888 Review

Tanda-Tanda Orang Lelaki Merajuk

Penulis : nurinafarhana Masa : 9:55 AM Comments : 9 Labels :

Nak tengok orang laki merajuk ni payah sebenarnya. Diorang ni boleh dikatakan spesis yang survive lagi kental tahap gaban. Tak main la melajuk-lajuk ni. Merajuk cuma sinonim dengan perempuan je ... Kata adik aku. Apa barang nak merajuk-rajuk,kan????? Tak macho la macam tu. Kata adik aku lagi. Tapi bila diorang dah start merajuk .... memang tak dapek den nak nolong. Actually, cara orang laki merajuk ni senang je nak detect. Tapi kadang-kadang payah juga nak faham. Ada masanya masa tak merajuk pun diorang boleh jadi serupa merajuk sampai si gadis jadi gelabah tak semene-mena. Lantas mengeluarkan soalan punca. Punca apa? Punca sesi pujuk-memujuk. "Awak merajuk ye?" Akhirnya baik-baik tak merajuk terus jadi betul-betul merajuk. Sebagai langkah mengelakkan salah faham dan menambah pengetahuan am anda si gadis sekalian .... Sila la rajinkan diri teroka isi kandungan ini. Cekidauddddd ....


Perkara yang paling selalu orang laki buat bila nak merajuk ialah DIAM. Diam sediam diamnya. Nak layan orang pompuan bercakap pun malas. TAKNAK! Masa ni diorang mula la jadi manusia OKU. Bagi respon pun cuma dengan angguk kepala atau iyakan semadang apa yang si gadis cakap.

Kadang-kadang diorang akan BUAT TAK TAHU je dengan si gadis. Buat tak paham. Masa ni si gadis kena banyakkan bersabar. Kalau tak ... boleh main fire fire antara satu sama lain. Kes naya tu.

Lepas tu kalau diajak makan sama-sama, dia akan MENOLAK! Haaa ... merajuk la tu.

Dah la ajak makan pun tak nak, lepas tu boleh pulak buat MUKA MASAM. Sakit pulak hati kita ni bobieee! tapi nak buat macam mana, lumrah. Itu dah macam paten muka yang akan dilakukan oleh sesiapa pun yang merajuk. Tak kira la kecik besar, tua muda, laki pompuan. Sepesen je. Takde pembaharuan langsung.

Dan paling tak menahan ialah MATIKAN HANDPHONE. Macam pompuan je gaya merajuknya. Pastu bagi alasan bateri kong. Padahal taknak dengar suara si gadis. Takut marah makin meluap-luap katanya.

Jadi, hai si gadis yang manis, kalau awak tengok boy awak buat perangai seperti ini, paham-paham la sendiri. Pujuk. Jangan tak pujuk.

9 comments:

  1. byasenyer ngajuk ngade2 je tu nk suh kte pujuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Normal tu. Semua orang yang merajuk motif dia cuma nak dipujuk je :)

      Delete
  2. Replies
    1. Tak boleh macam tu. Lelaki pun nak juga rasa dipujuk. asyik memujuk je. Mana aciii

      Delete
  3. lelaki merajuk? tak gentel la. hehe :P

    ReplyDelete
  4. kdg2 laki ni kalau merajuk comey jgk ^^

    ReplyDelete
  5. kadang-kadang saya pun rasa macam tu.

    ReplyDelete