888 Review

Sebab kenapa peniaga tak boleh bercuti menjelangnya cuti HARI PEKERJA

Penulis : nurinafarhana Masa : 10:38 PM Comments : 2 Labels :
Bahang HARI PEKERJA kian dirasai. Yang bekerja tersenyum lebar kerana dapat beristirehat sepuasnya. Boleh cuci-cuci mata dengan pergi window shopping atau errrr terus je pergi bershopping sakan. Yang student pulak melonjak-lonjak kegirangan siap ada plan tambahan nak stay up sampai subuh. Almaklumlah ..... meskipun esok hari rabu tapi esok adalah hari cuti umum uollz wehhhh. Jadi kalau tido lambat pun it doesn't matter lah. Takkan timbul problem terbabas ke kelas sebab terlajak tido sampai tengahari. Okeyh!

Masa ni lah jugak para-para pekerja yang dah bergelar ibu dan bapa terpaksa melayan kerenah anak-anak. Anak-anak pulak, dengan bijaknya menggunakan peluang yang datang setahun sekali itu dengan request berjalan tanpa henti ke destinasi yang dirancang sendiri tanpa pengetahuan parents sehinggalah hari esok menjelma. Hmmmm. Bukan selalu pun dapat berjalan dengan family time cuti umum yang jatuh pada hari sekolah ni. Parents pulak layankan aje lah walaupon tahu esok jalan mesti jem punya. Yela ... bukan selalu.

Namun begitu, ketika aku melawat dan meninjau news feed FB aku persis seorang supervisor yang meninjau anak-anak buahnya bekerja ( Eceh! ), aku ternampak 1 update status yang berbunyi begini

 " Kenapa bila hari pekerja je student yang cuti? Aku yang peniaga ni kena bekerja la pulak "

Aku tergelak sekejap baca sataus tu. Alahai encik ( yang tulis status tu lelaki, wajar la aku panggil encik ) kalau student tak cuti, siapa yang nak mengajar ktorang? Semua lecturer and cikgu kan sedang enak berbaring di atas kerusi jati yang dialasi kusyen yang empuk di rumah. Nak harapkan kami yang mengajar dan berkongsi ilmu antara 1 sama lain? Hmmmm memang tak la. Harapan tinggal harapan je. Peratusnya mungkin 10 je daripada 100. Teruk bukan? Paling-paling pun kami hanya akan berkongsi apps apa yang digunakan untuk make up muka. Since sekarang ni apps perfect 365 sedang obses digunakan, for sure la aku cadangkan yang ni. Perkongsian lain ialah ' Kau tengok tak gyiyomi Nora Danish? Comey dohhhh '. Pastu mula la ramai yang nak bertukar pandangan dengan mengatakan Nora Danish buat gyiyomi nampak serabai atau Wawa Zainal buat gyiyomi nampak gedik nak mampppp. ( Tetiba an Wawa Zainal terbabit sama ). Ataupun info lain yang akan dikongsi ialah .... ' Kau tengok tak keek Tomok? Anak dia comel gilos. Biasa dia ni! Ayah maaarah dia nanti. Ayan. Ayan ' Pastu bukan sekadar cakap je, siap bukak tunjuk lagi. Pastu terus semua melting dengan kecomelan + kebesaran mata Arrian + dengan kecerdikan Arrian. Then masing-masing argue apa yang mak si Arrian tu makan masa kandungkan si cerdik yang comel yang bila dah besar nanti kompem handsome macam ayah dia tu. Demi mengelak semua itu berlaku, maka student pun dicutikan jugak lah haha~

Tapi .... boleh bayangkan tak apa yang bakal berlaku esok kalau peniaga pon turut bercuti sama? Apa yang aku dapat bayangkan ialah mesti keadaan dia tak ubah macam masa Bersih 3.0 hari tu. Ataupun masa Lahad Datu tengah genting hari tu. Hambar je suasana. Takde aktiviti jual beli. Malaysia nampak tak meriah. Suram. Lepas tu, list aktiviti yang anak-anak sediakan untuk mak bapak dia seminggu sebelum hari esok menjelma nak dijayakan macam mana encik? Lepas tu, takkan nak memerap dekat umah dopulohpat jam je? Tido bangun makan solat~ Tido bangun makan solat~ je ke?????? Jangan aaaaaa. Jangan a jadikan cuti hari esok sebagai cuti terburuk dalam sejarah percutian masyarakat sejagat. Sebab tu aaa para peniaga ta boleh cutiiii. Boleh paham tak? Tolong la paham * siap buat muka merayu *

SELAMAT HARI PEKERJA. CUTI. Zzzzzz

2 comments:

  1. Nice post fana.. :) btw happy labour day walaupun u student..hahaha

    ReplyDelete