888 Review

Yes 4G khas untuk rumah

Penulis : nurinafarhana Masa : 12:22 PM Comments : 8 Labels :
Ok readers, once again i coming out with YES entry. Bermula dari entry ni, berlarutan ke entry ni dan selanjutnya sekuel ni dalam entry ni. Agak-agak I boleh dikategorikan sebagai promoter berjaya tak? Berjaya menarik minat ramai orang untuk bertanya lanjut lantas membeli. Eceh. Tak menyudahkan asyik nak masuk lif tekan sendiri. Haha~ ( ayat sebenar masuk bakul angkat sendiri ) Ok readers, I hope sekuel 1 dan sekuel 2 untuk entry berkisarkan YES ni tak memboringkan uolls. Dan ayat-ayat intro I tak membuatkan uolls muntah hijau. ( Dah la macam orang buang tebiat guna ganti nama diri I. Selama ni elok je guna AKU ). Apa-apa pun, izinkan aku menggunakan ganti nama diri I sebab masa aku dalam proses nak beli YES 3 bulan lepas, promoter tu guna asyik guna I-U je dengan aku. Tapi aku balas dengan saya-awak. Bhahaha. Sayangilah bahasa kita. Motif? ==''

Well, I sekali lagi dihujani soalan berkisarkan YES. Soalannya berbunyi begini :-

assalam..kejap2..yg nk boh wifi di umah tu yg mana satu ek?mcm wifi di umah je la..xperlu g mana2..dudk umah ja..huhu(tlg balas eh)

Dan ini :-

Assalam..nk tanya ni..yg mana satu nk boh wifi di umah? mcm leh tgok intrnet melalui hp dan laptop..skg ni saya pakai Super 48 yg cucuk2 dlm laptop tu..hihikk (harap balas ek.. )

Bila I belek punya belek punya belek punya belek ( berapa banyak punya belek daaa ) .... memang I tak pernah pon mengesahkan berkaitan produk yang mana satu dalam YES ni yang sesuai digunakan untuk rumah sahaja. Adakah ia dinamakan diskriminasi? Oh! Tak, tak. Tu bukan diskriminasi. Aim utama I dulu cuma nak share dengan sahabat-sahabat yang duduk asrama tanpa kemudahan wifi untuk gunakan modem tu. Tak tahu pulak sampai ada yang berminat nak beli khas untuk rumah je. Tak boleh bawak pergi dating or jenjalan. Besau u! Sanggup ke nak bawak?

Zoom 4G Gateway

Haaa ini la bendanya. Yang khas untuk dirumah tu. I siap letak gambar yang siap ada ukuran saiz dia lagi. In cast ada yang tanya besar dia macam mana? Lebar dia macam mana? Tinggi dia? Diameter dia? and so on lah. Besar kan? I tak tipu tauuuu. Hmmm.

Gateway ni dia ala ala stremyx la. Menggunakan sistem wireless tapi jangan risau kita boleh set security code bagi mengelakkan line kita dicuri melainkan pencuri line tu adalah hacker. Tak dapek lah den nak nolong eyh. Jadi kita boleh connect lappy and handphone dengan internet dalam masa yang sama.

Kalau gunakan 2 huddle yang boleh dilihat dalam entry yang lalu tuuuuu .... Itu pun menggunakan sistem wireless juge. Kita boleh connectkan lappy and handphone dengan internet serentak. Make sure handphone tu boleh detect wireless la ye. Hehe. Menyampaikan Pesanan penaja. Cumanya huddle yang kecik tu userfriendly lah. Kita boleh bawanya ke mana-mana dalam apa-apa situasi pon. Haha~ ( 99.9% berbentuk iklan entry aku nih ).

Hrrrrmmm apa lagi nak tahu? Haaaaa penggunaan Gateway ni ada tapi jugak tau. Tapi tapi tapinya ialah .... Kita cuma boleh request GB dia paling maximum ialah 10 GB SAHAJA! Jadi baik guna stremyx atau yang sewaktu dengannya. Tak tahu lah kalau sekarang dia dah up kan GB khas untuk Gateway ni je. Untuk info lanjut sila lah ke booth YES berdekatan.

Klik untuk tumbesaran

In state of price pula, menurut member I yang beli Zoom 4G Gateway ni .... harganya RM150 including advance payment dan pengaktifan Gateway tu sekali. All in one. Namun begitu, I menyarankan uolls rajin-rajinkan lah kaki tu untuk jejak ke booth YES berhampiran anda. Penerangan dari promoter bertauliah lebih elok dari penerangan promoter tak bertauliah seperti I ini. Apa-apa pun diharapkan I dah buat pencerahan kepada uolls mengenai perkara ini :)

8 comments:

  1. rasanya cik akak pon nak juga YES nie..hihi..
    Tak tahu ler ada kat tidak kat sarawak nie..hiihi

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. mesti @Shakita Pathi salah sorang pengguna YES :)

      Delete
  3. macam pengguna skybox elok la amek ni kan.. ye dak..

    ReplyDelete
  4. betul ke kuota cpt hbs sbb pki 4g..bace review cstmr lain
    ambk yg 4gb cma brthan 3 ari sedgkn guna wifi utk biase2 je..n ade kate jgn langgan nt mnyesal.dah tu plak kalo problem nk,trminat kna tggu 2 thn..hmm

    ReplyDelete