888 Review

Selamat Malam

Penulis : nurinafarhana Masa : 12:48 AM Comments : 0 Labels :



Hujan rahmat membasahi bumi. Menghapuskan segala kekotoran yang terpalit di dunia fana ini. Itu pun sekadar kotoran yang mampu untuk dihapuskan. Rintik hujan yang menimpa tanah bagaikan melodi indah. Melenakan lagi insan yang sememangnya sudah berjam-jam lamanya berlayar ke alam mimpi. Rasa sejuk ni ... macam dekat TanahTinggi. Beku. Tinggal aku  sahaja yang masih cekal bersengkang mata di kala suasana hebat menggoda. Bunyi cicak lelaki berdecak. Cakcakcak. Mungkin dia cuba berborak dengan aku agaknya. Nak berasmaradana dengan cicak perempuan, takde. Dah cari kemana-mana tapi tak dijumpai. Mungkin maksud cakcakcak dia tu ialah "Apehal kau tak tido lagi doe? Orang lain dah lama tido. Kau tukar shift dengan burung Pungguk ke apa? Padan la aku tak nampak si burung hantu tu malam ni " Aku main agak je dia cakap macam tu. Susah juga nak menyelami fikiran seekor cicak ni. Lepas berdecak beberapa kali tapi aku buat tak layan. Cicak tu membawa hati cicaknya yang kecewa dan membelah siling menuju ke destinasi yang aku rasa tak penting untuk aku tahu. 


Mata aku masih segar walaupun dah macam bunga yang hampir layu. Tunggu masa je kepala ni nak lentok ke bantal. Hujan pun dah tak segalak tadi mencurah ke tanah. Dah start rintik-rintik. Seperti sama-sama berkongsi perasaan layu aku. Romantik betul bunyi jatuhnya air hujan. Tit tit tit. Setitis setitis jatuh. Aku jadi terbuai. Selamat malam.

No comments:

Post a Comment