Ok, kita sambung macam mana aku boleh terbawak skut (terbawak ey ayat aku) malam tu. Semuanya kerana satu wassap dari satu sahabat.
Dia : Fana,nak mintak tolong boleh?
Aku : Mintak tolong apa?
Dia : Tolong amik Ira dekat MC (orang Melaka tawu MC tu apa). Takde orang nak amik ni. Kak Nadia blabalabala pastu kereta Farah pulak lalalala. Nanad belum balik dari kampung lagi (panjang la conversation ktorang. Tak larat nak tulis semua).
Bila tahu takde siapa nak amik, aku jadi kesian la dekat dia. Kawan aku kot. Pompuan pulak tu. Dekat MC sorang-sorang. Waktu malam. Apa punya kejam la aku kalau tega (tolong careful, TEGA bukan TEGAR 'aku yang dulu bukan yang sekarang' tu) biarkan dia sorang-sorang di malam hari dekat MC sorang-sorang tanpa pembelaan. Tiba-tiba *ting* (aku tengah terfikir sesuatu la masa ni) macam mana la aku nak pergi amik budak sorang ni? Kenderaan takde. Nak kena iring dia sambil jalan kaki ke? Macam bang ang jugak kan kalau macam tu lah situasi malam tu akan terjadi. Lagi ngokngek dari aku bawak skut first time di malam hari dalam Bandar Melaka. Rupa-rupanya dia dah berjaya dapatkan motor dari lagi sorang member yang pun tak dapat amik dia sebab ada event BBQ dekat Klebang! Aku pun macam ... Motor? Motor apa weh yang kau berjaya pinjam nih? Aku dah start cuak. Selama duduk Melaka dah dekat setahun setengah ni, tak pernah lagi aku redah bandar dia guna motor. Dengan kereta ada la juga kengkadang. Cuak jugak la perasaannya masa tu. Motor? Motor? Punya la banyak questionmark pasal motor ketika tu. Baru je rasa nak give up tapi kan dah kata tadi, aku baik. Tak kejam. Demi sebuah bonding yang orang jowo panggil PERSAHABATAN, aku tepis dengan gagah perasaan negatif semua tu. Belum cuba takkan nak menyerah dulu. Buat malu keturunan pendekar mustar je. Hahaha suka melebih tau dak Patin ni. Then aku kata ok. Pastu *ting lagi sekali*.
Aku : Apis bawak motor apa hah? Bukan motor clash an? (aku memang gagal bawak motor clash)
Dia : Motor biasa je. EX5 tak silap.
EX5 aku lawa lagi dari ni. Kaler ijau matelik. |
Nampak je perkataan EX5, aku tarik nafas lega walaupon member sorang ni tak sure motor apa yang bakal aku tunggang. Dan sebenarnya bukan EX5 yang aku dapat! Masa nak pergi amik motor tu la baru aku tahu aku bakal bawak skuter atau in specific, EGO S. Nak pengsan rasa. Over react an tapi nak buat macam mana, aku memang dramatik. Berbakul-bakul doa aku panjatkan kehadrat Ilahi dalam perjalanan ke destinasi malam tu demi seorang sahabat yang tersadai di MC. MC waktu malam macam monster yang sangat besar yang nak menelan orang ey. Cuak! Sumpah cuak! (Tu pendapat aku la. Jangan la bash Atin ye kalau pendapat kita ada jurang yang besar). Dengan mat-mat motor landing dekat situ. Tambah pulak tempat tu romantik je dengan limpahan cahaya macam orang yang menikmati candle light dinner. Tak memberangsangkan betul pencahayaan macam tu. Menyesakkan dada saja lah. Tapi yeayyyy aku berjaya! I'm did it! Hepi betul berjaya ke MC, meredah Bandar Melaka di malam hari dalam rinai hujan untuk amik seorang sahabat. Feel-feel cerita MY HEART sangat. Dalam rinai hujan kau. Kau ado? Ok lah, tak nak merepek panjang-panjang pasal cerita yang dah setel nih. Misteri dah terungkai. Korang pun dah tahu dah sebab-musabab aku kena bawak motor auto malam tu.
Kesimpulannya, memandangkan kisah ni more tu kisah persahabatan kita simpulkan dengan perkara yang berkaitan sahabat-sahabat jugak. Terimalah pesanan Imam Al-Ghazali tentang KAWAN.
Terima kasih luangkan masa baca entry ni :)
selamat pagi..jalan2 kat sni..:)
ReplyDeleteSelamat pagi ... silakan. Silakan :)
Deletedemi seorang sahabat ye..
ReplyDeletesanggup wat pe sahaja
tapi kwn pown xmau jmpe
nie nk kata apa
demi seorang sahabat
ReplyDeleteapa jua sanggup diredahi
tp kwn xmau jmpe ye
aa nk dikato
Sy orang melaka tp x tau MC tu apa..kalau MP tu tau la
ReplyDelete