888 Review

Sebab kenapa peniaga tak boleh bercuti menjelangnya cuti HARI PEKERJA

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 10:38 PM Comments : 2 Labels :
Bahang HARI PEKERJA kian dirasai. Yang bekerja tersenyum lebar kerana dapat beristirehat sepuasnya. Boleh cuci-cuci mata dengan pergi window shopping atau errrr terus je pergi bershopping sakan. Yang student pulak melonjak-lonjak kegirangan siap ada plan tambahan nak stay up sampai subuh. Almaklumlah ..... meskipun esok hari rabu tapi esok adalah hari cuti umum uollz wehhhh. Jadi kalau tido lambat pun it doesn't matter lah. Takkan timbul problem terbabas ke kelas sebab terlajak tido sampai tengahari. Okeyh!

Masa ni lah jugak para-para pekerja yang dah bergelar ibu dan bapa terpaksa melayan kerenah anak-anak. Anak-anak pulak, dengan bijaknya menggunakan peluang yang datang setahun sekali itu dengan request berjalan tanpa henti ke destinasi yang dirancang sendiri tanpa pengetahuan parents sehinggalah hari esok menjelma. Hmmmm. Bukan selalu pun dapat berjalan dengan family time cuti umum yang jatuh pada hari sekolah ni. Parents pulak layankan aje lah walaupon tahu esok jalan mesti jem punya. Yela ... bukan selalu.

Namun begitu, ketika aku melawat dan meninjau news feed FB aku persis seorang supervisor yang meninjau anak-anak buahnya bekerja ( Eceh! ), aku ternampak 1 update status yang berbunyi begini

 " Kenapa bila hari pekerja je student yang cuti? Aku yang peniaga ni kena bekerja la pulak "

Aku tergelak sekejap baca sataus tu. Alahai encik ( yang tulis status tu lelaki, wajar la aku panggil encik ) kalau student tak cuti, siapa yang nak mengajar ktorang? Semua lecturer and cikgu kan sedang enak berbaring di atas kerusi jati yang dialasi kusyen yang empuk di rumah. Nak harapkan kami yang mengajar dan berkongsi ilmu antara 1 sama lain? Hmmmm memang tak la. Harapan tinggal harapan je. Peratusnya mungkin 10 je daripada 100. Teruk bukan? Paling-paling pun kami hanya akan berkongsi apps apa yang digunakan untuk make up muka. Since sekarang ni apps perfect 365 sedang obses digunakan, for sure la aku cadangkan yang ni. Perkongsian lain ialah ' Kau tengok tak gyiyomi Nora Danish? Comey dohhhh '. Pastu mula la ramai yang nak bertukar pandangan dengan mengatakan Nora Danish buat gyiyomi nampak serabai atau Wawa Zainal buat gyiyomi nampak gedik nak mampppp. ( Tetiba an Wawa Zainal terbabit sama ). Ataupun info lain yang akan dikongsi ialah .... ' Kau tengok tak keek Tomok? Anak dia comel gilos. Biasa dia ni! Ayah maaarah dia nanti. Ayan. Ayan ' Pastu bukan sekadar cakap je, siap bukak tunjuk lagi. Pastu terus semua melting dengan kecomelan + kebesaran mata Arrian + dengan kecerdikan Arrian. Then masing-masing argue apa yang mak si Arrian tu makan masa kandungkan si cerdik yang comel yang bila dah besar nanti kompem handsome macam ayah dia tu. Demi mengelak semua itu berlaku, maka student pun dicutikan jugak lah haha~

