888 Review

Cengih-cengih semuanya

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 10:31 PM Comments : 2 Labels :
Aku tak pernah bercita-cita nak jadi lawyer. Tapi aku suka berloyar-loyar sampai mengundang loyang terbang gedepek mendarat cantik atas muka. Lantas mengepekkan lagi hidung yang sedia kepek.

Tapi aku benar-benar tidak mengerti kenapa apa yang kita tak nak tu sentiasa saja menghampiri kita. Mungkin tu salah satu kuasa minda. Which means apa yang ter-position kemah keming dalam minda dan otak, itu lah yang akan tertarik dengan kuat dan kukuh. Macam magnet menarik besi. 

Maka dengan itu, dalam paksa rela, aku kena berhadapan dengan  subjek law yang setiap satu kes jumlah muka surat dia tak pernah kurang dari 10. Lebih dari itu selalu la. Naik berpinar-pinar biji mata. Dah la terms-terms dia bukan tahap-tahap vocab aku. Nasib ada kamus. Membantu la juga.

Tambah memarahkan keadaan, semua lecturer subjek law, muka nak cengih-cengih semua. Asyik nak dalam mood sinis je. Sentiasa kelihatan tegas je. Sampai one time tu even dia buat lawak, aku dengan kawan-kawan jadi terfikir-fikir nak gelak ke tak.

Boleh psiko lama-lama macam ni. Semoga semester ni takde something yang buruk berlaku antara aku dan subjek law.

2 comments: