888 Review

Spot Check!

Penulis : nurinafarhana Masa : 12:55 PM Comments : 8 Labels :
Spot check ni satu perkataan yang sangat budak-budak asrama anti. Infact, budak-budak bukan duduk asrama pun alergik dengan perkataan yang satu tu. Dia punya alergik tu tahap gelabah berpeluh-peluh tak ingat dunia. Mengalahkan orang yang ada penyakit perpeluhan yang melampau. Kalau dekat sekolah dulu, cikgu-cikgu dan pengawas-pengawas akan spot check samada ada tak yang bawa barang-barang terlarang. Masa tu ... tandas jadi port utama tempat penyimpanan barang terlarang macam pisau, liquid paper, majalah ntah hape-hape and handphone and i-pad and semua yang terlarang dan yang dilarang lah.

Aku ingat, bila dah masuk universiti dah takkan face benda-benda macam ni. Nyata aku silap! Budak-budak universiti macam aku yang duduk dalam asrama ni pun kena menghadap perkara yang di panggil spot check ni. What the .... la weh! Terasa diri ni macam budak bawah umur sangat nak kena di spot dan check bagai! AKU! TAK! SUKA!

Kali ni spot check berbayar pula tu. Setiap satu barang elektrik bersamaan 10 ringgit. Kalau aku dah bawak 3 barang elektrik, memang 30 ringgit la yang terbang citer dia jap lagi. Aku macam dah ternampak-nampak je duit aku terbang jauh di tiup angin. Hmmm memang senang nak cari duit di zaman sekarang ni kan. Hai duit, kenapa la kau selalu hilang-hilang dari aku. Akhir-akhir sem macam ni aku sangat perlukan kau. Nampak gayanya malam ni makan megi la aku. sobsob :'(

Saya Nak RM 100 daripada Lyssa Faizureen !

Penulis : nurinafarhana Masa : 3:54 PM Comments : 3 Labels :


Dalam entry kali ni aku nak ucapkan Selamat Ulangtahun Ke-3 kepada blog Lyssa Faizureen. Hei awak, dah lamakan awak tak update. Busy ey? Sama la kita. Haha :) Kalau dah namanya student, memang busy memanjang. Kadang makan pun tak sempat, kan? Apa-apa pun ALL THE BEST la untuk awak :D 

Ermmm pasal 'baby' saya ni pulak ... umo dia baru setahun 2 bulan. Pangkat adik-adik je dengan blog awak. Blog awak macam akak-akak la kepada blog saya ni. Hehe. Kalau diukur umo blog ni dengan umo baby yang betul-betul baby tu, usia setahun 2 bulan ni dalam peringkat nak petah bercakap, kenal-kenal orang, rapat-rapat dengan orang dannn haaa peringkat nak stabilkan pergerakan supaya lebih mantop dan takkan jatuh-jatuh lagi. Keep moving higher and higher. Same goes to blog ni... Tu je la :)

Saya boleh berkenalan dengan blog awak dulu sebab nak cari tutorial pasal blog. Ramai kawan-kawan blogger suggest saya pergi berguru dekat blog awak andddd kalau google pasal tutorial blog pun mesti blog awak antara yang tersenarai lah. Ada one time tu saya guna template yang awak buat untuk newbie. Sebab masa tu saya newbie, baru nak berjinak-jinak dengan diari alam maya ni, so saya pun guna laaa. Sangat cantik ey template tu. Well Done! Good Job sangat :) but when i realized that template tu ramai sangat yang guna sampai dah tak nampak kelainan pun antara blog saya dengan blog yang saya kunjungi tu, saya terpaksa tukar. Jadi saya pun buat tempahan template. Now saya dah berjaya ada template sendiri dah :D Baru terasa ada keunikan dan kelaianan antara blog saya dengan blog orang :) Anyway, thanks untuk blog awak yang banyak berjasa pada blog saya yang masih muda belia ni. Thank you so much :)

Tag 1 , 2 , 3

KEEP WRITING YE. MASIH RAMAI YANG PERLUKAN INSPIRASI DARI AWAK :)