Tapi .... boleh bayangkan tak apa yang bakal berlaku esok kalau peniaga pon turut bercuti sama? Apa yang aku dapat bayangkan ialah mesti keadaan dia tak ubah macam masa Bersih 3.0 hari tu. Ataupun masa Lahad Datu tengah genting hari tu. Hambar je suasana. Takde aktiviti jual beli. Malaysia nampak tak meriah. Suram. Lepas tu, list aktiviti yang anak-anak sediakan untuk mak bapak dia seminggu sebelum hari esok menjelma nak dijayakan macam mana encik? Lepas tu, takkan nak memerap dekat umah dopulohpat jam je? Tido bangun makan solat~ Tido bangun makan solat~ je ke?????? Jangan aaaaaa. Jangan a jadikan cuti hari esok sebagai cuti terburuk dalam sejarah percutian masyarakat sejagat. Sebab tu aaa para peniaga ta boleh cutiiii. Boleh paham tak? Tolong la paham * siap buat muka merayu *

SELAMAT HARI PEKERJA. CUTI. Zzzzzz

Andai Itu Takdirnya dijadikan telemovie

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 4:41 PM Comments : 4 Labels :



****

Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakangkan keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang ternama yang juga merupakan rakan sekuliahnya di universiti di United Kingdom, Syed Adam Aizril. Syed Adam Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis. Limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri yang pada ketika telah mula ada getaran buat Aleya. 


"Salahkah Leya mencari sedikit bahagia? Mengapa Leya tak pernah dapat merasainya? Hina sangatkah Leya sebab beribu dan berbapakan orang miskin? Memang Leya miskan tapi Leya juga jugak ada maruah diri." 

Terjadinya suatu perkara yang menyatukan mereka. Tapi kerana terlalu ego, sombong dan mementingkan darjat, begitu hina Aleya dilayan Syed Aizril. 

"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling." 

Kuasa cinta, tiada siapa yang dapat menghalang. Mereka kembali bersatu atas penyesalan Syed Aizril. Ketika ingin menyulam bahagia dan menyemai kasih antara dua hati, munculnya Sharifah Emilin, sepupu kepada Syed Aizril yang membuat onar. Sharifah Emilin yang penuh di hatinya dengan ego, bongkak dan iri hati ingin menunaikan dendamnya pada Aleya yang dianggap merampas Syed Aizril yang konon dianggap sebagai kekasihnya. Namun, di hati Syed Aizril, hanya Aleya yang bertakhta. 

"You dengar sini Zril, dendam I tak habis kat sini. I bersumpah, I akan pastikan hidup you musnah...musnah sebagaimana you musnahkan hidup I. I takkan lepaskan you. You tetap akan jadi milik I. I janji Zril, I janji." 

Namun, ada kalanya cinta mereka teruji di tengah jalan. Kerana keegoan seorang lelaki yang menuncak, Syed Aizril telah melakukan kekhilafan yang hanya merugikan dirinya sendiri dan hampir-hampir menyebabkan dia kehilangan cinta sucinya. 

"Leya jangan tinggalkan abang. Kembalilah sayang, kembalilah. Jangan teruskan perjalanan itu. Berilah abang peluang untuk membahagiakan Leya. Hentikan perjalanan itu sayang, pandanglah ke belakang walaupun cuma seketika." 

Salahkah Aleya kerana memilih Syed Aizril dalam hidupnya? 

"Namun dia terleka sebentar dengan kebahagiaan palsu yang diciptakan oleh suaminya. Habis manis sepah dibuang. Dia akhirnya menjadi pengemis cinta pada suaminya sendiri. Akhirnya dia telah terluka untuk kedua kalinya tetapi kali ini kelukaannya lebih dalam hingga meragut nyawanya sendiri. Itulah kisah perempuan yang bernama Nur Aleya binti Idris." 

Cinta...cinta telah menjadikan Aleya, gadis yang pendiam dan berperibadi sederhana, seorang yang kuat, tabah, tegas dan berani, walau dalam hatinya penuh cinta dan kasih. 

"Selama aku miniti liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri ni, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil." 

Cinta...cinta telah mengubah Syed Aizril yang ego dan sombong kepada seorang yang sangat menghargai cinta dan kasih sayang. 

"Leya, abang janji dengan nama ALLAH abang akan menjaga Leya hingga ke nafas yang terakhir. Percayalah sayang. Leya takkan keseorangan lagi. Abang sayang Leya dengan penuh hati abang." 

****

Tak sabar rasanya nak tengok cerita Andai Itu Takdirnya yang bakal ditayangkan 16 April nanti. Esok la kan haha. Sebolehnya nak buat effect macam lama lagi je cerita tu bakal ke udara. Ntah hape saje la kamu nih cik Fatin.

Ok, aku baca novel ni 3 tahun lepas kot. Tak ingat la *nenek dah tua cuuuu*. Novel ni antara novel kesayangan aku. Tahu takkkkk aku boleh main tarik-tarik rambut dengan adik aku disebabkan dia telah merenyokkan front page novel ni. Dah macam dilanggar todak keadaan katil and bilik ktorang hari tu. Bila aku fikir balik kejadian hari tu, aku hanya mampu geleng kepala dan termenung. Sungguh tak matang aku pada masa tu. Semua tu tindakan reflek. Aku tengok je kulit novel aku jadi macam tu, mendidih-didih rasa hati macam tengah dididihkan dalam bekas bersuhu 100 darjah celcius. Tu yang keadaan kami tak ubah seperti dua orang perempuan bodoh yang sedang bergaduh berebutkan pakwe. So childishkan. Lepas kejadian tu, terus adik aku menjadi lebih berhati-hati bila nak pinjam novel aku. Lagi satu aku tak suka betul ada kesan eardog dekat novel aku. Memang harapan la nak dapat pinjam novel aku lagi lepas ni. Aish! Panjang pulak bebelan aku pasal ketidakpuasan hati bila orang layan novel aku dengan kejam nih Hihi. Maafkan saya.

Bermula dengan novel ni lah aku jadi pembaca setia novel karya Siti Rosmizah. Semua novel karya beliau aku ada. Kalau pergi Popular je aku mesti berlari dengan laju menuju ke arah rak novel dengan harapan ada karya latest dari Siti Rosmizah tapi setiap kali mesti hampa. Bergerak la aku ke rak buku yang lain dengan longlainya. Pengumpul tegar okeyh! Boleh nampakkan? Tapi sekarang Siti Rosmizah takde karya terbaru lagi. Bila dia nak keluarkan karya baru niiiii????

Mak aku pun suka karya dia. Tahu tak mak aku mesti akan baca karya Siti Rosmizah sampai nangis-nangis. Aku pun tak terkecuali akan baca karya beliau sampai bengkak bijik mata. Cerita-cerita beliau sangat menyentuh perasaan okeyh. Boleh jugak dikatakan kisah percintaan yang diketengahkan oleh beliau sangat tragis. Ketragisan cerita beliau diakui oleh semua orang iaitu mak aku, adik aku dan aku sendiri haha. Boleh diamik kira sebagai semua orang ke tu? Hehe~ (gelak sopan)

Dalam cerita ni aku menyampah betul dengan Syed Aizril tu. Sangat-sangat ethnocentrisms mengikut istilah jargon dalam International Bussiness (IB). Bahasa mudahnya ialah bajet bagus. Lagi aku menyampah dekat mak si Aizril tu. Eeeee sakit pulak hati kita. Sama spesis jelah mereka berdua ni. Mak dengan anak kan. Biasa la tu. Kejam tahu tak dua manusia ni. Lagi annoying si sepupu Aizril tu. Siapa nama dia? Dah lah! Tak penting nak ingat! Kadang-kadang timbul rasa geram jugak dekat si Aleya tu, baik sangat. Redha je dengan apa yang suami without heart and stomach dia buat. Mana ada orang sebaik tu dalam dunia nyata ni! Kan? Kan? Kan? Aduhai kau Cik Patin, pehal nak bising-bising? Dah tentu-tentu tu novel, cuba jangan emo sangat =='.

Bila dah habis je baca novel tu kan, terus aku dengan adik aku terfikir siapa agaknya yang akan pegang watak Syed Aizril and Aleya kalau cerita ni difilemkan. And pengarah mana yang sudi nak jadikan cerita yang penuh tragis ni ke bentuk movie. ( Sebenarnya cerita 7 hari mencintaiku lebih tragis. Seriously)

Kita tengok jelah nanti kemampuan Fizo dalam membawa watak Syed Aizril yang kompem-kompem akan dapat makian bertubi-tubi tu dan Nelydia dalam membawa watak Aleya yang sentiasa penuh onak dan duri durian dalam perjalanan hidupnya yang berliku-liku macam aiskrim sundae dekat mcD tu. Nantikan!


Menularnya budaya April Fool dalam kalangan kita.

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 4:40 PM Comments : 7 Labels :
1 April adalah tarikh yang paling membosankan dalam sejarah peradaban dunia aku. (Ayat nak copypaste subjek TITAs. Tahu la kelas CTU batal hari ni). Satu hari ni kelas takde, dibatalkan. Arggggghhhh mati kutu aku. Memerap dopuluhpatjam dalam bilik. Nak keluar macam takde function je. Dah la Melaka ni panas. Baru berdiri kejap di kawasan yang tak berbumbung, bertukar bangsa kulit aku. Panas okeyh Melaka ni. Panas gilos. Terbakar kulit aku. Berbelang-belang semacam kuda belang pattern kulit aku. Tapi kalau aku cakap dekat mak aku pasal kepanasan Melaka ni, mak aku akan kata "Neraka tu lagi panas Kak long". Uhuk uhuk uhuk. Insaf ibuuuu.... Insaf. Tak nak merungut lagi dah pasal kepanasan dunia. Wuwuwu ='(


Permulaan hari kami bermula dengan watsapp dari class rap kami ni. Sebelum baca mesej ni, mata aku ya ampuuuunnnn sayanggggg memang rasa payah nak bukak. Ngantok yang amat-amat mengantok. Tak tahu lah kenapa. Mungkin sebab aku tengah nak buat persediaan nak pergi kelas. Jadi, syaiton cuba sedaya upaya mendodoikan aku kembali tido. Bukan nak menuduh tapi tu lah susah nak cakap. Sebelum baca mesej ni, berapa kali aku bangun pastu baring balik. Bangun lagi dan baring lagi. Tengok jam "Alaaa baru pukul 9, kelas 10.30" aku sambung baring lagi. Bila dah baca mesej tu, automatik mata jadi segar-bugar. Badan yang tak bermaya jadi cergas. Memang kerja syaiton betullah ni. Memang kerja dia lah ni. Sah! Memang kerja dia! Tu respon aku, respon kawan-kawan aku pulakkkk lepas baca mesej tu .....


Ada yang hepi. Ada yang menerima dengan redha. Tidak ketinggalan jugak ada yang sedih dalam hepi "Tak dapat jumpa ustaz Huhu". Konon betullah kawan aku ni tapi memang sedih pon tak dapat jumpa ustaz. Tak dapat la kitorang dengar sambungan kisah Nabi Muhammad SAW. Memang ralit okeyh bila ustaz dah start bercerita. Rasa macam satu hari ada TITAs pun takpe. Nampak tak betapa bestnya ustaz?

Bila dah tahu takde kelas, aku online la. Ber-FB, ber-twitter, ber-blog. Hmmmm macam tu lah aktiviti aku lepas tu. Sampai la aku dapat call dari sorang lecturer aku nih. Aku tak tahu pon tu lecturer aku. Incoming call, nombor yang tak dikenali, tanpa nama. Aku agak teragak-agak jugak nak angkat tapi angkat jelah. Mana tahu kot-kot urgent kan panggilan tu. Ternyata panggilan tu memang urgent pon. Mesej yang pemanggil nak sampaikan pon memang perlu disampaikan kepada kengkawan lain dalam kadar segera. Berbalik kepada nombor pemanggil yang tak dikenali itu tadi, dalam pada masa was-was campur teragak-agak tu, aku tetap terima panggilan tu sebaik mungkin. Bagi salam dengan suara yang paling lembut. Lagi lembut dari sumi nyumnyum tu. Nasib baik aku buat macam tu. Kalau taaakkkk mahunya aku jadi WANTED die or alive oleh lecturer OPM aku. Tahu tak apa yang aku rasa masa tu? Of course la terkejut, kan. Tetiba je call aku, aku bukan class rap atau penolong class rap. Aku cuma bendahari je pon. Rupa-rupanya dia call class rap aku, tapi tak dapat. Mana nak dapatnya kalau si class rap aku tu duk sedap menyulam mimpi. Bertuah punya ketua! Apa mesej yang aku dapat dari lecturer aku tu agaknya? Yang aku kata penting sangat tu. (Haaaa penat pulak menaip. Panjang pulak entry aku ni. Harap ada kekuatan nak teruskan pembacaan).


Kelas OPM cancel. Tu la mesej yang aku dapat sampai huru-hara aku kejap hari ni. Orang ni call. Orang tu mesej. Orang tu nak confirmation. Orang ni nak mintak nombor madam. Blablabla. Nak percayakan orang yang tak percaya lagi dengan penyampaian mesej tu. Penat aku. Phwww. Tapi kepenatan tak habis dekat situ. Ada lagi. Belum habis. Sila jangan nak hembuskan nafas lega.



Sekali lagi aku call Madam and she come out dengan mesej baru "Fatin, inform dekat classmate U and classmate kelas lagi satu yang hari Rabu pun takde kelas". Aku pun sekali lagi dengan gigihnya menaip mesej. Nak sampaikan maklumat dekat kawan-kawan terchinta punya pasal. Taip lah aku. Lagipon taip mesej dekat tempat free, takyah bayar. Aku bebas menaip sepanjang mana dan berperenggan-perenggan pun. Muahahaha. Tapi end up dengan ada yang kata aku dalam percubaan nak prank diorang. Diorang bantai aku buat April Fool.Cis! Aku tak main la prank orang menggunakan alasan kotor tu!!! Siap kata nak simbah dengan air sos tiram lagi. Sedih! Sedih! Aku ikhlas okeyh menyampaikan pesanan penaja. Tolong la hargai. Sobsob ='( Tapi bukan salah mereka jugak. Dah memang masyarakat kita terbiasa dengan April Fool dan kebetulan pulak hari ni 1 April, sama-sama jadi mangsa keadaan la kami. Yang aku, mencuba pertahankan aku tak menipu. Diorang pulak dalam usaha mengelak diri dari ditipu. 2x5 je la kita. Lepas masing-masing dah percaya duduk berdirinya (bombastik ayat den. Hikhik) perkara sebenar, masing-masing tweet macam ni .....





Ni antara yang aku ambik. Yang paling bestttt tanpa pengetahuan mereka. Habis la aku lepas ni.

p/s : Nampak tak betapa kukuhnya budaya April Fool ni dalam kalangan kita? Cakap benda betul pon orang ingat prank. Hanya kerana hari ni 1 April. Kesian tarikh ni. Nangis dia. Bila 14 April, lain pulak ceritanya. Nantikan apa pulak yang jadi masa tarikh tu.




