Matematik adalah matapelajaran yang agak azab pada pendapat aku.
Aku paling tak suka subjek ni dulu.
Sebab apa?
Sebab banyak kira-kira.
Lepas tu tak boleh guna kalkulator pulak tu.
Kena guna kaedah congakan.
Tapi kalau setakat nak kira 1+1, 12 x 1 pun guna kalkulator kau dah kenapa weiii???
Tapi aku ada seorang atuk yang sangat hebat dalam subjek ni.
Aku and adik aku telah di-recruit ala tentera oleh atuk aku masa tu.
Masa tu umo kami around 9 10 tahun.
Maklum la .... atuk aku pesara polis.
Polis kannnn kau paham-paham jela persekitaran kerja dia macam mana.
Dengan ktorang ktorang sekali terkena tempiasnya.
Nevermind lah kan. Bajet orang nak pedulik.
Dia .... engkau tahu tak sarapan pagi yang kami dapat dari dia apa?
5 x 12 berapa?
Haaaa engkau orang pernah dapat sarapan dalam bentuk ni dari atuk engkau orang?
Aku pernah haaaa.
Tak dapat jawab tak boleh makan.
Nak jawapan sepantas yang mungkin pulak tu. Kalau boleh dalam kelajuan cahaya.
Dah terkulat-kulat aku dengan adik aku depan meja makan.
Tapi adik aku ternyata lebih pantas menjawab. Dia memang hebat subjek ni. Result subjek ni tak dapat A bukan dia la tu. Kompem jelmaan lain. ( Overkan aku? ) Dapat la dia makan dulu.
Aku lemB sikit. Kalau aku dapat A subjek ni memang boleh buat doa kesyukuran siap ada pulut kuning lah senang citer. Slow tak slownya aku dalam menguasai subjek maths.
Sebab tak dapat jawab, atuk aku bagi lagi soalan. Soalan taraf UPSR pulak.
JENGJENGJENGGGG .... ( nada gegar sikit dekat ayat last )
Remember umo kami baru 9 10 tahun. Soalan UPSR tu kira dah macam taraf SPM la masa tu.
Tolong la memahami.
Soalan seterusnya berbunyi berbunyi begini :-
Kalau Ali ada 6 biji oren, lepas tu dia bahagikan kepada 3 orang. Sorang dapat berapa?
Alamakkkk .... mulalah kepala aku berasap.( Otak aku sedang aktif menjalankan aktiviti pembakaran terbuka nampaknya ). Bukan sebab soalan tu susah.
Ni baru betul kepala berasap |
Sebab aku dah set dekat stonehead aku ni yang aku tak suka maths.
SAY NO TO MATHS!
Nampaknya, makin say no makin bertubi-tubi pulak ye soalan.
Aku pandang adik aku, mintak jawapan tapi dia buat slumber yaya.
"SIAP KAU NANTI" aku bagi ancaman dekat dia dalam hati je tapi. Haha~
Ingat aku berani sangat nak ancam adik aku depan atuk?
Sarapan tongkat aku nanti.
Ada yang alami masalah yang sama macam aku alami dulu?
Meh, nak share tip sikit. Tip aku dapat dari buku.
Mudah-mudahan memberikan manfaat kepada semua :)
(Tip ni patutnya wujud lama dulu takde la aku bengap sangat maths)
Cekidottttt ....
1) SUKA SUBJEK TU
Nampak tak apa yang jadi terhadap kepala aku bila aku dah set mind aku SAY NO TO MATHS? Jadi langkah pertama mesti suka subjek maths. Kalau tak suka macam mana nak pandai? Mesti akan ada yang cakap macam ni "Habis, kalau memang tak suka macam mana?" Caranya, mula-mula buat-buat macam kita suka subjek tu. Jadi hipokrik seketika. Kemudian buat latihan demi latihan. Pastikan sikit-sikit dulu. Jangan first time buat latihan terus kau amik yang 100 soalan punya. Memang kau ke mana latihan tu ke mana nanti. Dah kau jadi makin benci dekat matematik. Terus maki-maki manusia yang cipta subjek ni. Dapat dosa kering.
2) LATIH TUBI, LATIH TUBI, LATIH TUBI
Disebabkan aku tulis 3 kali latih tubi tu jangan pulak dalam 1 masa kau pergi amik 3 set soalan latih tubi dan cuba selesaikan secara serentak. Koma kau nanti. Aku tekankan latih tubi sebab matematik adalah latihan dan latihan adalah matematik. Maksud cikguuuu ( Ehem, jangan gelak ) matematik adalah satu subjek yang kau kena buat latihan untuk menguasainya, bukan membaca. ( Ada yang belajar matematik dengan membaca tanpa buat latihan ke? ) Subjek membaca selayaknya subjek sejarah. Suka sejarah yang berfakta fakte tu? Haaaa subjek tu elok dibaca. Jangan dijadikan subjek kira-kira pulak walaupon penuh dengan nombor jugak. Jangan terjebak dengan kekeliruan subjek ey. Epelessss (baca ikut cara mat lutfi)
3) DISIPLIN
Displin lagi? Muak kan dengar, tengok, tulis, baca perkataan disiplin nih. Dekat mana-mana mesti nak kena ada disiplin. Dalam TIP MINAT MATEMATIK ni pon ditekankan pasal disiplin jugak? Bosan betul Hahahaha~ Okeyh anak-anak ayuh kita mulakan bebelan disiplin dalam subjek maths. Yeayyyyy. ( Ok, tak yeay ey? ) Serius. Matematik adalah subjek yang memerlukan disiplin ye. Even kau kau dan kau faham topik tertentu, kau kau dan kau tak kan dapat jawab ikut masa yang ditetapkan lembaga peperiksaan Malaysia kalau kau tak mendisiplinkan diri untuk jawab soalan maths. Setiap kali berlatih jawab soalan maths, catat masa yang kau ambil macam kawan aku set masa 5 minit untuk settle kan sudoku dia. Bila dia berjaya capai target tu, dia reward diri dia dengan aiskrim magnum.Yummy! Kau pun boleh la buat benda yang sama. Reward diri sendiri dengan apa-apa je reward. Kasi penghargaan kepada diri sendiri. Aku tak sponsor ok. Sdn. Bhd. punya.
4) HAFAL SIFIR!!!!
Kau perlu HAFAL SIFIR! Aku tahu ramai yang merungut tentang perkara ni ( aku lah salah sorangnya yang merungut pasal tu masa zaman ngokngekngakloh DULU ). Alasannya .... kan boleh guna kalkulator, buat apa nak kena hafal sifir? ( Ayat sebijik je macam ayat intro aku tadi. Terasa akak. Dah la akak suka melakukan protes berterusan terhadap perkara ini DULU. Makan dalam weh! ). Persoalannya, hafal sifir bukan sahaja untuk mengetahui berapa 5x5 dan berapa 12x7. Tapi hafal sifir akan buat otak jadi lebih cekap dan pantas mengira. ( atuk aku selalu cakap macam ni jugak. Tetiba dalam mood mengimbau kenangan dulu ). Kalau asyik bergantung kepada mesin kira, daya pemikiran kau akan jadi lemah, lemah dan malap pastu plop! terpadam mentol idea. Ayoookkkk. Haha~ tu ayat tambahan aku je Hehe~ sebab apa pemikiran jadi lemah? sebab takde usaha yang dilakukan oleh otak kita. ( Ni pon ayat atuk aku lagi. Copypaste sejibik sejebon and sangat sangat sangat betul ). Kau tengok jelah orang yang hebat maths, mereka semua pantas dalam congakan sifir macam adik aku. Sebab tu atuk aku sayang dekat dia. Eeeee ... Berkeju sungguh~ Tapi baru la ada semangat nak bersaing :)
5) AZAM & KEMAHUAN
Akhir sekali, ( Wah! Dah akhir sekali dah. Boleh tarik nafas lega lepas baca tip yang panjang berjela-jela nih ). anda perlu ada azam dan kemahuan untuk jadi hebat dalam subjek maths. Kalau kau jenis tak kesah pasal 4 tip terawal tadi tak terkecuali jugak tip yang ngelas ni, sukarlah untuk kau untuk kuasai subjek yang superduper awesome ni. Akhir kata, SELAMAT MAJU JAYA!
p/s : tips ini juga valid digunakan untuk subjek selain maths :)
saya memang suka math dulu. so, saya memang agak pandai dalam math tapi taklah pandai sangat. still boleh jawab soalan math simple je la. anyway, datuk awak memang brutal kan? hehehe.
ReplyDeleteFrom,
Nasz
www.mohdnaser.com
Atuk saya bukan brutal. Dia lebih kepada tegas. Sangat tegas lebih tepatnya. Sekarang saya dah suka maths. Saya rasa jodoh saya memang kuat dengan maths. Hehe~
DeleteSetuju. Aplikasi lebih penting berbanding teori.
ReplyDelete:)
DeleteAku memang tak minat math..kalau ada buku latihan math yang kena buat,ikutkan hati aku koyak pastu bakar je..tapi,tips2 kau tu betul jugak..macamna nak berjaya kalau tak usaha
ReplyDeleteAku tak minat math...bak kata orang 'Haters gonna Hate' kalau ada buku latihan yang kena buat tu,ikutkan hati aku bakar je...tapi betul jugak kata kau..macamana nak berjaya tanpa usaha?? ..Next year dah form 3 nak PT3 pulak tu.....tension aku..
ReplyDeleteThanks...sy mmg xleh boleh ngam ngan maths....asyik Bebel jer bila kena buat latihan...thn ni PT3 ...s0,thn ni baru sedar...hahaha...syukran ukhty
ReplyDelete*xleh ngam
ReplyDelete*xleh ngam
ReplyDeleteTq .. tapi mcm mn pun sy kene buat2 minat jgk math ni huhuhu ,hipokrik sket .sbb spm tahun ni kna usaha jgk dri asas .
ReplyDeleteNilah akibat slalu ponteng kls math ,xminat .dr asas xthu ape2 .huhuhu berhuhuhu jrla .
Baca blog ni ad rasa minat tu dtg ,doakan sy ad jodoh ng math ni hahak
#spm2016
Ig/raaxll
Sy dari tahun 4 fail.math..sampai skrang.sbb benci.math
ReplyDeletesaya mmg minat math. tpi bila masuk form 1 dh tak minat. sbb mybe krna cara cikgu tu ajar tak faham or what tah la. tpi sya mmg minat math sgt. sya cuba untuk minat math.. now im 14y/o. next year dh nk pt3. so boleh bgi saya tips untuk subjek math tak.. sekiann
ReplyDeleteSaya akan berusaha untuk mendapat keputusan cemerlang dalam subjek math.. Tahun depan dah pt3 .
ReplyDeleteSaya akan berusaha sbb thn dpn dah nak upsr.....uhuksss...
ReplyDeleteakak,kalau yg jenis ada abc tu adalah subjek killer saya,bila muncul je bab ni terus rasa meluat kpd math bertambah,dgn cikgu yg jenis asyik nk marah lagi bertambah meluat tu,ada tips tak
ReplyDeleteakak,kalau yg jenis ada abc tu adalah subjek killer saya,bila muncul je bab ni terus rasa meluat kpd math bertambah,dgn cikgu yg jenis asyik nk marah lagi bertambah meluat tu,ada tips tak
ReplyDeleteakak,yg jenis abc tu,adalh subjek killer bagi saya ada tak untuk kuasai bab ni,saya paling benci bila keluar bab ni masa form 2,mencabar otak rasa mcm nk pecah,ada tips x
ReplyDeleteTq sgt kak bagi motivation , tuhari sy trial pt3 , saya yakin sgt sy lulus mse tu sbb sy ni nak lulus bkn main susah lagi , lagipun sblum tu sy berhempas pulas buat latihan math ,sekali dapat resultnya fail , bestnyeeeeeeeww kalau pandai math .... #mydreams
ReplyDeleteTahun ni tak pernah lagi lulus math dlm form 3. Real exam dh nk dekat. Saya nak try akak punya tips ni. Harap menjadi 😄
ReplyDeletesaya akn ikt tips akak ni
ReplyDeleteteringin sangat math nk dapat A DLM exam
ReplyDelete