888 Review

Andai Itu Takdirnya dijadikan telemovie

Penulis : nurinafarhana Masa : 4:41 PM Comments : 4 Labels :



****

Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakangkan keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang ternama yang juga merupakan rakan sekuliahnya di universiti di United Kingdom, Syed Adam Aizril. Syed Adam Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis. Limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri yang pada ketika telah mula ada getaran buat Aleya. 


"Salahkah Leya mencari sedikit bahagia? Mengapa Leya tak pernah dapat merasainya? Hina sangatkah Leya sebab beribu dan berbapakan orang miskin? Memang Leya miskan tapi Leya juga jugak ada maruah diri." 

Terjadinya suatu perkara yang menyatukan mereka. Tapi kerana terlalu ego, sombong dan mementingkan darjat, begitu hina Aleya dilayan Syed Aizril. 

"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling." 

Kuasa cinta, tiada siapa yang dapat menghalang. Mereka kembali bersatu atas penyesalan Syed Aizril. Ketika ingin menyulam bahagia dan menyemai kasih antara dua hati, munculnya Sharifah Emilin, sepupu kepada Syed Aizril yang membuat onar. Sharifah Emilin yang penuh di hatinya dengan ego, bongkak dan iri hati ingin menunaikan dendamnya pada Aleya yang dianggap merampas Syed Aizril yang konon dianggap sebagai kekasihnya. Namun, di hati Syed Aizril, hanya Aleya yang bertakhta. 

"You dengar sini Zril, dendam I tak habis kat sini. I bersumpah, I akan pastikan hidup you musnah...musnah sebagaimana you musnahkan hidup I. I takkan lepaskan you. You tetap akan jadi milik I. I janji Zril, I janji." 

Namun, ada kalanya cinta mereka teruji di tengah jalan. Kerana keegoan seorang lelaki yang menuncak, Syed Aizril telah melakukan kekhilafan yang hanya merugikan dirinya sendiri dan hampir-hampir menyebabkan dia kehilangan cinta sucinya. 

"Leya jangan tinggalkan abang. Kembalilah sayang, kembalilah. Jangan teruskan perjalanan itu. Berilah abang peluang untuk membahagiakan Leya. Hentikan perjalanan itu sayang, pandanglah ke belakang walaupun cuma seketika." 

Salahkah Aleya kerana memilih Syed Aizril dalam hidupnya? 

"Namun dia terleka sebentar dengan kebahagiaan palsu yang diciptakan oleh suaminya. Habis manis sepah dibuang. Dia akhirnya menjadi pengemis cinta pada suaminya sendiri. Akhirnya dia telah terluka untuk kedua kalinya tetapi kali ini kelukaannya lebih dalam hingga meragut nyawanya sendiri. Itulah kisah perempuan yang bernama Nur Aleya binti Idris." 

Cinta...cinta telah menjadikan Aleya, gadis yang pendiam dan berperibadi sederhana, seorang yang kuat, tabah, tegas dan berani, walau dalam hatinya penuh cinta dan kasih. 

"Selama aku miniti liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri ni, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil." 

Cinta...cinta telah mengubah Syed Aizril yang ego dan sombong kepada seorang yang sangat menghargai cinta dan kasih sayang. 

"Leya, abang janji dengan nama ALLAH abang akan menjaga Leya hingga ke nafas yang terakhir. Percayalah sayang. Leya takkan keseorangan lagi. Abang sayang Leya dengan penuh hati abang." 

****

Tak sabar rasanya nak tengok cerita Andai Itu Takdirnya yang bakal ditayangkan 16 April nanti. Esok la kan haha. Sebolehnya nak buat effect macam lama lagi je cerita tu bakal ke udara. Ntah hape saje la kamu nih cik Fatin.

Ok, aku baca novel ni 3 tahun lepas kot. Tak ingat la *nenek dah tua cuuuu*. Novel ni antara novel kesayangan aku. Tahu takkkkk aku boleh main tarik-tarik rambut dengan adik aku disebabkan dia telah merenyokkan front page novel ni. Dah macam dilanggar todak keadaan katil and bilik ktorang hari tu. Bila aku fikir balik kejadian hari tu, aku hanya mampu geleng kepala dan termenung. Sungguh tak matang aku pada masa tu. Semua tu tindakan reflek. Aku tengok je kulit novel aku jadi macam tu, mendidih-didih rasa hati macam tengah dididihkan dalam bekas bersuhu 100 darjah celcius. Tu yang keadaan kami tak ubah seperti dua orang perempuan bodoh yang sedang bergaduh berebutkan pakwe. So childishkan. Lepas kejadian tu, terus adik aku menjadi lebih berhati-hati bila nak pinjam novel aku. Lagi satu aku tak suka betul ada kesan eardog dekat novel aku. Memang harapan la nak dapat pinjam novel aku lagi lepas ni. Aish! Panjang pulak bebelan aku pasal ketidakpuasan hati bila orang layan novel aku dengan kejam nih Hihi. Maafkan saya.

Bermula dengan novel ni lah aku jadi pembaca setia novel karya Siti Rosmizah. Semua novel karya beliau aku ada. Kalau pergi Popular je aku mesti berlari dengan laju menuju ke arah rak novel dengan harapan ada karya latest dari Siti Rosmizah tapi setiap kali mesti hampa. Bergerak la aku ke rak buku yang lain dengan longlainya. Pengumpul tegar okeyh! Boleh nampakkan? Tapi sekarang Siti Rosmizah takde karya terbaru lagi. Bila dia nak keluarkan karya baru niiiii????

Mak aku pun suka karya dia. Tahu tak mak aku mesti akan baca karya Siti Rosmizah sampai nangis-nangis. Aku pun tak terkecuali akan baca karya beliau sampai bengkak bijik mata. Cerita-cerita beliau sangat menyentuh perasaan okeyh. Boleh jugak dikatakan kisah percintaan yang diketengahkan oleh beliau sangat tragis. Ketragisan cerita beliau diakui oleh semua orang iaitu mak aku, adik aku dan aku sendiri haha. Boleh diamik kira sebagai semua orang ke tu? Hehe~ (gelak sopan)

Dalam cerita ni aku menyampah betul dengan Syed Aizril tu. Sangat-sangat ethnocentrisms mengikut istilah jargon dalam International Bussiness (IB). Bahasa mudahnya ialah bajet bagus. Lagi aku menyampah dekat mak si Aizril tu. Eeeee sakit pulak hati kita. Sama spesis jelah mereka berdua ni. Mak dengan anak kan. Biasa la tu. Kejam tahu tak dua manusia ni. Lagi annoying si sepupu Aizril tu. Siapa nama dia? Dah lah! Tak penting nak ingat! Kadang-kadang timbul rasa geram jugak dekat si Aleya tu, baik sangat. Redha je dengan apa yang suami without heart and stomach dia buat. Mana ada orang sebaik tu dalam dunia nyata ni! Kan? Kan? Kan? Aduhai kau Cik Patin, pehal nak bising-bising? Dah tentu-tentu tu novel, cuba jangan emo sangat =='.

Bila dah habis je baca novel tu kan, terus aku dengan adik aku terfikir siapa agaknya yang akan pegang watak Syed Aizril and Aleya kalau cerita ni difilemkan. And pengarah mana yang sudi nak jadikan cerita yang penuh tragis ni ke bentuk movie. ( Sebenarnya cerita 7 hari mencintaiku lebih tragis. Seriously)

Kita tengok jelah nanti kemampuan Fizo dalam membawa watak Syed Aizril yang kompem-kompem akan dapat makian bertubi-tubi tu dan Nelydia dalam membawa watak Aleya yang sentiasa penuh onak dan duri durian dalam perjalanan hidupnya yang berliku-liku macam aiskrim sundae dekat mcD tu. Nantikan!


4 comments:

  1. tu la ada terbaca tadi... x sabar nak tunggu ditayangkan di tv...

    ReplyDelete
  2. novel ni best sangat! hehe :D mmg touching habis kalau baca AIT ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam novel lg best dpd cerita kat tv nuh T_T kat tv entah pape je cerita dia. Alahaii

      Delete