888 Review

Locker Make Over

Penulis : nurinafarhana Masa : 1:25 AM Comments : 5 Labels :
 Ironinya, hanya yang dah biasa duduk hostel je pakar berkaitan 'menjinakkan' locker ni. Ini betul ye. Aku lihat ( eceh! ) rata-rata member-member yang asalnya memang dari hostel sejak form 1, locker diorang memang tiptop. Cara lipat baju, susun atur locker memang superb. Aku pula tak pernah ada background duduk hostel. Jujurnya, bila dah belajar dekat UiTM ni la baru aku mula nak jinak-jinak dengan kehidupan hostel. So, aku memang tak berpengalaman lah dengan kes-kes 'menjinakkan locker' nih. 'Menjinakkan' locker di sini maksudnya macam mana nak memanfaatkan setiap sudut ruang yang ada dalam almari yang kecik tu untuk isi barang tanpa jadikan locker nampak berserabut. Dekat situlah nak gantung baju. Dekat situ juga nak susun baju-baju dan seluar-seluar ke kelas. Situ la juga nak simpan 'adik-adik' baju dan 'adik-adik' seluar. Dalam tu juga lah nak sumbat segala macam facial care terutamanya gegirl macam den ni ha.

 Kalau macam aku sendiri, memang aku fail bab-bab susun atur barang dalam locker ni. Itu memang statement jujur! Lagipun dah bagi tahukan tadi yang aku baru je 3 sem menjalani kehidupan budak hostel ( kesian ). Jadi, memandangkan aku dah duduk sebilik dengan stok-stok budak hostel, jadi aku rasa aku kena berguru dengan dia. Ambik ilmu me-locker dia tu.  Frankly speaking, aku memang cemburu dengan kekemasan susun atur locker dia dan ... mmm cara dia lipat pakaian dia. Hehe. Nampak sangat kan yang cara lipatan baju aku selama ni pun ke laut. Jadi malam semalam kerja aku dan dia adalah 'mengerjakan' locker aku sampai bersih, kemas, lagi teratur. Bertungkus-lumus betul kitorang malam tu.

 Benda pertama yang kitorang buat ialah ... KELUARKAN SEGALA BARANG-BARANG YANG TAK PERLU DAN BAJU-BAJU YANG TAK PAKAI HANTAR MASUK DALAM BEG BAJU SEMULA.


Kedua ... LIPAT BAJU YANG SELALU PAKAI DENGAN UKURAN YANG MESTI SERAGAM. Masa part ni, selamba je member aku tu kata " Kau tahu tak, belajar cara lipat baju ni ... aku ajar junior form 1 aku dulu tau masa dekat sekolah ". Aku apa lagi, pandang dia. Tenung dia lama-lama. Aku tahu la aku lagi teruk dari junior kau tu tapi at least aku tak malu nak bertanya babe. Ah! Sentap mak nak.

Ketiga ... LIPAT SEMULA SELUAR-SELUAR YANG SELALU PAKAI DENGAN UKURAN YANG MESTI SERAGAM JUGA SEMUANYA.


Keempat ... GANTUNG SEMULA BAJU-BAJU KURUNG DENGAN LEBIH KEMAS. Berjuta kali aku kena tegur dekat sini. Kain dengan baju tak sama panjang lah. Lipat baju terkeluar-luar lah. Macam-macam lah.

Terakhir ... GANTUNG SEMUA BAJU KURUNG IKUT SUSUNAN WARNA. Mula-mula aku gantung ikut sedap rasa aku je tapi kena marah. " HEI ! GANTUNG BAJU IKUT WARNA ! " Aku pun gantung la semula ikut warna. Hmmm garang cikgu aku --'


Cerewet betul semua tugas-tugas ni. Sepanjang nak settle kan locker aku, asyik merungut aje mulut aku. Tak puas hati. Silap cara lipat baju. Ukuran tak sama. Saiz terlari sikit, kena buka semula and do again. Gantung baju tak sama warna, kena tegur lagi. Dah memuncung secara tiba-tiba bibir aku. Molek betul perangai. Tapi dalam keadaan yang macam paksa rela melakukan semua tu, akhirnya aku tersenyum bahagia bila tengok hasil bersusah payah aku tadi tu.


Susunan baju yang digantung dan yang dilipat


Tolong abaikan plastik dan kotak yang tak berkenaan tu. Hanya fokus pada lipatan baju aku je. Hehe

Silap tak buat perbandingan sebelum dan selepas. Kalau tak, boleh compare. Hehe. Ok, walaupun perkara yang aku buat ni dalam kategori basic thing tapi kalau dah tak tahu tu memang tak tahu la jadinya even common sangat-sangat. So, aku harap entry ni membantu la manusia yang senasib aku atau bagi inspirasi dekat orang yang dah start serabut dengan susun atur dalam locker dia. Hah? Apa dia? Aku sorang je yang berdepan dengan masalah ni? Ok, fine! Adios Amigos!


5 comments: