888 Review

Macammana nak jadi optimis?

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 7:48 PM Comments : 0 Labels :

Optimistik ; percaya perkara baik akan berlaku atau pasti berlaku di masa hadapan

Kedengaran sangat positif dan murni maksud optimis ni kan? Memang murni pun sebab dia ajar kita untuk sentiasa positif dan tak terganggu dengan anasir-anasir jahat yang menjatuhkan. Hmm ... for those yang memang dah ada sifat sebegini, keep it up people.

For those yang takde sifat optimis ni macammana pulak?

Haa ... jangan takut jangan khawatir. Kerana apa? Kerana sifat optimis boleh dipupuk sebenarnya. Jadi, mari lah kita memupuk sifat optimistik di dalam diri. Jom!

1. Kena ada sifat percaya. 

Percaya pada kelebihan diri sendiri, percaya dengan orang lain dan percaya dengan proses kehidupan. Untuk part percaya pada kelebihan diri sendiri, suka untuk aku gunakan Demi Lovato sebagai contoh. Kenal Demi Lovato kan? 

Image result for demi lovato

Okeyh, Demi ni dulu ada masalah dengan self confident. Dulu dulu, masa zaman Camp Rock, dia macam kemurungan la sebab dia dalam kategori artis gemuk. Padahal tak gemuk pun aku nengok.

Image result for camp rock

Mungkin kat negara omputih sana bertubuh rangka tu baru dikatakan kurus ( blergh ). Badan yang sedap sedap ada isi ni dicop GE - MOK. Sampai satu tahap dia depresi terlampau, terpaksalah dia dirujuk kepada pakar. 1 je yang pakar tu tekankan kat dia, PERCAYA pada kelebihan DIRI SENDIRI. Bila dia dah start percaya dengan diri dia, dia terus berubah. Tampil lebih yakin and amazingly, suara dia pun jadi lebih awesome. Tak caya cer try bandingkan lagu time Camp Rock dia tu dengan lagu heart attack atau let it go dan lagu-lagu terbaru dia. Ada beza. Pergi a dengar.

1 perubahan kecik bawa perubahan besar. Nampak tak?

2. Berfikiran terbuka. 

Kena sedar apa yang function dalam hidup dan apa yang tak function dalam hidup. Contohnya ... kalau engko sedar yang engko ada kawan yang kerja asek nak menjatuhkan dan selalu bagi negatif vibes, jauhkan diri dari dia sebab dia dalam kategori sesuatu yang tak function dalam hidup engko. Faham ke faham? Dalam kes ni dan kes-kes lain yang berkaitan, engko kena bersedia untuk berubah. Tanpa perubahan hidup kita akan ditakuk yang sama. Percayalah.

3. Tahu bila nak mintak tolong dan bila nak menolong.

4. Akhir sekali ... ingat! Badai kehidupan takkan pernah berhenti. Bear in your mind!



Sifat yang berlawanan dengan optimistik adalah pesimistik. Elakkan ye.

Apa pun ... ada pesanan ikhlas dari aku berkenaan sifat optimistik yang baik nih. Sometimes adalah lebih munasabah dan menguntungkan untuk kita ambik sikap berhati-hati dan berjaga-jaga sebab hidup ni tak selalunya indah.

Perkara yang paling menyedihkan pasal pengkhianatan adalah sebab kena khianat dengan orang yang kita sayang dan kawan-kawan kita bukan sebab musuh. Kena ingat tu. Mana yang baik, ambik. Yang tak elok, jadikan sempadan :)

No comments:

Post a Comment