My small baby is getting bigger lah :)

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 11:11 AM Comments : 8 Labels :
Bila April tiba hati mula berkata lalalalala. Bernyanyi-nyanyian pula saya lagu Dok Fazli. Hikhik (pang sedas. Senyap terus). Kembali normal. Bila first April menjelma je mesti ramai pakat-pakat nak prank orang menggunakan alasan APRIL FOOL!!!!    Sangat biadap okeyh alasan tu. Geram betul kita tau! Kedengaran agak zeeeerius ye topik perbincangan aku harini.Time nih ramai la orang takut. Takut terkena panggilan hangit. Hahaha. Kau pehal dak Patin? Ok, kembali kepada topik yang zeriuuussss.Tahukah anda (ayat stok astro tutor tv) penyambutan APRIL FOOL dalam kalangan kita, orang Islam adalah dilarang? Ada nampak question mark muncul di kepala ke idokkk? (Over tau aku). Kemunculan asal-usul April Fool nih tersangat lah misteri tahap misteri nusantara. Dikatakan bahawa April Fool adalah tanda kemenangan puak Kristian di Sepanyol dulu, masa zaman kejatuhan Kerajaan Islam di sana. Sekitar tahunnnn 1487. Wah! Obvious tak yang aku ni budak sejarah? Bhahaha. Padahal sebab google artikel pasal April Fool. Asyik nak gebang je orang Kedah cakap. Hehe. Maafkan saya. Apa-apa pun yang salah tetap salah. Zaman dah maju. Rajin-rajinkan diri berinteraksi dengan Uncle Google yang macam-macam ada tu. Tanya dia pasal April Fool ni. Tanya dia macam permaisuri jahat yang jaga Snow White tanya dekat mirror dia "Mirror mirror on the wall blablablabla" kalau dia jawab tak jujur, bom je. Psiko tak aku? Psiko dalam ayat je tapi aku ok je kalau face-to-face. Be my friend ye :)



Boipreng I and I. Awat U pendek sayang?

Disebabkan hari ni 1/4, I wanna wishhh haip! Bukan April fool lah tapi Happy Birthday to my luvluvluvly younger brother yang ke berapa ek? Ke-12 kot. Hahaha. Umo adik sendiri pon tak ingat. Melampau tak aku? Tapi aku rasa dah betul dah tu yang ke 12 tahun. Urm! Betul betul betul bak kata Ipin. Motip ya amat la pulak aku nih. Aishhhh! Bila dah 12 tahun maknanya darjah 6. Bila dah darjah 6 maknanya UPSR. Pastikan buat yang terbaik untuk UPSR kamu nanti wahai adik kalau takkkkk kau yang jahanam nanti. Darjah 6, jahanam. Urm, lebih kurang je bunyi eyh.


This is cake for u my dear. Adik aku padahal lelaki tapi imej atas kek girlish amat -.-
Actually pic kek tu adalah kek adik lelaki aku yang lagi satu. Aku gunakan kembali dekat dak adik nih konon tu kek khas untuk dia. Bhahaha (Asyik nak buat gelak jahat je). Kenapa imej dia macam tu? Ada rumah. Ada balloon. Ada kartoon-kartoon bagai yang memang out dari imej maskulin. Ada bunga dan rerama seperti dalam hati ada taman. Kenapa? Kenapa? Semuanya kerja dak kak long dia lah. Aku yang pilih kek tu. Nak cari kek dekat dia bukan main payah. Dari satu kedai ke satu kedai aku masuk. Satu pon takde pilihan yang sesuai. Ada yang sesuai tapi full coklat. Abah I tak makan coklat. Kesian pulak dekat dia, dia yang kuakan duit, dia yang tak dapat makan. Dimanakah keadilannya disitu? Dimana? Dimana? (krikkrik krikkrik bunyi cengkerik). Finally tu lah keknya. Kami pun makan dengan gumbira. Brrrrr. Alhamdulillah. Enjoy ya :) 

Last but not least Selamat ulang tahun kepada semua yang menyambut birthday hari ni dan sesiapa yang menyambut birthday pada bulan ni. (Aku memang suka jadi yang pertama dari setiap aspek termasuklah yang pertama wish birthday orang macam sekarang walaupon orang tu belum sambut birthday pun lagi. Noob gilos).