888 Review

27? Nay!

Penulis : nurinafarhana Masa : 12:18 AM Comments : 0 Labels :
Pagi tadi. Selepas subuh. Dalam pukul 7. Lebih sikit. Sebelum waktu selalunya adik-adik aku pergi sekolah, aku dapat call.

" HAPPY BIRTHDAY TO YOU ... HAPPY BIRTHDAY TO YOU ... HAPPY BIRTHDAY TO KAK LONG ... HAPPY BIRTHDAY TO YOU... " suara di corong sebelah sana menyanyi riang. Aku sekadar tersenyum. Manis campur kelat kalau dapat rasa. Hahahahah

Kenapa wish birthday masa 27hb? Birthday saya 22hb Julai. Macam tu la lebih kurang ayat aku kat orang itu. Orang tu makcik aku :)

Katanya dia tersilap set reminder (emotikon gelak sampai kua air mata) and aku pun redha jelah. Takpe lah, pasal birthday je pun. Benda kecik. Takkan nak kecik hati mudah sangat? Come on!

Tapi seronok jugak kalau hari-hari jadi macam ni. Bangun pagi je ada yang wish birthday (bhahahah). Terasa seperti tiap hari sayang. Terasa hari-hari hari lahir aku. Huhuhu

No comments:

Post a Comment