888 Review

6 Port dating budak-budak sekolah tahun 92 hingga 2012

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 1:51 PM Comments : 3 Labels :

Impress tengok tajuk entry kali ni. Panjang dan macam baru lepas buat research hehe.

Assalamualaikum,

Cuaca hari ni ekstrem panas. Kepanasannya luar biasa dari biasa. Sampaikan nak jalan pandang depan pun tak larat. Silau sangat. Dah la aku memang ada rabun silau. Jarak pandangan mata aku jadi terbatas. Tak habis dengan tu, apa yang lebih nak menunjukkan cuaca pada hari ni panas ialah ... peluh bukan main meleleh-leleh di sebalik kemeja aku.

On the way nak pulang ke sarang, aku, Ira dan Nurul borak-borak la. Lame la kalau anak muda berjalan dalam group tapi tak borak. Feeling warga emas sangat. Warga emas kan sambil berjalan sambil menikmati keindahan alam pastu berzikir di dalam hati. Terlalu sibuk untuk berbual perkara-perkara lagho seperti yang selalu dilakukan anak-anak muda. Tapi warga emas ... bila dah mula buka cerita ... tak reti nak berenti la pula. Macam kereta api Tanah Melayu brek rosak. Bergerak tanpa henti. Macam tak bernoktah ceritanya. Bila diminta dipendekkan cerita, dijawabnya sejarah mana pernah pendek. Hmmm baiklah. Dengarkan saja. Kadang-kadang layan juga cerita zaman Jepun atau zaman P. Ramlee itu.

Dalam duduk berborak itu, Ira tetiba membuat pertanyaan yang dia taknak pun aku atau Nurul jawab pertanyaannya itu. Just asking question yang secara refleks keluar gara-gara cuaca yang sangat panas. "Kenapa la tak dibuat Jejantas ek dari KBM (yang sekangkang kera je dari AyAM) ke Apartmen kita ni?" sambil tangannya tergawang-gawang tunjuk arah KBM dan AyAM. Nurul pula kata dia lebih rela lalu bawah jejantas sebab jejantas banyak tangga. Aku pun menyampuk dengan berkata kalau dia dilanggar oleh kereta sewaktu melintas itu, maka tiada undang-undang yang mampu membela nasibnya yang dilanggar. Dan insurans pun mungkin taknak layan. Nurul balas, dia kata dia tahu mengenai itu. Aku pun bukan suka sangat panjat tangga jejantas tapi daripada nasib aku tak terbela kerana jejantas ... ada baiknya aku fully utilized jejantas tu. Nampaknya cuma Ira saja lah yang betul-betul enjoy dengan benda yang di panggil JEJANTAS.

Maka, bermulalah kisah port-port dating zaman sekolah dedulu.

Si budak Ira tu suka naik jejantas sebab dia selalu dating dekat situ. Katanya dengan nada riang, dia biasa naik jejantas berdua dengan kekasih hati. Sampai je tengah-tengah jejantas, derang akan berhenti dan pagung dagu dekat palang besi sambil tengok kereta lalu lalang. Pastu pandang satu sama lain and sengih-sengih. Dah puas tengok kereta, puas pandang-pandang sambil sengih-sengih then turun. Budak-budak sangat.

Kalau tak dekat jejantas pun, Ira kata dia selalu dating dekat bus stand. Kiranya flow port dating dak Ira ni macam ni, nak pergi bus stand yang ada di seberang jalan kena naik jejantas dulu. Sampai tengah-tengah jejantas dia buat transit. Berhenti sekejap. Lepas tu sambung perjalanan ke bus stand sekaligus sambung dating sekali lagi dekat situ. Dating dua kali di tempat berbeza. Dah sampai umah nanti, janji nak kua pergi dating lagi. Kali ni dekat kedai cendol la pula hahahaha.

Kalau tanya Nurul pulakkk dia kata dia takde port dating sebab takde pakwe. Tapi dari pemerhatian dia terhadap member-member yang ada pakwe dalam lingkungan tahun yang dinyatakan pada tajuk tu ... member-member dia selalunya dating dekat kantin sekolah atau mana-mana tempat dalam sekolah yang boleh dijadikan port dating contohnya macam kelas kosong atau  mana-mana bangku yang ada bumbung atau pun tepi padang yang redup sikit suasananya (biasanya dating tepi padang bila ada hari sukan je la). Mana syok weh dating dalam panas. Hitam la nanti muka awekz yang putih melepak bak salji di Eropah nunnnn.

Kalau ditanya pada Wani yang wataknya hanya muncul bila aku, Ira dan Nurul sampai umah pula, dia kata tempat dating dia masa zaman sekolah dulu kalau tak KFC, taman permainan. Sambil dating sambil main buai. Tak pun sambil dating sambil minum-minum. Dating dekat KFC kan (ni baru betul sambil menyelam sambil minum air). Kaya kau Peah! Tempat dating nak di lokasi yang eksklusif aje.

Kalau ditanya kepada aku pula pasal port-port dating zaman sekolah-sekolah dulu, memang betul la tu lokasi yang member-member aku state kan tu. Kalau tak dekat kantin, dekat tepi padang. Atau pun otw nak balik sekolah, jenguk kepala dekat jejantas, nampak la burung sedang bercinta dekat situ. Tak pun dekat bus stand. Pastu, petang-petang sikit rasa teringan nak makan ayam KFC, dari luar KFC yang dindingnya adalah kaca tu dah boleh nampak member sebaya duk enak bercinta. 

Hmmm zaman sekolah memang menggamit kenangan. Bukan klasik nasional je.


3 comments:

  1. haha..seronok masa zaman sekolah....:)

    ReplyDelete
  2. TAIM AKAK DULU PORT PALING GLEMER KAT PERTAMA, SOGO ATAU CAMPBELL.. DI KL LA...

    ReplyDelete
  3. hehehe bab mengimbau kenangan tu mmg best.kekadnag tergelak sendiri jer kan

    ReplyDelete