888 Review

Find the magic in you

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 8:40 PM Comments : 1 Labels :

Aku menulis sambil dengar lagu you are the music in me. Apa perkaitannya? Takde (haha)


FIND THE MAGIC IN YOU

Kat meja makan petang tadi sambil mengunyah bebola daging yang dicampur kentang yang super sedap ( yummih ) dan gabak! aku borak dengan kawan serumah. Tahu makan sambil borak tu tak senonoh tapi time makan jela boleh kumpul sama-sama, ramai-ramai dan berkongsi idea ( plus kongsi makanan hahahha ) so kami gunakan waktu itu sebagai penjalin ukhwah ( ajet sangat ayat aku hehe ).

Dalam banyak-banyak perbualan kami, aku paling ingat part FIND THE MAGIC IN YOU. Rasa terinspirasi. FIND THE MAGIC IN YOU ( jyeah! ). Terngiang-ngiang lagi FIND THE MAGIC IN YOU!

Ceritanya kami ni mengikuti program SL1M ( Skim Latihan 1 Malaysia ). Sepanjang aku ada kat sini ... pengisian kat sini tersangatlah bagus. Dia bagi pendedahan pasal presentation, pasal grooming, pasal industri dan banyak lah lagi. Ini sekadar pendapat aku. Lain orang lain pendapat.

So si member ni dapat lecturer yang tersangat lah inspiring. Lecturer dia ni seorang penulis. Tulisan dia terjual kat overseas. Dicetak lebih kurang 10,000 copies and dijual paling murah 67 dollar. Dollar tau. DOLLAR. Convert duit kita lebih kurang 271 dan sen sen kat belakang dia. Tu satu buku. Kalau 10 ribu buku ? Wow! Kaya sebab menulis je.

Aku sunguh sungguh terinspirasi dengan dia. Dah la profesor. Doktor lagi. Pastu penulis pulak. Duit gaji as a lecturer tak pernah pun dia guna. Duit yang dia rolling selama ni cuma duit royalti buku yang terjual kat pasaran antarabangsa tu dengan duit bayaran lepas dia bagi talk. 1 jam 5 ribu.

Ya Allah! Seronoknya. Kalau dia boleh kenapa aku tak boleh kan? Aku pun nak jadi penulis jugak. Nak ada buku sendiri. Mungkin tak berbentuk ilmiah yang terlampau berat but then still have content and moral value untuk disampaikan. Aku plan nak buat buku pasal kehidupan remaja atau pasal kehidupan orang sekeliling or maybe diri sendiri ( ada yang nak baca ke pasal diri aku? hahaha ). Based on true story. Lebih realistik dan tak cliche macam asek-asek jatuh hati dengan CEO dan kawin or kawin paksa or apa-apa jelah yang nampak typical.

Aku nak publish kat ilham karangkraf so that orang boleh baca and komen and mungkin boleh bagi idea penambahan untuk perbaiki hasil penulisan aku. In sya allah.

Lagi satu pesanan yang best dan aku kira menarik dari Prof Doktor tu ialah ... ELAKKAN IKUT ORANG. FIND THE MAGIC IN YOU. Maksudnya ... kalau kita ada kelebihan dalam bidang penulisan, masuk bidang penulisan. Dalami bidang penulisan. Sungguh-sungguh dalam bidang penulisan. Jangan tiru orang. Setiap orang ada magic masing-masing.

FIND THE MAGIC IN YOU :D


1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete