDelete