888 Review

Cerita Kedai Mamak

Penulis : nurinafarhana Masa : 12:19 PM Comments : 3 Labels :
Kedai mamak dan student ibarat semut dan gula. Which is dimana ada kedai mamak mesti di situ ada student. Sama macam di mana ada gula di situ ada semut. Gula tu kedai mamak. Semut tu student. Wahhhh! What a blablabla perumpamaan dak Patiiinnn oiiii.

Ok, stop pasal perumpamaan yang sungguh tak boleh blah tu. Semut disamakannya dengan student? Gula tu macam kedai mamak? Seriously? (haha). Tapi ok juga la student tu macam semut atau semut tu macam student. Semut kan rajin dan gigih berusaha. Student tu macam tu juga kan. Gigih dan rajin demi masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang (bagi sesetengah orang la. Sesetengah yang lain ... ke laut. Hanyut dilambung ombak. Mungkin).

Around 9.45 pm macam tu aku dengan housemate keluar berlenggang kangkung (trending tahun 2014) ke kedai mamak yang namanya Al-Baiq. Walaupun kedai tu ada nama se-best Al-Baiq, kami tetap juga mengenali kedai tu dengan nama kedai mamak. Lagi senang nak sebut i guess and lebih common. KEDAI MAMAK. Cuma, masalah dengan benda-benda yang common ni ialah "Kedai mamak mana nak pergi ni? Bedah ke Baiq". Itu la pertanyaan yang boleh dikatakan common tiap kali bagi nama kedai yang tak spesifik =='


Ni bukan Al-Baiq yang sebenar. Just ilustrasi je. Nak bagi ada-ada gambar dalam entry (haha). Gambar, cilok dari google heyyyy. Peace yo!


Subaidah ni pun bukan kedai yang sebenar. Sumber : uncle Google tersayang. wee~~


Gambar ni pula takde kaitan pun dengan cerita semalam. Cuma nak kata, uniform ni la mamak-mamak dekat Bedah yang aku kerap lalu di depan, belakang dan sisi kedai tu pakai. Ok, sekian ulasan dari saya. Kbye. Sumber gambar : as usual, google. Tengok url blog dekat gambar tu pun tahu dah bukan url blog gue!

Ok dah, berhenti buat ulasan pasal gambar. Sambung balik cerita semalam. Ceritanya semalam, salah sorang member rumah nak makan roti tisu. Dari dalam bas lagi dia duk mengidam nak makan roti tisu. Sebab air-cond bas kuat sangat agaknya. Nafsu makan pun jadi menggila. Siap kasi mesej dalam wassap grup rumah (teror tak, rumah pun ada grup wassap. Haha. Batak :p) "Korang, malam ni makan roti tisu jom!"


Roti tisu dekat kedai tu tak tinggi mana pun. Tinggi dia sedang-sedang je. Macam dalam gambar ni la.


Kalau roti tisu ni ... aku rasa patut tukar nama jadi roti KLCC la. Maakkkk aiiihhh! Tinggi dia bukan mainan. "Ayakkk! Payahnya nak capai puncak dia", kata orang itu yang semacam terkial-kial je nak capai hujung roti tu.

Ok, habis cerita pasal roti tisu. Now cerita pasal lokasi tempat duduk kitorang malam tu. Semalam sampai-sampai je, mata duk scan tempat duduk. Tetiba mata kasi sensor yang menandakan port depan tb single and available (agagaga). Terus pecut dalam gaya sopan ke arah tempat tu. Lambat-lambat nanti takut dikebas orang. Dah la semalam ramai benau manusia lepak dekat situ. Maklum lah ... masing-masing esok (hari ni la maksudnya) free. Takde paper. Yela, esok kan (hari ni la) maulud nabi so CUTI!. Sebab tu semua orang pun dah macam semut yang sarangnya telah dimusnahkan oleh sekumpulan tangan jahat. Keluar berbondong-bondong dan melepakkan diri di suatu tempat dipanggil KEDAI MAMAK. Pusing kiri, nampak budak satu kampus. Pusing kanan pun sama. Pusing belakang, "eh, budak kampus aku juga ni". Tetiba rasa serba salah nak main toleh-toleh. Pusing depan, "ek ehhh cerita betul ke bohong laaa. Jom gelak ramai-ramai" (hahaha). 


Dahhh gelak tak ingat dunia sambil makan roti tisu. Nasib baik tak terbelekik. Dah la roti tu macam antara liat tak liat antara nipis dan tebal. Kalau terbelekikkkk mahu pengsan sampai jatuh kerusi (kehkehkeh).

Tepat jam 10.10 minit malam .... kami pun angkat bontot dan balik ke rumah. Menelaah subjek Ib Finance atau banking hingga larut malam ...

Sekian sahaja cerita kedai mamak kami malam tadi :)


3 comments:

  1. akk x brp berkenan g kedai mamak but mmg diorang ni pandai bisnes ke pe...berlambak kedai mamak kat mana2 pn..

    ReplyDelete
  2. Salam.. Jom join GA first sy.
    http://rafydahouse.blogspot.com/2014/01/beauti-giveaway-1-by-rafydahouse.html

    ReplyDelete