888 Review

Be a natural middle person

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 10:18 PM Comments : 1 Labels :

Jadi orang tengah ni bukan semudah ungkapan. Mental kena kuat. Mulut pun tak boleh stok-stok tempayan. Sebab apa? Bila orang dah selesa dan percaya untuk luahkan rasa hati kat kita ... maksudnya kita dalam golongan BOLEH DIPERCAYAI. So .. say a big NO to MULUT TEMPAYAN.


Image result for katakan tidak pada mulut tempayan

Stok-stok mulut tempayan ni layak bagi penampar sulung je. Biar dia tahu sedar sikit! Kadang-kadang sebab mulut dia la benda yang tak begitu bermasalah jadi bermasalah. Tu belum lagi ada tokok tambah cerita. Memang minta kaki saiz 8 kalau gitu lah gayanya. Apa pun tak boleh!

Kepada yang nak meluahkan masalah or perasaan, pastikan engko betul-betul tahu with who you are deal with. Tersilap cerita dekat MAT POT or MINAH POT ... hmm haru! Engko pun kena la cerdik jugak ... jangan la baru kenal 2 3 hari dah percaya benor benor. Cerita semua dari A sampai Z. Takde tinggal 1 pun. Eh! come on la! Orang yang kita dah kenal bertahun pun belum tentu boleh dipercayai, inikan pulak yang baru jumpa setakat 2 3 hari. Matang la. Matang. Nak optimis tu bagus tapi optimis membuta tuli membabi buta tu ... ta waw lol.

Ingatan khas untuk si peluah perasaan.

Ni pulak khas untuk middle person
.
.
.
.
.
.
.

Tolong. Tolong. Tolonggggg pastikan mental korang kuat sebab takut korang terlebih emosi lalu semua orang pun engko nak haruk. Stress an asek nak kena dengo masalah orang macam kehidupan engko hari-hari penuh pelangi dan beburung berkicau riang tanpa gangguan.

Bukan apa ... mungkin si peluah perasaan pun sedar yang engko pun ada masalah tapi dah dia percaya engko, dia cter la segalanya kat engko. Engko jugak yang salah bagi dia rasa percaya dan selesa untuk share problem dengan engko ( hahahah ). Redha je lah. Oleh kerana itu ... sila kuatkan mental dan respon yang terbaik untuk setiap luahan perasaan ... senyum dan angguk dan diam. Lagi 1 kalau taknak begitu stress dengan masalah orang lain ... masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Habis cerita. Takyah nak rakam perbualan tu dalam memori sangat. Bazir!

Pesanan ni khas untuk aku dan orang-orang yang selalu jadi orang tengah =='

1 comment:

  1. Assalamualaikum. Singgah baca entry ini. Rasa tertarik.. :)

    ReplyDelete