888 Review

I am Celcom First Gold User

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 6:39 PM Comments : 1 Labels :

Aku perasan 1 hal ni. Ramai yang sampai kat site aku sebab Yes4G yang pernah aku guna dulu. Terima kasih untuk post tu, membantu blog aku sentiasa dikunjungi walaupon aku akui ... aku dah lama tak update entry baru since Julai tahun lepas ( huhu ).

Mula-mula sekali aku nak berterima kasih kerana sudi jadikan blog aku rujukan untuk permasalahan huddle or internet Yes4G uolls. Tapi apa yang aku terangkan dan kongsikan adalah info yang tak lengkap. Better uolls direct terus ke kedai Yes4G berhampiran anda.


Seterusnya aku nak reveal satu hal. I. Am. NO. LONGER. A. YES4G. USER.

So aku betul-betul minta maaf kalau ada permasalahan korang yang aku tak dapat bantu dan jawab. Sori ( susun jari sambil tundukkan badan sikit ). Apa yang aku dah pernah post tu sahaja lah apa yang terdaya aku bantu sebab masalah-masalah tu je yang aku alami selama menjadi pengguna Yes4G dulu ( hahahah ). Masalah lain macam kuota cepat habis and so and so and so on ... alhamdulillah aku tak alami. Bila aku dapat komen pasal kuota cepat habis, aku jadi no idea nak cakap macammana. Aku pun tak begitu pakar dengan produk ni coz aku bukan ahlinya. That is why ... aku tekankan sekali lagi ... pergi la terus jumpa dengan pekerja Yes4G. Diorang akan lebih membantu engkorang berbanding post post aku yang tak seberapa ni.

Sekarang aku guna CELCOM FIRST GOLD

The reason why aku stop Yes4G and bertukar ke Celcom first gold bukan sebab Yes tak bagus. Bagus. Cuma ... masalah Yes ni coverage dia terhad. Ada tempat yang dapat coverage. Ada tempat huddle langsung taknak tunjuk kaler hijau. Asek blink blink merah memanjang. Geram juga aku kengkadang. Kita kalau time taknak guna internet or ada alternatif lain macam tempat tu dah ada sedia wifi, aku boleh tak amik port akan blink-blink merah tu. Tapi time nak guna internet dia bagi serve tak baik ... start lah aku yang ayu lagi penyabar nih ( eceh ) bertukar jadi hijau. Hilang mood sepanjang hari. Kuat penangan internet nowadays. Bukan apa ... semua benda nak kena ada internet baru function macam wasap, facebook, email. Semua lah. Aish!

Tu kelemahan Yes4G yang aku berjaya kaji.

Celcom ni pulak macam ramai orang tahu ... coverage dia memang kat mana-mana ada. Even engko kat Grik yang hujung Perak kedudukannya tuh pun dapat lagi line. Internet dengan call sama hebat je kuatnya. Puas hati. Hati pun tak membara. Alhamdulillah. Kuota dia pun banyak, 10gb walaupon ada seperate seperate kuota untuk weekdays and weekends. 

Kenapa aku tak guna line umobile or digi

Kot-kot ada yang nak tanya atau tertanya-tanya kan. Actually i used to use umobile line. Ya, aku pernah guna umobile sebelum ni. Sebelum aku tukar ke Celcom Gold. Semua orang pun tahu yang pelopor kepada unlimited call dan internet adalah umobile. Lepas tu baru celcom ikut jejak langkah umobile atau bahasa mudahnya TIRU. Okeyh, alasan aku berpaling tadah dari umobile ke celcom sama macam alasan masa dengan Yes4g dulu. Sebab LINE atau coverage. Line umobile terhad. Tak menyeluruh. Aku jadi bengang. Bayar 80 hengget bulan-bulan lepas tu call orang putus putus. Bayar 80 hengget bulan-bulan lepas tu tengah syok layan youtube or movie online ... tergerak je sikit dari tempat yang dia detect signal kuat terus loading. Eh! marah sungguh aku! Sabar jelah. Bertitik tolak dari situ aku buat keputusan bertukar ke Celcom first.

Untuk cerita digi pulak ... aku bukan pengguna line digi. Sepanjang 24 tahun hidup, aku tak pernah ada koleksi nombor digi. Serius! Jujur aku cakap. So aku taknak ulas panjang lebar pasal digi sebab tak tahu banyak. Serba sikit yang aku tahu pasal digi ni ... dia pun ada problem dengan coverage. Tu apa yang Bff aku cakap lah sebab dia guna digi. Kalau dia tipu aku maka statement ni pun satu penipuan lah. Tapi kalau dia kata digi ada problem dengan coverage pun aku caya sebab time raya lepas ... sedang syok kami berborak gebang melalui phone, asal dia gerak sikit je ( sikit je tau ) 'keluar' dari lingkungan coverage digi, terus tersenyap kejap atau kua bunyi yang menyakitkan telinga aku. Line takde kan. Sabar je lah aku ni ha. In terms of kuota internet tu ... Bff aku kata puas hati la. Coverage je kadang buat dia menyirap jugak. Menguji kesabaran.

Kesimpulannya ... celcom more way better for the time being :D 

Tapi mesti ramai juga ada dengar cerita tak best pasal celcom first gold nih. Contohnya macam ... cerita tak best lah. Susah nak describe. Tapi pada aku perkara tu not a big deal. Benda buatan manusia kan ... mana ada yang perfect. Pembuatnya pun tak sempurna inikan pulak barang buatannya. Engko nak letak high expection sudah kenapa? Tak sedar diri kah? Pada aku ... mana yang boleh tolerate tu ... cuba lah tolerate. Rasa dah cannot go sangat dah, u have choice untuk berubah. Banyak lagi pilihan lain depan mata. Boleh tahan nak pilih. Takyah nak membebel lelebih, takyah nak merungut sesangat. Benda boleh setel. Benda under control. Masalah kecik je pun. Takyah la nak besar-besar kan. Be mature people, please! Termarah pula ( hehe ). Maaf ( hee ).

Akhir kata ... lepas ni takde dah post berkenaan Yes ( keseluruhannya) . Yang ada pun mungkin berkenaan celcom first gold atau yang berkaitan dengannya. Terima kasih mempercayai post aku pasal produk Yes4g. I've done my best untuk membantu. Apa yang aku dah post, itu jela yang terdaya aku tolong.

Tq for reading. Any enquiry boleh tanya kat kotak komen ye.


Much love,
Fatin Farhanah <3


1 comment:

  1. xtry lg plan clcom ni..sbb pnh terkena dlu walau hnya pakai prepaid.

    ReplyDelete