888 Review

5 kawan yang patut kita pilih

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 11:48 PM Comments : 2 Labels :

Assalamualaikum

Aku baru je habis scroll instagram. Banyak an gambar-gambar yang santik-santik belaka kat sana. Yang ig shop jual barang-barang murah pun banyak. Geram aku. Dah la murah, lawa-lawa pulak tu. Menangis aku. Menangis sebab tak mampu nak beli walaupun barangnya murah. Sadis.

Kadang-kadang aku tengok, gambar doesn't matter pun dalam ig tu. Caption yang penting. Orang-orang muda selalu kata "caption win". Ada masanya masuk gambar kucing je, tapi sebab dia menepati spesifikasi caption win, terusssss dapat banyak like. Daebak. Ada masanya, tulis GOOD NIGHT je pun. Tapi dapat like sampai ratus-ratus. Kadang-kadang boleh cecah ribu lah. Mmmm-hmmm mungkin sebab dia muat naik gambar Aiswarya Rai kot.

Tapi aku ni, taip caption panjang berjela pun tak pernah dapat like sampai ratus. Paling kuat pun 39. 40 like pun tak sampai tau. Taip pendek? Hmmmm lagi laaaa. Kadang-kadang ... dah masukkan gambar pakwe hensem macam si FOUR dalam Divergent tu pun tak membantu meningkatkan penge-like gambar aku. Jadi boleh tak kita kira kes aku ni kes terpencil?

Image result for four in divergent

Oh sayang ... jangan la bagi pandangan macam tu. Macam tak sanggup pulak nak tolak request u. Ok la ... esok I goreng cekodok lemak manis brand Adabi dekat u ye. Muah ciked.

Ok, ok. Tak nak main-main dah. Kita serius. Let's make a zillion zerious discussion. Tapi nak sambung sikit je lagi pasal ig. Lepas tu aku janji kita bercerita secara serius pasal 5 jenis kawan yang patut kita pilih ni.

Dah scroll punya scroll punya scroll, sampai la aku dekat gambar Heliza. Kenal Heliza kan? Heliza 'Wassini'. Eh silap! Tu Wahida 'Wassini'.....

Image result for heliza helmi kahwin

Ok, Kak Ija kim salam. Salam perkenalan katanya. Assalamualaikum.

Dia muat naik gambar dia dengan sahabat-sahabatnya dengan caption berkaitan Pesanan Imam Ghazali tentang KAWAN. Kenal Imam Ghazali tak? Maaf, tak mampu nak tampal gambar.

Menurut Imam Ghazali, kawan ni ada 5 jenis. Kita kena la pandai pilih.

Pertama : Pilih kawan yang berakal, jangan pilih kawan yang bodoh kerana ia akan menjadi musuh dan menyakitkan hati.

Kedua : Pilih kawan yang berakhlak. Jangan pilih kawan yang jahat kerana akan dirangsang nafsu jahatnya.

Ketiga : Pilih kawan yang soleh. Jangan pilih kawan yang fasik kerana akan diajar kita kepada pekerjaan dosa dan maksiat.

Keempat : Pilih kawan yang besederhana. Jangan pilih kawan yang tamak kerana akan menjadi racun berbisa kepada sifat pemurah.

Kelima : Pilih kawan yang bercakap benar. Jangan pilih kawan yang selalu cakap bohong kerana memusnahkan jiwa.

Imam Ghazali jugak menegaskan bahawa antara KAWAN dan SAHABAT, banyak bezanya.   
"Sahabat yang baik, apabila dipandang wajahnya, membawa kita mengingati Allah, mendengarkan katanya menambahkan lagi ilmu. Terlihat gerak gerinya menunggikan lagi rasa takut kepada Allah, berkawan dengannya berjuang ke jalan Allah SWT. Sebaik-baik SAHABAT adalah yang dapat membantu kita ke jannah.

Tak semua kawan itu dikatakan benar-benar sahabat. Macam mana kita nak tahu? Kita dapat tengok 'siapa dia' saat kita dalam kesedihan dan kesusahan. Bila kita ada buat silap, tengok, dia simpan aib kita atau dia pecahkan kat mulut. Maksudnya dia bercerita kat orang la. Faham kan? Come on laaaa ni bahasa remaja kot. Rock uuuu'.

Ok sambung. Adakah dia setia bersama kita, sebelahkan kita, nasihatkan kita secara baik disaat semua orang pulaukan kita, tinggalkan kita. Dan ... macam mana dia membuktikan sayang dia kat kita. Setakat pandai cakap sayang je tapi tindakan dia macam nak humban kita ke neraka, sayang apa macam tu. Jaga-jaga. Adakah itu yang dinamakan CINTA NERAKA? hashtag tetiba.

Sewajarnya kita perlu berhati-hati dalam hal berkawan. Bila kita memilih bukan bermaksud kita cerewet tapi semua tu untuk kebaikan dunia kita dan keberkatan akhirat kita. Sebab dengan siapa kita berkawan, itulah sikap kita yang sebenar. Sedikit sebanyak sikap kita dipengaruhi oleh mereka. Jadi, bersahabatlah dengan orang-orang yang beriman dan berakhlak mulia. Baru bahagia. Baru ummmph. Baru macam gini (thumbs up).

"(Pada hari kiamat kelak) orang yang bersahabat saling bermusuhan antara satu sama lain, kecuali orang-orang yang bertakwa." (Surah Al-Zukhruf:67)

"Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, maka berwaspadalah dalam memilih sahabat." (Hadis Riwayat Ahmad)


2 comments:

  1. Salam mesra..

    Jemput join Segmen Bloglist Mei-Jun CN yer : http://www.cekgunorazimah.com/2015/03/segmen-bloglist-mei-jun-2015-by-cn.html

    ReplyDelete