888 Review

Ugly duckling transform to swan

Penulis : nurinafarhana Masa : 11:07 PM Comments : 0 Labels :

Assalamualaikum

Wahhhhhh! Apa yang berlaku semalam, apa yang aku buat semalam boleh masuk slot HARI INI DALAM SEJARAH dekat TV1. Tu pun kalau ada yang tahu pasal rancangan berdurasi 5 minit tu lah.

And ... actually, entry ni entry draf. Patut publish semalam. Tapi semalam publish cerita lain pula. Muahahahah. Ok dah. Sambung balik kisah tertunda.

Pasal apa aku kata macam tu? (merujuk kepada perenggan pertama). Pasalnya ... hari ni aku ajak member pergi Watsons.

Ini Watsons. Kalau perasan, layout Watsons seluruh negara sama je. KALAU.

Okeyh! sambung cerita balik. Aku ajak member pergi Watsons semata nak beli make up. Dalam kepala otak aku asek duk terbayang alay make up VJ (Victoria Jackson) yang pelbagai tu. Aku aim alat solek yang travel pack dia tu. Yang ada macam-macam dalam satu packaging tu. Yang mahal nak mati harganya tu.

Tengok! Macam-macam ada, kan?

Blusher ada, gincu ada. Maskara ada. Macam Astro lah senang cerita. Tu yang aku nak beli sangat tu. Tapi. Dah macam-macam ada tuuuu harga pun setimpal dengan alatan yang serba cukup tu la. Pahamkan sendiri la ye.

Tu laaaaa masa produk tu buat offer, aku buat jual mahal. Dah la kalau beli masa tu siap dapat kad untuk membolehkan kita belajar make up dengan orang-orang handalan. Selalu kalau nak kan kad VJ, kena buat pembelian rm300 ke atas. Masa offer hari tu, pembelian rm80 dah boleh dapat kad. Aku memang jual mahal. Tak. Bertempat! ='(

Ayat jual mahal aku "Hmmm takpe la. Saya tak guna make up". Bajet muka natural beauty macam sleeping beauty. Tak pun, alasan lain ... "Saya tak pandai la nak make up, make up". Banyak la aku punya alasan. Padahal dekat utube tu berlambak je tutorial make up. Antara rajin tak rajin je nak menghayati dan mengaplikasikannya.

Sekarang ni, bila hari tu Tikah (one of my bestie since lower 6) wasep kata nak tunang bulan depan (semoga semuanya dipermudahkan oleh NYA babe) dan dia nak aku yang make upkan, aku dah macam kena petir. Perasaan masa tu macam ... Ya Allah! Kawan aku tu sedar tak yang kawan dia ni buta seni. Make up? Muka sendiri pun tak bertouch up, nak touch up muka orang?! Oh! ini penyakit. Penyakit yang tak berjangkit tapi agak kronik untuk aku handle.

Malangnya ... penawarnya cuma satu. Beli alat make up yang paling basic macam eyeliner, maskara and so on yang tak beriya sangat tu then belajar berpandukan utube. Selain boleh make upkna si Tikah yang berharap sangat tu, boleh la jugak aku pergi kerja dengan penampilan baru. Bukan cuma datang dengan imej sedikit berbedak dan seoles gincu. Nasib la selama ni orang-orang yang aku jumpa nampak berselera je pandang muka aku. Buktinya takde siapa yang buat muka aneh bila aku datang. Cuma bila aku start bagi penerangan je, derang bagi reaksi jelik. "Insurans ey" Aku pun dengan berbekalkan segaris senyuman dibibir menjawab "Takaful". Sepatah. Derang balas, "sama la tu". Aku bidas, "tapi tak serupa" sambil lukis rajah perbezaan.

Haishhhh ... bila bercakap pasal takaful ni ... kenapa ek orang-orang kita, orang melayu ni takut sangat dengan takaful? SEdar tak yang kita dah jauh ketinggalan dari bangsa lain in terms of kesedaran mengenai kepentingan Takaful? Tak sedar kannnnn. Hah! sebab tu la bila nak share pasal takaful semua nak angkat bontot. Macam laaa kita nak curi duit dia. Kita datang nak tolong. Kita bukan ahlong.

Ok. Enough! Kita berbalik kepada kisah make up tu tadi. Ni, kalau aku cerita dekat member umah lama, harus terkejut mereka. Derang tahu dah aku jenis tak layan make up. Paling kuat yang ada dalam simpanan aku adalah lipstick atau lipbalm dengan eyeliner pensil jenama Pixie yang aku cuma beli tapi tak pernah guna. Penat jugak la tadah telinga dengar derang membebel. Tajuk tazkirah, 'Membazir amalan syaitoonnn'. Selebihnya, adalah skincare aku yang asek bertukar. Tu pun modal bebelan derang jugak. Ye.... aku tahu aku layak dibebelkan mengenai tu. Tahu.

Cumanya semalam aku tak dapat produk VJ. Takde VJ, Za pun jadi.



No comments:

Post a Comment