888 Review

Dari roti telur ke doa jodoh

Penulis : nurinafarhana Masa : 12:41 AM Comments : 1 Labels :
Dah masuk area 20-an ni, bukan main seronok lagi bercerita pasal jodoh. Betul tak awak-awak yang 20-an? Walaupun permulaan cerita berkenaan nak pergi makan roti telur tapi takde yang nak teman je pun (memang tak relate pasal nikah kawin betul topik asal) bila ada sesi celah mencelah dan tokok tambah, start la cerita jadi meleweh-leweh dan terkeluar dari landasan. Mula-mula meleret pasal boyfriend pastu masuk pasal secret admire. Pastu buka cerita pasal member yang dah tunang. Buka cerita lagi pasal member yang dah kawin pula. Yang lebih menambah perencah dan rasa bila pergi jengah insta mereka yang dah sedikit demi sedikit bertukar status tu. Tengok gambar. Belek gambar pastu geram sendiri bila tengok pelamin cantik sangat. Tu belum lagi tengok orang yang terlibat sesudah dimake-up kan. Terpana sejenak sampai nak kelip mata pun sayang. Belum juga tengok betapa meriahnya majlis tu. Boleh diserang histeria serta-merta haha. Ok, over! Bila dah habis buat semua tu, start la berangan. Nak dress macam ni la bila kawin nanti. Nak pelamin macam ni lah bila bersanding nanti. Nak tema sekian-sekian la nanti. " Eh, cantiknya photographer ni shoot gambar. Nak gunakan perkhidmatan dia lah ". Dah sudah... semakin ke laut semuanya.



Tapi kadang-kadang seronok juga cerita pasal benda-benda macam ni kekeke. Tambah-tambah lagi dalam usia yang orang kata dah layak kawin dah pon haaa. Pakal je aku bukan hidup zaman atuk nenek aku dulu. Kalau tak ... musti anak aku dah berderet-deret macam deretan kedai yang ibarat cendawan tumbuh lepas hujan (puih!). Cantikkan dress Irma? Bila aku kawin nanti, aku pun nak dress macam ni. Hehe. Tapi seperti biasalah in my dream only unless aku ada pitis berkepok-kepok atau popular macam Irma kekehkeh.


Sekarang kita beralih cerita ke kisah pelamin idamanku yang belum musnah bhahaha. Merepek gilos-gilos. Ni, aku cilok gambar sepupu aku kawin. Hehe. Harap dia tak sedar. Aku sangat adore dengan pelamin diorang. Nampak nice sangat-sangat-sangat. Sekali pandang nampak macam sentuhan manusia-manusia yang kerjayanya memang gubah pelamin orang but nayyyy actually pelamin tu hasil sentuhan magis auntie aku yang kerjanya masak-masak dekat dapur untuk suami dan anak-anak .... sedara. Auntie si pengantin perempuan juga la. Auntie kami. Auntie .... nanti titew pun nak juga satu kikiki. Jatuh hati okeyh dengan pelamin tu. Background dia. Lighting dia. Superb! Dah la baju pun lawa. Pengantin pun macam pinang di belah-belah. Dah la aku yang paling kasihan tak dapat attend wedding mereka ni. :'( Nangis.

Dan kemuncak perbualan berkisarkan jodoh antara kami yang pada mulanya 3 berkurangan menjadi 2 ialah pencarian doa berkaitan jodoh. Erk! Apakah motifnya? Nampak gaya macam aku dah bersedia menamatkan zaman bujangku saja. Sebelum lebih ramai yang salah faham biar aku explain. Doa tu member aku yang nak bukan aku. Korang expect apa ....? Aku harus la seperti biasa. Watlek. Watpaece. Lex luhhhh. Pekena nasi lemak kopi O. Tak yah kelam sangat macam Gua Kelam bak kata adik aku. Yang part macam Gua Kelam tu adik aku tak pernah kata pun. Paham-paham sendiri sudah ler.

1 comment: