888 Review

Panadol Actifast dan Rakuten Bloggers Project

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 9:41 PM Comments : 2 Labels :


Banyak kenangan dengan panadol ni. Actifast. Aku bangsa yang suka pening. Bukan suka yang erti gembira bila pening tapi suka yang bermaksud kerap pening. Kata lainnya migrain. Nak kata lain yang lebih fefeling adalah Princess Lilin. Puteri lilin tahu? Haaa itulah aku. Panas sikit ... pening. Fikir lebih sikit ... pening. Asal kelas math ... pening. Hahahaha. Aku rasa aku alergik matematik la kikiki. Alhamdulilah math aku tak pernah fail. Cuma dapat A tu jarang-jarang la. :p

Actifast. Selalu juga la aku telan benda ni bila pening. Tapi kadang-kadang aku tak telan pun. Tak best a hidup bergantung dengan ubat. Tak remaja la kalau antibody lemah. Cuma bila dah pening tahap tarik-tarik rambut pastu rasa kepala panas berasap baru no choice. Terpaksa la grab panadol.

Dulu ... actifast ni aku tak reti telan. Air dah habis telan. Panadol still atas lidah. Panadol bila dah kena air mula la dia melarut. Alaaa ubat-ubat lain pun sama. Eh gegula pun sama lah. Bila kena air ia melarut. Cuma berbalik kepada cerita panadol tadi. Melarut. Bila panadol melarut dan tersekat kat lidah, rasanya tak seohsem gegula sugus tersadai atas lidah. Akhirnya aku luehkan. Selamat lah ia bersemadi dalam lubang jamban. Bila mak aku tanya dah makan ubat belum, aku pun jawab dah sambil bebola mata bergerak ke kiri. Pentipu!

Tu dulu. Sekarang tidak lagi. Sekarang aku teror dah bab-bab telan ubat nih. Bagi ubat saiz mak ubat pun aku boleh telan tanpa masalah dah. Praktis make perfect an. Boleh cenggitu. Cuma masalah aku bab ubat ni ialah ... aku cuma semangat makan di hari first je. Hari second dan seterusnya aku tak pandang dah ubat tu. Dah kebah sikit kan. Sikit la. Lepas rasa sakit tu kembali atau dah puas di bebel baru aku terhegeh-hegeh telan balik. Hohoho. Buruk perangai.

Ok habis cerita pasal panadol. Cerita pasal Rakuten Bloggers Project pula aku tak tahu nak cerita macam mana atau nak mulakan macam mana. Aku tak paham pun Rakuten Bloggers Project ni apa.

Tapi masa search tadi ... project tu macam nak market kan blog or affiliate atau yang seangkatan dengannya.

Eh dah lah. Taknak cerita banyak. Nanti makin sesat explaination aku pasal Rakuten Bloggers Project nih. Tak sampai nanti objektif projek tu.

wassalamu. Jumpa next entry :)

2 comments: