888 Review

Gelabah

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 10:26 PM Comments : 3 Labels :

Tiada apa yang mampu membuatkan aku gelabah kambekk atau lemmooo melainkan bila aku sedari yang kalkulator casio aku kehabisan bateri. Lagi membuatkan situasi menjadi worth~ bilamana esok ada test ekonomi dimana aktiviti kira-kira mendominasi masa 2 jam aku! Argggghhhh! Oksigen puhlease~ Nak oksigen.



Gara-gara casio, aku terpaksa mengerahkan tulang 4 kerat roomate and classmate ke Jusco semata menemankan aku cari bateri kalkulator. Benda ni sangat mustahak ok. Mustahak gila. Kalau tak mustahak, HAROOOMMM aku nak mengajak. Nasib baik dua-dua pun nak pergi bank and bank islam ada dekat JJ. Kalau tak~ mahunya aku terkontang-kanting ke JJ sorang diri macam manusia yang sangat kasihan di atas muka bumi. Kalau itu yang berlaku, baru betul sudah jatuh ditimpa tangga huhuhu.

Perkara ni boleh masuk slot HARI INI DALAM SEJARAH if korang tonton tv 1 la. Kenapa? Sebab aku jarang jadi mastermind bab-bab nak pergi mall ni. Biasanya aku lah yang pegang watak manusia yang dipaksa member-member untuk ke mall bhahahha. Tapi hari ni lain.

Dah sampai Jusco, terus menuju ke kedai jam. Dah takde nak melagho-lagho dah. Risau nih risau. Tapi tetiba bunyi cd rosak. Suara latar yang penuh bersemangat dah hilang dek kerana pekerja kedai jam kata derang takde jual bateri casio. Hancur hatiku~ mengenang dikau~ Menjadi keping-keping huhuhu.

Jangan risau kawan-kawan, aku belum give up. My name is never give up kan~ Remember? So, pergi Hinode shop pulak dengan harapan derang ada jual bateri casio. Tapi kali ni rasa down sungguh harapan. Derang kata, bateri macam aku pegang tu ada dekat Tesco. Makkk~ Aih! Nak kena manapak la ni citer dia? Member aku memang awal-awal dah surrender. Bila dia surrender, aku pun jadi surrender sama. Rasa nak tampar diri sendiri laju-laju. Mudah sangat terpengaruh dengan orang. Pang sekali lalu insaf.

Namun begitu, disebabkan taknak keluar JJ dan pergi Tesco, aku berusaha lagi. Masuk kedai Besta pulak dengan harapan yang sama. Maybe derang ada kot bateri Casio. Tapi macam biasa jugak, aku kecewa dan hampir menangis. Dah 3 kedai dah ni wehhhhhh!!! Apehal loser sangat tempat ni? Bateri casio pun takde. Dekat Parit Raja, Batu Pahat tu~ masuk je kedai jam, aku dah boleh keluar dengan senang hati sebab masuk dengan kalkulator yang mampus, keluar dengan kalkulator yang 'bernyawa'. Tu belum lagi masuk kedai-kedai yang jurujualnya menayangkan muka kerek nak mamp. Panas hati aku. Dah la bateri casio takde, muka pulak nak kerek bagai! Siku nak siku? I'm crying~ A lot!

Akhirnya, harapan terakhir aku adalah dekat Daiso. Kalau Daiso pun takde bateri casio memang aku die so dekat situ jugak. Aku masuk Daiso dengan harapan dan mengharapkan pulang dari Daiso dengan kejayaan. Andddd~ I did it! Daiso ada bateri tu. Yippi~ Rasa nak joget lambak dekat situ haha. Over? Memang pun sebab JJ Melaka pun over jugak! Punya la besar tapi satu kedai je ada jual bateri Casio. Huh! Nyampah! but i love Daiso so much. Daiso macam hero gue hari ni. Takde la nightmare aku malam ni memikirkan test ekonomi esok. Phewww. Alhamdulillah.


3 comments:

  1. Sy selalu bila nak dekat exam msti tukar bateri kalkulator yg baru walaupun bateri tak habis lg...takut gak tetiba masa exam bateri secara mengejut habis...hehe

    Entri terkini MINDAKABUR : Berangan Nak Jadi Perisik

    ReplyDelete
  2. Daiso memang terbaik. Patut diberi piala seketul. Hahaha..seriously kalau ana gi aeon mmg wajib singgah Daiso wpun tak membeli. Hik3

    ReplyDelete